Denyutan Autonomi Akademia UiTM
ANDA NADI MITASA
Kemandirian MITASA bergantung pada usaha dan peranan kolektif ahli-ahlinya. Secara keseluruhannya, keberkesanan MITASA bergantung pada penglibatan aktif, perpaduan dan persepakatan ahli-ahlinya. MITASA berusaha memberi komitmen untuk berperanan sebaiknya sebagai wadah yang memperjuangkan hak dan kepentingan warga akademia di UiTM
2,800
ahli MITASA setakat Julai 2024
8,990
kakitangan akademik UiTM
68+
jumlah aduan sejak 2004
40+
jumlah aduan berjaya selesai sejak 2004
Kenali MITASA
Apa itu MITASA?
MITASA ialah sebuah kesatuan yg berdaftar di bawah Akta Kesatuan Sekerja, 1959 dan
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia. MITASA itubuhkan secara rasmi pada tahun 1972.
Apa Kepentingan MITASA?
MITASA berperanan penting di dalam majlis
dan kesatuan sekerja peringkat kebangsaan. MITASA merupakan ahli gabungan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmat Kerajaan
Apa Peranan MITASA?
MITASA menjadi penggerak kepada pengurusan UiTM untuk memajukan segala usaha bagi mencapai visi dan misi UiTM. MITASA berperanan dalam bekerjasama dan menyokong pihak pengurusan UiTM
Kenapa Menjadi Ahli MITASA ?
MITASA sangat mengalu-alukan penyertaan dari semua ahli akademik yang layak. Secara keseluruhannya, menyertai pensyarah di dalam MITASA boleh memperkasakan profesion pensyarah dan secara tidak langsung mempunyai suara yang lebih kuat di tempat kerja.
Kejayaan MITASA
Semenjak penubuhannya, MITASA kekal
komited berusaha berbakti kepada dunia akademik UiTM. Kerja keras dan komitment ini adalah bukti
kuasa transformatif kesatuan akademik UiTM di dalam memacu perubahan positif dan memupuk semangat
dan keadilan akademik untuk warga
pendidik.
JOM Jadi Ahli MITASA
Apa anda perlu lakukan untuk menjadi ahli MITASA?
Untuk menjadi ahli MITASA, sila klik pautan yg disediakan.
Visi
Menjadi satu kesatuan akademik yang berwibawa dan dihormati oleh semua pensyarah, pengurusan dan masyarakat amnya.
Misi
Untuk memperjuangkan dan melindungi hak, maruah, dan kesejahteraan semua kakitangan akademik di UiTM, memupuk tempat kerja yang adil dan saksama dan mempromosikan keadilan sosial dan ekonomi untuk ahli kami.
Falsafah
Kemajuan dan kejayaan sesuatu kumpulan adalah hasil dan usaha kolektif kumpulan itu sendiri.
Objektif
- Menjaga hak serta kepentingan dan kebajikan ahli.
- Bekerjasama dengan pengurusan UiTM untuk menjaga kepentingan dan martabat UiTM.
- Mempertingkatkan kecemerlangan akademik.
Barisan Kepimpinan Tertinggi MITASA
Saharuddin Lin
Presiden
Mohd Amirul Akhbar
Timbalan Presiden
Prof Madya Dr. Faridah Hussain
Setiausaha
Ts. Nor Azlin Rosli
Bendahari
Kalendar MITASA
MITASA ialah Ahli Gabungan
Aduan
MITASA sedia membantu! Jangan teragak-agak untuk berkongsi aduan atau kebimbangan anda; MITASA akan melakukan yang terbaik untuk membantu anda atau memberi beberapa panduan tentang cara menanganinya.
Soalan Lazim
Mana-mana ahli MITASA yang telah melepasi 3 kali bayaran keahlian kesatuan.
Semua maklumat peribadi pengadu dan perihal aduan adalah untuk kegunaan MITASA. MITASA akan melindungi data-data dan maklumat pengadu kecuali diperlukan oleh pihak berkuasa.
Setiap aduan akan melalui proses tapisan dan siasatan dalaman. Jangkamasa penyelesaian bergantung kepada keadaan kes tersebut (case-to-case basis). MITASA akan sedaya upaya melakukan tindakan penyelesaian sesegera yang mungkin. Pengadu akan dimaklumkan dari masa ke semasa mengenai perkembangan kes aduan mereka.