- Details
- Administrator
- Berita Semasa
- Hits: 96
Satu Bengkel Pemantapan Pensyarah UiTM telah diadakan bertempat di Hotel GBW, Johor Bharu pada 17 hingga 19 Mac 2022 lalu dengan bertujuan untuk mengupas beberapa perkara yang menyentuh tentang kebajikan dan kemajuan kerjaya di kalangan staf akademik UiTM.
Menurut Presiden MITASA, Ahmad Faisal Mohamed Fiah, bengkel berkenaan juga menjadi medan utama bagi membuahkan beberapa percambahan idea sekaligus dapat digunakan untuk diperhalusi dan dibawa kepada tindakan pihak pengurusan tertinggi Universiti Teknologi MARA. Bengkel ini juga memberikan perhatian kepada beberapa fokus utama melibatkan hala tuju masa depan pensyarah UiTM dan isu berkaitan dengan MyATP / Kenaikan Pangkat.
- Details
- Administrator
- Berita Semasa
- Hits: 140


- Details
- Administrator
- Berita Semasa
- Hits: 132
"BERKHIDMAT UNTUK MITASA DAN UiTM"

- Details
- Administrator
- Berita Semasa
- Hits: 144
Kenyataan rasmi oleh media Kesatuan Kakitangan Akdemik UiTM (MITASA) mengenai isu yang tular tentang seorang pensyarah baru-baru ini.

- Details
- Administrator
- Berita Semasa
- Hits: 624
Pantun adalah suatu karya yang tidak asing lagi untuk diciapkan di dalam sesebuah karya. Karya yang hendak dihasilkan pula tidak seharusnya moden mahupun tradisional. Ianya mungkin akan menjadi penambah rasa kepada sesebuah karya tersebut.
Hal ini, berbalik kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang sedang menjalankan sebuah projek buku yang diberi nama “Koleksi Beribu-ribu Pantun UiTM Dihatiku”. Ini boleh dijadikan sebagai satu platform untuk warga UiTM sendiri sama ada dari pengurusan tertinggi universiti, pentadbir, pensyarah, staf, alumni, pesara dan para mahasiswa boleh melibatkan diri.

Ini adalah satu peluang yang dapat diambil untuk meluahkan perasaan melalui bingkisan pantun yang dikarang sendiri dan berkaitan dengan UiTM serta bertemakan seperti cinta dan saying, syukur dan terima kasih, kenangan dan nostalgia dan kisah jenaka di UiTM. Selain dari itu, mereka juga boleh mendokumentasikan luahan rasa dan nostalgia warga dan alumni UiTM.
Dengan melalui projek buku ini sememangnya dapat memupuk semangat jati diri dan cintakan warisan kesenian dan kebudayaan Melayu serta memartabatkan penguasaan Bahasa Melayu itu sendiri.
Jika sudah dibicarakan tentang objektif projek ini, seharusnya ada juga ciri-ciri yang harus dipatuhi. Pantun yang dihasilkan semestinya karya yang asli dan bukan plagiat, terjemahan atau pernah disiarkan dalam sebarang penerbitan bercetak ataupun digital.
Pantun yang hendak dikarya mestilah di dalam bentuk pantun empat kerat. Pembayang dan maksud juga penting di dalam membuat pantun. Selain dari itu, pantun yang menarik semestinya mempunyai rima dan jumlah suku kata antara lapan sehingga dua belas suku kata sahaja.
Projek buku Koleksi Beribu-ribu Pantun UiTM Dihatiku tidak bergerak sendirian, ia terdapat jawatankuasa pelaksana di balik tirai. Antara barisan jawatakuasa pelaksana terdiri daripada Prof. Ts. Dr. Roziah Mohd Janor selaku Penaung, Pof. Dato Dr. Abdullah Mohamad Said selaku Pengerusi. Terdapat tujuh orang Ahli Jawatankuasa iaitu antaranya, Sr. Dr. Mohd Fadzil Hj. Mat Yasin, Dr. Mohd Khairi Baharom, Dr Norhazlina Husin, Encik Khairul Anuar A.Rahim, Encik Mohd Zul Azri Harun, Puan Noor Afzan Zakaria dan Encik Noor Azizul Hakim Noor Hazam.
Karya pantun yang telah dihasilkan boleh dihantar ke https://forms.gle/FSZreDE8Nd6WZK8Q7 . para peserta juga turut akan diberkan e-sijil dan sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Dr. Norhazlina Husin di talian 017-5049005 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. , Puan Noor Afzan Zakaria di talian 019-3912117 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. , Encik Mohd Zul Azri Harun di talian 019-3409472 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.