WhatsApp Image 2024-02-24 at 12.13.31
photo_2023-12-08_12-47-11
previous arrow
next arrow

Denyutan Autonomi Akademia UiTM

ANDA NADI MITASA

Kemandirian MITASA bergantung pada usaha dan peranan kolektif ahli-ahlinya. Secara keseluruhannya, keberkesanan MITASA bergantung pada penglibatan aktif, perpaduan dan persepakatan ahli-ahlinya. MITASA berusaha memberi komitmen untuk berperanan sebaiknya sebagai wadah yang memperjuangkan hak dan kepentingan warga akademia di UiTM

2686

ahli MITASA setakat Januari 2024

8932

kakitangan akademik UiTM

60+

jumlah aduan sejak 2004

40+

jumlah aduan berjaya selesai sejak 2004

Kenali MITASA

WhatsApp Image 2024-03-15 at 10.34.23 (1)

Apa itu MITASA ?

MITASA ialah sebuah kesatuan yg berdaftar di bawah Akta Kesatuan Sekerja, 1959 dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia. MITASA itubuhkan secara rasmi pada tahun 1972.

d6347eec-00e0-488b-ad7e-f1fce3199dd4

Apa Kepentingan MITASA ?

MITASA berperanan penting di dalam majlis dan kesatuan sekerja peringkat kebangsaan. MITASA merupakan ahli gabungan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmat Kerajaan

WhatsApp Image 2024-03-15 at 10.34.23 (2)

Apa Peranan MITASA ?

MITASA menjadi penggerak kepada pengurusan UiTM untuk memajukan segala usaha bagi mencapai visi dan misi UiTM. MITASA berperanan dalam bekerjasama dan menyokong pihak pengurusan UiTM

photo1710471010

Kenapa Menjadi Ahli MITASA ?

MITASA sangat mengalu-alukan penyertaan dari semua ahli akademik yang layak. Secara keseluruhannya, menyertai pensyarah di dalam MITASA boleh memperkasakan profesion pensyarah dan secara tidak langsung mempunyai suara yang lebih kuat di tempat kerja.

WhatsApp Image 2024-03-05 at 19.44.51

Kejayaan MITASA

Semenjak penubuhannya, MITASA kekal komited berusaha berbakti kepada dunia akademik UiTM. Kerja keras dan komitment ini adalah bukti kuasa transformatif kesatuan akademik UiTM di dalam memacu perubahan positif dan memupuk semangat dan keadilan akademik untuk warga pendidik.

photo_2023-12-08_12-47-11

JOM Jadi Ahli MITASA

Apa anda perlu lakukan untuk menjadi ahli MITASA? Untuk menjadi ahli MITASA, sila klik pautan yg disediakan.

Visi

Menjadi satu kesatuan akademik yang berwibawa dan dihormati oleh semua pensyarah, pengurusan dan masyarakat amnya.

Misi

Untuk memperjuangkan dan melindungi hak, maruah, dan kesejahteraan semua kakitangan akademik di UiTM, memupuk tempat kerja yang adil dan saksama dan mempromosikan keadilan sosial dan ekonomi untuk ahli kami.

Falsafah

Kemajuan dan kejayaan sesuatu kumpulan adalah hasil dan usaha kolektif kumpulan itu sendiri.

Objektif

  • Menjaga hak serta kepentingan dan kebajikan ahli.
  • Bekerjasama dengan pengurusan UiTM untuk menjaga kepentingan dan martabat UiTM.
  • Mempertingkatkan kecemerlangan akademik.

Barisan Kepimpinan Tertinggi MITASA

Saharuddin Lin

Presiden

Dr. Faridah Hussain

Setiausaha

Ts. Nor Azlin Rosli

Bendahari

Kalendar MITASA

MITASA ialah Ahli Gabungan

Aduan

MITASA sedia membantu! Jangan teragak-agak untuk berkongsi aduan atau kebimbangan anda; MITASA akan melakukan yang terbaik untuk membantu anda atau memberi beberapa panduan tentang cara menanganinya.

Soalan Lazim

Mana-mana ahli MITASA yang telah melepasi 3 kali bayaran keahlian kesatuan.

Semua maklumat peribadi pengadu dan perihal aduan adalah untuk kegunaan MITASA. MITASA akan  melindungi data-data dan maklumat pengadu kecuali diperlukan oleh pihak berkuasa. 

Setiap aduan akan melalui proses tapisan dan siasatan dalaman. Jangkamasa penyelesaian bergantung kepada keadaan kes tersebut (case-to-case basis). MITASA akan sedaya upaya melakukan tindakan penyelesaian sesegera yang mungkin. Pengadu akan dimaklumkan dari masa ke semasa mengenai perkembangan kes aduan mereka.