Mesyuarat Bersama Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik. 

Wakil-wakil semua universiti awam malaysia bergambar dengan Menteri setelah selesai mesyuarat.

Mesyuarat MAAC bagi isu2 semasa kakitangan akademik untuk dibawa dalam perjumpaan dengan Menteri KPT jam 3pm petang, 2 Julai 2018.  Presiden dan Setiausaha Kesatuan/Persatuan Kakitangan Akademik IPTA Malaysia yang berkumpul dan berbincang isu-isu semasa kakitangan akademik sebelum perjumpaan dengan Menteri KPT.

Kesatuan kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (MITASA) mengambil maklum akan kenyataan Menteri Pendidikan YB Dr. Maszlee Malik bertarikh 21 Jun 2018 berkaitan sistem Pentaksiran Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu (iCGPA) tidak lagi diwajibkan di universiti awam. Sejajar dengan itu, pihak MITASA sebagai kesatuan yang mewakili ahli-ahli akademik telah secara langsung mendapatkan pandangan dan maklum balas terhadap pelaksanaan iCGPA di UiTM. Ia juga adalah selari dengan saranan YB Menteri Pendidikan agar mana-mana universiti yang ingin meneruskan iCGPA perlu mendapatkan persetujuan kakitangan akademiknya menerusi sesi diskusi mahupun konsultasi. MITASA berpegang teguh akan keperluan persetujuan yang perlu dikekalkan di antara pihak pengurusan universiti dan kakitangan akademik yang merupakan tunjang kepada kedinamikan UiTM.

Berdasarkan kepada maklum balas yang diperolehi, pihak MITASA mengambil ketetapan untuk mengesyorkan agar iCGPA dihentikan pelaksanaannya di UiTM. Antaranya ialah pelaksanaan iCGPA di dapati telah menyebabkan tumpuan ahli akademik adalah lebih terarah kepada proses pendokumentasian serta terlalu memfokuskan kepada aktiviti pelajar. Keadaan ini secara langsung telah mengikis kecemerlangan akademik apabila kurangnya pemfokusan diberikan oleh ahli-ahli akademik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia juga telah menghadkan aktiviti ilmiah lain yang seharusnya menjadi fokus ahli akademik iaitu dari sudut menjalankan penyelidikan, penulisan dan pembentangan kertas kerja dan penyelidikan. iCGPA juga dikatakan adalah terlalu rigid dari sudut pelaksanaannya dan menghadkan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Adalah jelas bahawa bidang pengajian yang terangkum dalam gugusan Sains dan Teknologi, Pengurusan dan Perniagaan serta Sains Sosial dan Ilmiu Kemanusiaan bukan sahaja berbeza dari sudut falsafah dan pengajaran tetapi juga dari sudut pemakaian pemarkahan serta penilaiannya.

Walaupun iCGPA dikatakan sebagai penilaian yang bersifat holistik terhadap pencapaian pelajar namun hakikatnya ialah pembangunan metodologi yang dikendalikan pada tahun 2011 dan diimplementasikan pada September 2015 adalah tidak mengambil kira pandangan ahli-ahli akademik. Malahan penilaian terhadap pencapaian akademik yang didasari dengan LAPAN (8) tunjang utama yang bermula dengan pengetahuan, kemahiran psikomotor, kemahiran dan tanggungjawab sosial, nilai, sikap dan profesionalisme, kemahiran komunikasi kepimpinan dan kerja berpasukan, kemahiran penyelesaian masalah dan saintifik, pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat serta yang terakhir kemahiran mengurus dan keusahawanan adalah dinilai dengan gred akademik adalah jauh menyimpang daripada output sebenar. Apa yang berlaku ialah berlakunya penambahan penggredan dan kemasukan markah yang berlebihan sekaligus membebankan ahli akademik serta menyebabkan berlakunya kecenderungan kesalahan kemasukan markah. Keadaan ini adalah tidak adil kepada kakitangan akademik di UiTM yang rata-ratanya telahpun dibebankan dengan pengajaran sebanyak 18 jam dalam tempoh seminggu.

Selain itu, sejak iCGPA diperkenalkan secara “pilot test” pada tahun 2015 sehinggalah masa kini, terdapat universiti-universiti awam negara yang masih tidak mengimplementasikannya secara keseluruhan. Malahan universiti-universiti swasta secara keseluruhannya juga tidak mengimplementasikannya. Bersesuaian dengan keputusan yang diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan maka pihak MITASA menyokong agar iCGPA tidak diteruskan di UiTM. Ia juga adalah hasrat kakitangan akademik yang telah menyatakan konsensus mereka untuk iCGPA tidak diteruskan. Pihak MITASA beranggapan bahawa aspek ini perlulah dihormati kerana kedinamikan dan kecemerlangan akademik universiti adalah dipacu secara bersama antara pengurusan universiti serta tenaga akademiknya.

Bersandarkan kepada premis-premis yang telah dinyatakan pihak MITASA menegaskan bahawa adalah jelas implementasi iCGPA sewajarnya tidak diteruskan. Ia adalah mewakili suara ahli-ahli akademik di UiTM sendiri yang merupakan universiti awam terbesar di Malaysia. Pihak MITASA komited untuk terus membawa pendirian penolakan iCGPA sekaligus menyokong keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekian.

 

Kesatuan Kakitangan Akademik
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam, Selangor 

26 Jun 2018 

Pejabat Pendaftar telah mengeluarkan pekeliling berkenaan Cuti Kuarantin melalui Pekeliling Pendaftar Bil.11 Tahun 2016. Walau bagaimanapun, kelayakan cuti kuarantin hanya terpakai kepada staf tetap sahaja. Manakala staf kontrak tidak layak mendapat Cuti Kuarantin. Staf kontrak hanya layak mendapat Cuti Gantian, Cuti Kematian Keluarga Terdekat dan Cuti Isteri Bersalin.

 

Mohon kerjasama semua warga akademik UiTM untuk menjawab soalan survey dari HEA UiTM. Ini adalah hasil dari permohonan MITASA untuk ditangguhkan lagi pelaksanaan pekeliling baru kenaikan pangkat. (rujuk  http://mitasa.uitm.edu.my/v2/index.php/en/info/berita/semasa).  Soalannya sangat baik.  Harap semua pensyarah dapat menjawabnya.  Jadi, tolonglah sebarkan.

  https://www.surveymonkey.com/r/HEApangkat

Tahniah kepada semua ahli baru MITASA Jun 2018.

BIL NO.PEKERJA NAMA NO AHLI
1 276656 NOR ASMA MOHD ZIN 4977
2 276630 NURUL HAFIZAH AZIZAN 4978
3 237381 NOR AZIMA ISMAIL 4979
4 217451 SURAYA HUSIN 4980
5 250407 ROSFATIHAH CHE MAT 4981
6 277176 NUR HAZELEN MAT RUSOK 4982
7 213473 MARNI GHAZALI 4983
8 310473 ILINADIA BINTI JAMIL 4984
9 270636 RAMHA ROZAILI BINTI RAMLI 4985
10 318174 RAFIZAH MOHD NOOR 4986
11 323910 NORFARHANA FADILLA BINTI MOHD ZAKI 4987
12 328180 ROHASMIZAH BINTI HASHIM 4988
13 257882 HAFIZI BIN LUKMAN 4989
14 245661 SYAFAWATI NADIAH BINTI MOHAMED 4990
15 290218 NOOR AKMAL ABD WAHAB 4991
16 290205 NORHAFIZAH BINTI MOHD ZAZI 4992
17 318048 Nurul Ezhawati Binti Abdul Latif 4993
18 288754 SITI NOORFAHANA MOHD IDRIS 4994
19 297198 AIMI NADIRA MAT RUZLIN 4995
20 277846 BIBI INTAN SURAYA BINTI MURAT 4996
21 309222 NURUL ILHAM BINTI ADAM 4997
22 191236 AZRINA BINTI AHMAD @ MOHD 4998
23 181327 NORHAYATI YAACOB 4999
24 301275 AMIRAH BINTI AHMAD 5000
25 324757 MOHD HAIKAL BIN MUSTAFA 5001
26 317162 MUHAMMAD IMRAN BIN ISMAIL 5002
27 317188 ARBANAH BT MUHAMMAD 5003
28 317612 SALMI NUR AIN SANUSI 5004
29 169705 Dr. Rainal Hidayat Bin Wardi 5005
30 279048 MOHD SHAHEZWAN ABD WAHAB 5006
31 267982 MOHD RIJAL BIN ILIAS 5007
32 334996 ABDUL AZIM AL-ABRAR BIN AHMAD KAILANI 5008
33 329309 AHMAD KHUDZAIRI KHALID 5009
34 291123 ZARITH SOFIAH OTHMAN 5010
35 252201 AISHAH BINTI MAHAT 5011
36 334404 SURAYA FADILAH BINTI RAMLI 5012
37 207573 NAZIHAH BINTI OMAR 5013
38 317502 NURUL AISHAH AB RAMAN 5014
39 328643 NUR AZIEAN MOHD IDRIS 5015
40 251749 MOHD RABANI BIN YAAFAR 5016
41 211750 ROHAYA BINTI ALIAS 5017
42 314042 BUSYRA BINTI LATIF 5018
43 310253 NOR AFFIDA M. ZIN 5019
44 158758 NOR RASHIMAHWATI BINTI TARMUCHI 5020
45 247685 MAS AIYU BINTI JAMALUDIN 5021
46 174855 ASMIDA ISMAIL 5022
47 217932 CHUA SIEW KUAN 5023
48 335869 NURFAREHA BINTI MOHD HATTA 5024