Rujukan : MSS013.2/05/2018(888)                                 
Tarikh   :   21 Mei 2018

 

Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said
Naib Canselor
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor DARUL EHSAN

Assalamu’alaikum Wmt.Wbt.

Y.Bhg. Prof.Emeritus Dato’,

PERMOHONAN PENANGGUHAN PELAKSANAAN SYARAT BARU KENAIKAN PANGKAT KE DM52 PENSYARAH UiTM

Dengan segala hormatnya surat MITASA bertarikh 19 Disember 2017  adalah dirujuk.

Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (MITASA) mewakili keseluruhan ahli MITASA mengucapkan terima kasih kepada Y.Bhg. Prof.Emeritus Dato’ di atas penangguhan pelaksanaan syarat baru kenaikan pangkat ke DM52 pensyarah UiTM ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.  Bagaimanapun sekali lagi bagi tahun 2018 MITASA memohon penangguhan pelaksanaan pemakaian syarat baru tersebut.

MITASA menerima banyak aduan dari ahli-ahli di UiTM kampus cawangan yang memaklumkan sangat sukar untuk mendapat kenaikan pangkat kerana syarat kenaikan pangkat yang selalu berubah. Pensyarah yang memohon tidak dapat memenuhi atau membuat penambahbaikan kekurangan permohonan terdahulu. Buat masa ini MITASA dalam proses untuk memanjangkan aduan tersebut ke unit Integriti.

Sehubungan itu MITASA merasakan bukan masa yang sesuai lagi untuk UiTM menggunapakai syarat baru memandangkan ramai lagi para pensyarah Gred DM45 yang telah lama berkhidmat gagal dalam permohonan mereka ke DM52.  Bilangan terkini pensyarah yang berada di DM45/DM46 ialah seramai 2717 orang.

Keprihatinan dan sokongan dari Y.Bhg. Prof.Emeritus Dato’ untuk menangguhkan dahulu pelaksanaan syarat baru kenaikan pangkat ini sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,  Wassalam.

BERKHIDMAT UNTUK MITASA DAN UiTM


Yang Menjalankan Tugas

DR NORMALY KAMAL ISMAIL
PRESIDEN  MITASA

30 Mei 2018 -Gabungan Persatuan/Kesatuan Akademik dan Pentadbiran dalaman UiTM telah mengadakan pertemuan dengan Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA untuk menyatakan pendirian membantah sebarang hasrat yang berusaha untuk membuka kemasukan selain pelajar Melayu/bumiputera ke UiTM.

BIRO

EXCO

BIRO KEUSAHAWANAN 

DR REZIAN-NA MUHAMMED KASSIM

BIRO ADUAN

DR NORMALY KAMAL ISMAIL

BIRO KEBAJIKAN , SUKAN & REKREASI


DR ZULKIFLI  ABD LATIFF

DATIN HAJAH MARINA ISMAIL

BIRO PENDIDIKAN DAN LATIHAN

EN MAZLAN CHE SOH

BIRO KEAHLIAN DAN PROMOSI

EN AHMAD FAISAL MOHAMED FIAH

DR TAJUL ARIFFIN  ADAM

BIRO MEDIA DAN SERANTA

DATIN DR SARIMAH ISMAIL

EN AMIRUL AKHBAR MOHD ZULKIFLI

Mesyuarat Bersama Jabatan UiTM/MITASA seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 1 Jun 2018
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Aras 7, Bangunan Canseleri, UiTM Shah Alam

Wakil MITASA:

i. Presiden Dr Normaly Kamal Ismail
ii. Setiausaha Agung - Puan Hajjah Norshiha Haji Saidin

Usul dari MITASA:

MITASA telah mengemukakan dua usul untuk kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya. (Usul akan dimuatnaik selepas mesyuarat MBJ selesai)

  AHLI BARU MEI 2018    
NO.PEKERJA NAMA FAKULTI / JABATAN / CAWANGAN NO AHLI
286662 MOHD IDHAM MOHD YUSOF UiTM SEREMBAN 4972
184447 SUHAIMI BIN HJ ABD SAMAD UiTM SEREMBAN 4973
252434 NOOR HIDAYAH BINTI MOHD ZAKI UiTM SEREMBAN 4974
195177 ZURINA BT MD NEN UiTM SEREMBAN 4975
158350 RAZIAH BI BINTI MOHAMED SADIQUE UiTM SEREMBAN 4976