Perbincangan mengenai Pelaksanaan Amanah Tugas Pensyarah (ATP 3.0) Pekeliling Akademik Bil 5 Tahun 2017 Jam 2.30 , 14 September 2017. Semoga perbincangan pada petang ini akan memberi hasil positif untuk langkah selanjutnya dalam menjaga kebaijkan kakitangan akademik ahli MITASA.

Slot MITASA dalam program pertama pensyarah baru.

MITASA memohon untuk diberikan slot dalam setiap program pertama untuk pensyarah baru.

Keputusan: Pengurusan UiTM bersetuju.

 

Pengurangan ATA kepada staf yang mempunyai anak istimewa.

MITASA memohon agar ATA staf yang mempunyai anak istimewa dikurangkan.

Keputusan : Tidak berjaya

 

Usul percepatkan proses pembayaran gaji kepada pensyarah PTFT .

Keputusan :Pengurusan UiTM ambil maklum untuk penambahbaikan

 

Memperkasakan ACIS

MITASA memohon diperbanyakkan kurusus-kursus di ACIS bagi memperkasakan ACIS sama seperti di universiti lain.

Keputusan: Pengurusan UiTM tiada halangan Cuma pada masa ini kursus yang sedia ada akan diperbanyakkan sebelum menambah dengan kursus baru.

 

 

Perjumpaan MITASA bersama ahli -ahli di UiTM Cawangan Kedah telah diadakan pada 23 Julai 2017 . Presiden MITASA, Dr Normaly Kamal Ismail telah hadir mewakili MITASA induk. Dikesempatan perjumpaan ahli MITASA dgn Presiden MITASA
telah diadakan Jamuan Hari Raya dan Mesyuarat aktiviti MITASA. Terima kasih kepada Penyelaras Perhubungan MITASA UiTM Kedah, Puan Khairul Adilah bt Ahmad dan Puan Anis Faradella bt Abdul Malik yang telah membantu dan menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada Y.Bhg Dr Asmadi Mohammed Ghazali, Rektor UiTM Cawangan Kedah yang telah memberi keizinan kepada ahli MITASA untuk hadir di perjumpaan ini. 

 

 

Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) dengan kerjasama Al-I’Tisam Relief Program Association (ARP ) menjalankan Program Ibadah Qurban dan Aqiqah di beberapa tempat seperti di dalam brosur . Penyertaan dibuka mulai 1 Ogos 2017 sehingga 28 Ogos 2017 kepada seluruh warga UiTM dan di sekitar Shah Alam. Tahun ini harga untuk satu bahagian lembu dan seekor kambing bergantung kepada saiz lembu dimana ia dapat memberi manfaat kepada berapa keluarga untuk seekor kambing atau lembu.(Lihat penerangan dalam brosur). MITASA berharap tahun ini akan menerima penyertaan untuk berkorban/akikah sama seperti tahun sebelumnya untuk membantu golongan yang memerlukan.

 

Peringatan kepada kakitangan akademik UiTM  jangan terlepas pandang tarikh penting ini di mana bermula 1.1.2018 semua permohonan kenaikan pangkat untuk ke DM52 memerlukan kelulusan PhD atau menunggu 20 tahun untuk kenaikan pangkat secara time based. Sehubungan itu di minta semua ahli yang berkelayakan dan telah memenuhi syarat membuat permohonan kenaikan pangkat segera sebelum tarikh 30.1.2017. Baki masa 6 bulan jangan dipersiakan.

MITASA  memohon seluruh Kampus PTJ agar memandang serius dan segerakan permohonan DM 52 / DM 54 / VK7 dan lain-lain kerana  pekeliling baru akan dikuatkuasakan pada 01.01.2018.