- Details
- Administrator
- Berita Arkib
- Hits: 713
Alhamdulillah. Selesai sudah program MITASA pagi tadi bersama Presiden MITASA, Dr Normaly Kamal Ismail. Terimakasih kepada YBhg Datuk Rektor dan semua ahli MITASA termasuklah semua pensyarah yg turut hadir memeriahkan suasana. Semoga maklumat MITASA yg dikongsikan menjadi pemangkin semangat kerjasama yg utuh di kalangan rakan pensyarah dalam mencapai suasana kerja yg aman dan kondusif. Tahniah juga kepada pemenang hadiah hamper cabutan tiket bertuah. Bersama ini juga saya kongsikan link keahlian MITASA bagi rakan rakan yg berminat untuk menjadi ahli MITASA.
Bagi pensyarah yang masih belum menjadi ahli boleh guna pautan ini unk menjadi ahli : http://mitasa.uitm.edu.my/v2/index.php/en/borang/menjadi-ahli
Laporan oleh : Dr Shamlie Salisi - 0138689897, Penyelaras Perhubungan MITASA UiTM Kota Kinabalu, Sabah
Gambar-gambar di program MITASA :














- Details
- Administrator
- Berita Arkib
- Hits: 506
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
MITASA LUNCHEON TALK : "MEMPERKASA PERANAN MITASA TERHADAP KEBAJIKAN PENSYARAH" DI UiTM CAWANGAN SABAH
Terlebih dahulu, bagi pihak MITASA, saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih atas kelulusan dan sokongan YBhg Datuk Rektor UiTM Sabah terhadap program MITASA ini.
MITASA ialah Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM. Ahlinya terdiri daripada pensyarah seluruh kampus UiTM di Malaysia. Salah satu fungsinya ialah untuk mendapatkan suatu suasana kerja yang kondusif serta memperjuangkan hak dan kebajikan ahli secara kolektif. MITASA merupakan pengerusi MAAC iaitu Majlis Persatuan Akademik Malaysia sehingga 2017. MITASA memerlukan keahlian dari pensyarah-pensyarah yang ramai bagi mewakili pensyarah-pensyarah UiTM.
Terbaharu, MITASA yang mewakili ahli-ahlinya, telah menghantar surat memohon penangguhan sekali lagi gunapakai syarat baru untuk kenaikan pangkat pensyarah ke DM52 pada 21 Mei 2018 lalu dan Alhamdulillah, YBhg Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said telah bersetuju atas penangguhan kali ke dua pelaksanaan syarat baru kenaikan pangkat ke DM52 pensyarah UiTM ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai peranan, fungsi dan juga perjuangan MITASA terhadap hak dan kebajikan ahli yang terdiri daripada pensyarah pensyarah UiTM secara kolektif, atau ingin mengutarakan sebarang pertanyaan yang berkaitan, semua pensyarah UiTM Sabah adalah dijemput hadir ke program MITASA di atas seperti butiran berikut:
Tarikh : 19 Disember 2018 (Rabu)
Masa : 9.45 am hingga - 1. 00 pm
Tempat : Dewan Tun Mustapha, Ujana Sarjana
Aturcara Majlis
09.45 am – 10.00 am : Ketibaan dan Pendaftaran pensyarah/ahli MITASA
10.00 am – 10.15 am : Ketibaan Dif-Dif Kehormat
10.16 am – 10.30 am : Ucapan Alu-aluan YBhg Datuk Rektor UiTM Sabah
10.31 am – 11.15 am : Penerangan mengenai MITASA oleh Presiden MITASA
11.16 am – 12.00 pm : Sesi Soal -Jawab
12.01 pm – 1.00 pm : Jamuan Makan dan Bersurai
**Makan tengahari dan cabutan tiket bertuah akan disediakan. Jam Latihan juga akan diberikan.
KEHADIRAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN.
Untuk menghadiri program ini ini, sila WhatsApps Nama dan No pekerja anda kepada wakil MITASA di UiTM Cawangan Sabah : Dr Shamlie Salisi - 0138689897
MITASA memerlukan keahlian dari pensyarah-pensyarah yang ramai bagi mewakili pensyarah-pensyarah UiTM. Bagi menjadi Ahli MITASA, sila isi borang keahlian di link berikut: http://mitasa.uitm.edu.my/v2/index.php/en/borang/menjadi-ahli
Yuran pendaftaran ahli MITASA ialah RM10 dan yuran bulanan keahlian RM6.00. Bayaran dibuat melalui potongan gaji ahli pada setiap bulan. Pihak MITASA akan uruskan dengan Bendahari UiTM.
Sekian dimaklumkan dan terima kasih.
Saya Yang Menjalankan Amanah
MOHD SHAMLIE SALISI
Penyelaras MITASA
UiTM Cawangan Sabah
- Details
- Administrator
- Berita Arkib
- Hits: 573
Tarikh : 16 November 2018 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : LT7 di Kompleks Star, UiTM Perlis
Dihadiri oleh:
Dr Normaly Kamal Ismail - Presiden MITASA / Biro Aduan
Dr Tajul Ariffin Adam - Exco / Biro Kehlian & Promosi
Ahli MITASA (LAMA)
Ahli MITASA (BARU)
Aturcara majlis
3.00 pm - Ketibaan jemputan / VIP dan pendaftaran ahli MITASA
3.15 pm- Bacaan Doa
3.20 pm - Kata Aluan Presiden
3.30 pm - Sesi Dialog
4.00 pm – Q & A
4.30 pm - Sesi Bergambar
4.45 pm - Jamuan Makan dan Bersurai
Tempat terhad untuk 80 orang pensyarah.
Untuk menghadiri majlis ini, sila reply emel atau whatApps pada : 0 16-318 8491
Untuk menjadi Ahli MITASA, sila isi borang keahlian di link berikut:
http://mitasa.uitm.edu.my/v2/index.php/en/borang/menjadi-ahli
Marilah hadir untuk memeriahkan majlis
JUMPA ANDA DI SANA!!!





- Details
- Administrator
- Berita Arkib
- Hits: 466
Tarikh : 19 Disember 2018 (Rabu)
Masa : 9.45 am hingga - 1. 00 pm
Tempat : Dewan Tun Mustapha, UiTM Kampus Kota Kinabalu, Sabah
Aturcara majlis
09.45 am – 10.00 am : Ketibaan dan Pendaftaran ahli MITASA
10.00 am – 10.15 am : Ketibaan Dif-Dif Kehormat
10.16 am – 10.30 am : Ucapan Alu-aluan YBhg Datuk Rektor UiTM Sabah
10.31 am – 10.15 am : Penerangan mengenai MITASA oleh Presiden MITASA
11.16 am – 12.00 pm : Sesi Soal -Jawab
12.01 pm – 1.00 pm : Jamuan Makan dan Bersurai
Untuk menghadiri program ini ini, sila WhatsApps Nama dan No pekerja anda kepada wakil MITASA di UiTM Kota Kinabalu, Sabah : Dr Shamlie bin Salisi - 013 - 868 9897
Bagi menjadi Ahli MITASA, sila isi borang keahlian di link berikut:
http://mitasa.uitm.edu.my/v2/index.php/en/borang/menjadi-ahli
KEHADIRAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN.
- Details
- Administrator
- Berita Arkib
- Hits: 1577
Tahniah kepada Setiausaha Agung MITASA, Puan Hajjah Norshiha Haji Saidin yang telah terpilih sebagai Tokoh MAAL HIJRAH 2018. Penyampaian anugerah pada pagi ini oleh YBhg Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said di Masjid UiTM Shah Alam.





