Sumbangan Bakal Haji 1445H-2024

Mitasa berpeluang meraikan ahli-ahlinya yang bakal mengerjakan haji tahun ini dalam Majlis Meraikan Bakal Haji UiTM 1445H yang disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Shahrin Bin Sahib yang bertempat di Ruang Solat Tambahan, Masjid UiTM Shah Alam. Turut hadir, Presiden Mitasa, Encik Saharuddin Bin Lin dan Exco Kebajikan Mitasa, Dr Mahfuzah Binti Mohamed Zabidi. Selain itu, penyelaras-penyelaras di setiap cawangan juga turut mewakili MITASA menyampaikan sumbangan kepada ahli di cawangan masing-masing.

Program Saringan Risiko Psikososial di Tempat Kerja 2024

Majlis Perasmian Program Saringan Risiko di Tempat Kerja 2024 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di PTAR 1. Majlis perasmian yang disempurnakan Naib Canselor UiTM, Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Shahrin Bin Sahib itu turut dihadiri oleh Ketua Pustakawan PTAR, exco-exco MITASA, wakil-wakil kesatuan, kakitangan PTAR dan sebagainya.

Poket Talks Siri 2/2024 & Bengkel e-TUIS Kesatuan Sekerja

Presiden MITASA, Encik Saharuddin Lin menghadiri Poket Talks Siri 2/2024 & Bengkel e-TUIS Kesatuan Sekerja di PTAR, UiTM. Tajuk kali ini ialah Membina Pekerja Malaysia MADANI Berkonsepkan 3K (Kebajikan, Kemahiran dan Keberhasilan) dan dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Asri Bin Abdul Whab iaitu Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Sesi Perkongsian (Konsep 3K) pula oleh Prof. Emerita Dr. Durrishah Idrus, Ketua Eksekutif, Kolej Institut Jantung Negara (IJN College).

Bengkel Penyediaan Kertas Cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Akademik Majlis Profesor Negara

Presiden MITASA, Encik Saharuddin Lin hari ini turut dijemput menyertai Bengkel Penyediaan Kertas Cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Akademik Majlis Profesor Negara di Ixora Hall, Palm Garden Hotel, Putrajaya.

Majlis Ramah Mesra YB Menteri Bersama Warga Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2024

Barisan Exco MITASA menghadiri Majlis Ramah Mesra YB Menteri Bersama Warga Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2024 bertempat di Tempat Letak Kenderaan KPT, Putrajaya hari ini. Majlis yang turut dihadiri Naib Canselor UiTM itu juga diserikan dengan kehadirian wakil-wakil kepimpinan dari UTIMAS, KKUiTM dan ramai lagi.

Kunjungan hormat kepada Naib Canselor UiTM

Pada 5 March 2024, pihak MITASA telah mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor UiTM,YBhg. Prof. Datuk Dr Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin di pejabat beliau di Canselori, Shah Alam. Kunjungan hormat selama sejam tersebut diketuai Presiden MITASA, Encik Saharuddin Lin dan barisan kepimpinan EXCO dari seluruh cawangan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan bersyukur kerana MITASA telah menunaikan dan menyampaikan isu yang menekan pensyarah selama ini dan semoga pertemuan membuahkan hasil yang diharapkan. Antara isu yg dibawa tadi ialah memansuhkan pekeliling larangan cuti semasa semester berjalan, memansuhkan syarat 20 tahun untuk layak memohon naik pangkat DM45-DM52 dan beberapa aduan yang dikemukakan ahli MITASA melibatkan kegagalan temuduga DM54. Selain itu, pihak MITASA turut menjemput beliau merasmikan Program Saringan Risiko psikososial pada 22.4.2024 nanti. Didoakan semoga semua yang diperjuangkan akan memperoleh kejayaan dan pertemuan tersebut memberi impak positif dan merapatkan jurang antara pentabiran tertinggi universiti dan kakitangan akademik universiti.

Bengkel Hala Tuju Gred Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-Badan Berkanun CUEPACS Tahun 2024

Ahli Majlis Kerja MITASA turut dijemput menyertai Bengkel Hala Tuju Gred Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-Badan Berkanun CUEPACS Tahun 2024 yang diadakan di Mardhiyyah Hotel & Suite Shah Alam pada27 hingga 29 Febuari 2024. Pelbagai input berguna telah dikongsikan melalui bengkel tersebut yang dihadiri oleh Timbalan Presiden MITASA, Encik Mohd Amirul Akhbar, Setiausaha MITASA, Dr Faridah Hussain dan Bendahari MITASA, Ts Nor Azlin.

Kunjungan hormat ke pejabat Rektor Selangor

Satu sesi kunjungan hormat dari Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (MITASA) yang diwakili oleh Encik Saharuddin Lin, Presiden MITASA, Dr. Faridah Hussain, Setiausaha MITASA dan beberapa wakil exco telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan FF1 Kampus Puncak Alam. YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menyambut kunjungan tersebut yang turut dihadiri oleh Puan Alfina Bakar, Ketua Timbalan Pendaftar Kanan, bersama wakil pentadbiran UiTM Cawangan Selangor. Kunjungan ini bertujuan membawa dan membincangkan isu kebajikan, kesejahteraan dan kepentingan staf akademik di UiTM Cawangan Selangor untuk perhatian dan pandangan rektor.

Kejohanan Tenpin Boling MITASA 2024

18 Februari 2023 – Kejohanan Tenpin Bowling MITASA 2024 telah berlangsung dengan jayanya di AEON Alam Lanes, Shah Alam. Kejohanan ini berjaya mengumpulkan lebih kurang 140 orang pemain dan penyokong dengan penyertaan seramai 20 pasukan dari seluruh kampus dan cawangan UiTM. Semua peserta bowling menunjukkan daya juang yang tinggi. Tahniah dan syabas MITASA ucapkan kepada semua pemenang. Melihatkan sambutan luar jangka yang memberangsangkan, kejohanan ini diharapkan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan menambahkan lagi bilangan ahli MITASA.

Bengkel Skim Perkhidmatan Gred Pelajaran CUEPACS 2024

Kongress Persatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah mengadakan Bengkel Skim Perkhidmatan Gred Pelajaran CUEPACS 2024 pada 5 hingga 7 Januari 2024. Empat Exco MITASA iaitu Puan Atifah Othman, Dr Mahfuzah Mohamed Zabidi, Dr Mohamad Firdaus Ahmad dan Dr Mohammad Ghazali Masuri juga turut menghadiri bengkel berkenaan yang diadakan di STEG, Kuala Lumpur.

Kunjungan hormat ke Bahagian Unit Perkhidmatan OKU

Exco MITASA telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Unit Perkhidmatan OKU, bertempat di Pejabat UPOKU Kompleks Antarabangsa UiTM Shah Alam, di sini. Rombongan MITASA yang diketuai Presiden, Encik Saharuddin Lin di raikan Pengarah UPOKU, Prof .Madya Ts Dr Roslinda Alias. Pelbagai pertukaran input menarik dikongsi dan dibincangkan kedua-dua pihak dalam pertemuan berkenaan. Pihak MITASA mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan.