AHLI BARU JANUARI 2018    
BIL NO.PEKERJA NAMA FAKULTI / JABATAN / CAWANGAN NO AHLI
1 307363 SITI ANIS ADILAH BT TARMAZI FPHP, UiTM P.PINANG 4875
2 277286 MOHD SYAFIQ BIN AKIMAN FPHP, UiTM P.PINANG 4876
3 277325 ASHRAF SIDDIK KHAN B. ABDUL RAHIM SIDDIQE FPHP, UiTM P.PINANG 4877
4 190299 AZURA AHMAD APB, UiTM P.PINANG 4878
5 232108 SITI ASMAH MOHAMED JSKM, UiTM P.PINANG 4879
6 229153 AINNIE RAHAYU BT ABDULLAH JSG, UiTM P.PINANG 4880
7 161923 AZNIFA MAHYAM ZAHARUDIN UiTM P.PINANG 4881
8 334941 NORAAIN BINTI MOHAMED SARAFFSPU/PPSUG, UiTM SHAH ALAM 4882
9 320272 AINATUL FATHIYAH BT ABDUL RAHMAN FSPPP, UiTM PAHANG 4883
10 252777 DR ISKANDAR HASAN TAN ABDULLAH UiTM MACHANG KELANTAN 4884
11 334912 NOR HILALIYAH BT MOHD JAMIL FSKM, UiTM SHAH ALAM 4885
12 170930 DR IRINI BINTI IBRAHIM FUU, UiTM SHAH ALAM 4886
13 218627 BADRUL AZMIER BIN MOHAMED@BAKAR FAK.SAINS PENTAD.&PENGAJIANPOLISI 4887

Perjumpaan VC dgn semua kesatuan dan perrsatuan pada pagi ini.

Rumusan perjumpaan:  Perancangan 2018

  1. Meneruskan Perbelanjaan berhemah di UiTM = kedudukan kewangan yg stabil. Peruntukan 480 juta untuk 2018.
  2. Mewujudkan budaya meraikan kejayaan di UiTM. VC berkongsi Komen dari Elsevier bahawa UiTM experienced exponential growth in publication last year.
  3. Introduction of cashless campus in 2018.
  4. Increase in student mobility, program ke luar negara.
  5. Penambahbaikan infrastruktur -1 juta diperuntukan utk keceriaan kampus dan 30 juta untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran seperti peralatan makmal, smart classrooms dll.

(Sumber berita: norsh)

Usaha MITASA dalam beberapa siri pertemuan, permohonan dan terkini surat bertarikh 19 Disember 2017 dalam meminta pengurusan UiTM untuk menangguhkan syarat baru kenaikan pangkat ke DM52 akhirnya mendapat respon positif selepas Naib Canselor bersetuju untuk menangguhkannya ke satu masa yang akan ditetapkan kemudian.  Terima kasih Dato kerana sudi mendengar pandangan MITASA dan ahlinya.

Tahun 2016 dan 2017 merupakan tahun yang penuh dengan aktiviti dalaman (UiTM) bagi MITASA. Tetapi kejayaan terbesar MITASA apabila pada tahun 2015, semasa Presiden MITASA merangkap Timbalan Pengerusi MAAC mengetuai MAAC dalam perjumpaan dengan YB Menteri KPT, dimana MAAC menekankan perlunya VC yang bijak dan berkebolehan dipilih dalam memimpin sesuatu Universiti. YB Menteri KPT menyetujuinya. Hasilnya, KPT telah melantik VC UiTM yang baru yang mempunyai ciri-ciri tersebut.

Keinginan VC UiTM yang baru memasukkan elemen kegembiraan staf dalam KPI universiti menyebabkan cadangan MITASA mengadakan pemilihan dekan di UiTM melalui pilihanraya telah dipersetujui demi menaikkan indek kegembiraan staf. MITASA telah berperanan memberi input dalam proses ini.

MITASA juga telah mencadangkan satu skim pensyarah UiTM yang baru kepada UiTM yang telah mendapat restu JPA. Walaubagaimanapun cadangan yang diselia juga oleh pejabat pendaftar ini terpaksa ditolak oleh pengurusan UiTM kerana membabitkan pertambahan perbelanjaan UiTM kerana MITASA memohon Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berdasarkan peratusan (sekitar 6%).

Dalam usaha mengelakkan masalah markah penilaian tahunan yang mempengaruhi syarat memohon kenaikan pangkat, MITASA telah meminta UiTM mengikut sepenuhnya prosedur proses penilaian ini yang dibuat oleh JPA. Komponen yang sangat penting yang mewajibkan pegawai yang dinilai diberitahu markah yang diberi sebelum dimuktamadkan mestilah dilaksanakan. PTJ hendaklah memastikan pegawai yang dinilai diberikan bimbingan dan nasihat pada pertengahan tahun sekiranya tidak mencapai KPI yang ditetapkan sebelum tindakan memberi markah yang rendah diambil. Hasilnya, tiada lagi rungutan pensyarah mendapat markah yang rendah.

MITASA telah berperanan dalam usaha memastikan seramai mungkin pensyarah DM45 yang tidak memilki PhD dinaikkan pangkat ke DM52. Dalam perkeliling baru mengenai kenaikan pangkat pensyarah UiTM, syarat memiliki PhD telah diperkenalkan. MITASA telah berjaya memohon syarat baru ini ditangguhkan. Hasilnya beratus-ratus pensyarah DM45 berjaya dinaikan pangkat ke DM52 pada tahun 2017. MITASA masih lagi berusaha memastikan syarat memiliki PhD digugurkan dalam semua peringkat kenaikan pangkat di UiTM.

Selain itu, banyak lagi perkara yang MITASA ingin dan sedang perjuangkan pada masa hadapan seperti kenaikan pangkat berasaskan asas-masa (Time-based), memudahkan kenaikan pangkat ke DM54 dan VK7, ATP yang adil, mencadangkan penambahbaikkan akta UiTM agar lebih berdaya saing, melantik lebih ramai para akedamik menjadi pentadbir berdasarkan kepada bidang dan kepakaran masing-masing, berkerjasama dengan pengurusan UiTM dalam memperkasakan integriti dalam semua peringkat di UiTM dan lain-lain lagi.

Selain itu, diperingkat kebangsaan, MITASA berperanan penting dalam Kongress Persatuan Akedamik Malaysia (Malaysian Academic Association Congress MAAC) kerana pada masa ini Presiden MITASA adalah Timbalan Pengerusi MAAC. Pada penghujung tahun 2016, di persidangan media sempena Konvensyen Akademik Kebangsaan Universiti Awam Malaysia 2016 (KAKAUM 2016), MAAC telah merayu agar Gran Penyelidikan tidak dipotong. Olehkerana rayuan itu agak lambat, pada budget 2017, Gran Penyelidikan telah dipotong. Kesannya ramai penyelidik gagal mendapatkan Gran Penyelidikan pada tahun 2017. Rayuan MAAC akhirnya telah didengari dimana pada budget 2018 kerajaan telah mengembalikan semula kepada jumlah yang asal bagi Gran Penyelidikan 2018. MAAC masih berusaha memperjuangkan skim pensyarah Universiti Awam yang baru.

Semoga MITASA terus berjaya memperjuangkan kebajikan pensyarah di peringkat UiTM mahupun di peringkat Kebangsaan bersama-sama MAAC pada masa-masa mendatang. Sesungguhnya, kejayaan yang diperolehi oleh MITASA adalah terutamanya datang dari sokongan padu ahli-ahli MITASA berserta kerja kuat semua ahli majlis kerja MITASA 2016-2017. Ribuan terima kasih diucapkan. Diharap sokong padu dari ahli-ahli mitasa dapat diteruskan.

 

Dr Normaly Kamal Ismail

Presiden MITASA

 

AHLI MAJLIS KERJA MITASA 2016-2017

Dr Normaly Kamal Ismail – Presiden

Dr Zulkifli Abdul Latiff – Timbalan Presiden

Datin Sarimah Ismail – Setiausaha Agong

Hajjah Norshihah Hj Saidin – Penolong Setiausaha Agong

Dr Rezian-Na Muhammed Kassim – Bendahari Kehormat

Dr Norliza Aminudin, - Exco

Saharuddin bin Lin - Exco

Hajjah Marina Ismail - Exco

Ahmad Faizal Mohamed Fiah - Exco

Ab Wahab bin Mohamad - Exco

Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli - Exco

Anuar Fahmi Abdullah - Exco