Apa Kepentingan MITASA

MITASA berperanan penting di dalam majlis dan kesatuan sekerja peringkat kebangsaan. MITASA merupakan ahli gabungan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmat Kerajaan (CUEPACS), Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) dan Majlis President Persatuan Universiti Awam (MPPA).

 

Di peringkat universiti, MITASA berperanan secara langsung di dalam memberi usul, cadangan dan input berkaitan dengan hal ehwal pengurusan tertinggi universiti. Antara peranan yang dimainkan oleh MITASA adalah sebagai rakan strategik universiti dengan menjadi ahli senat UiTM, ahli Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ), ahli mesyuarat Pemilihan Dekan dan Pengarah Hospital UiTM, ahli mesyuarat Pembiayaan  Pinjaman Komputer dan Kenderaan, dan ahli panel pemilihan Anugerah Akademik UiTM (AAU).

 

MITASA juga berperanan merapatkan hubungan dan interaksi di antara anggota dari masa ke semasa. MITASA menjadi wakil anggota kesatuan dan persatuan pekerja dalam seminar dan mesyuarat yang dianjurkan oleh pusat pengajian tinggi dalam negara. MITASA juga menjadi wakil membawa suara dan aspirasi ahli ke dalam kongres-kongres dan aktiviti berkaitan.