Mesyuarat Bersama MBJ Bil.4/2009

Usul 1: Kenaikan Pangkat Penolong Pensyarah, Penolong Pensyarah, tugas Penolong Pensyarah Dan Penilaian Tahap Kecekapan Penolong Pensyarah.

Keputusan : Pendaftar memaklumkan masih di dalam kajian dengan pihak JPA.

Usul 2: beban tugas pentadbiran kepada pensyarah

Keputusan: MITASA dimaklumkan ia adalah keputusan TNCA dan beban tugas sekarang kerana mendapat arahan dari TNCA. (Hasil daripada maklumat ini, MITASA telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan hal ini dengan TNCA pada 21 Januari 2010.)

Usul 3: AJK Hal Ehwal Kakitangan/Akademik

Keputusan: Masih dalam perbincangan samada usul MITASA ini diterima atau tidak. Kafetaria Di Puncak Perdana, Kafetaria Di Fakulti Komunikasi & Pengajian Media Dan Kafetaria Bangunan Menara UiTM:

Usul 4: Harga makanan dan layanan pekerja cafe

Keputusan: Mengenai permintaan MITASA untuk diuruskan kafetaria bertaraf hotel, pihak Bendahari, En Sanip memaklumkan laporan kewangan setiap bulan untuk semua café yang bertaraf hotel adalah rugi. Oleh itu pihak pentadbiran memutuskan untuk membina dan menyelengarakan café yang bersih dan terurus seperti hotel sahaja.

Usul 5: Pengecualian yuran pengajian semua kakitangan UiTM yang belajar di UiTM

Keputusan: Pengecualian yuran PhD, MITASA diminta untuk membincangkan perkara ini dengan YBhg Tan Sri Wan Zahid. (Pada 8 Januari 2010, MITASA telah mengadakan pertemuan dengan YBhg Tan Sri Wan Zahid bagi membincangkan isu ini)

Usul 6: ISO untuk bahagian pembangunan dan keselamatan

Keputusan: ISO bahagian Pembangunan, pihak pentadbiran memaklumkan telah mendapat ISO.

Usul 7: Penjelasan kedudukan DM52 ditangguhkan

Keputusan: Penangguhan ke DM52 kepada pensyarah yang masih belum menamatkan PhD pula pihak pentadbir menjelaskan ianya adalah peraturan baru dan meminta perkara ini tidak dibangkitkan lagi.

Usul 8: Tiga kenaikan bagi pensyarah yang tamat PhD.

Keputusan: Pihak pentadbiran menolak usul ini kecuali digunapakai kepada pensyarah yang telah lulus PhD tetapi masih lagi di gred DM45.

Mesyuarat Bersama MBJ Bil.3/2009

Usul 1: Kemudahan fasiliti di kampus Puncak Alam

Keputusan: Mesyuarat mengambil maklum perkara berkenaan.

Usul 2: Elaun koordinator RM300.00 yang dibayar melalui Tabung Amanah

Keputusan : Mesyuarat mengambil maklum akan perkara ini.

Mesyuarat Bersama MBJ Bil.2/2009

Usul 1: Elaun Sara Hidup (COLA) bagi kakitangan UiTM yang berkhidmat di kampus Puncak

Keputusan : Mesyuarat mengambil maklum akan perkara berkenaan.

Usul 2: Perlantikan dekan melalui pegundian oleh pensyarah

Keputusan:

Usul 3: Mesyuarat mengambil maklum akan perkara berkenaan. Melarang penggunaan polistrin di kafeteria UITM

Keputusan: Mesyuarat meminta larangan penggunaan polistrin di kafeteria UiTM mula dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Julai 2009 dan dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Ogos 2009.

Usul 4: Elaun kritikal bagi pensyarah program fisioterapi, pemulihan. Carakerja dan pengimejan perubatan, fakulti Sains Kesihatan UiTM

Keputusan : Mesyuarat memohon pihak MITASA membuat kajian menyeluruh bidang-bidang yang kritikal yang terdapat di UiTM untuk perhatian JPA.

Usul 5: Penambahbaikan Khidmat Pelanggan Bahagian Komunikasi Korporat

Keputusan : Mesyuarat mengambil maklum akan perkara berkenaan dan memohon agar Pejabat Pendaftar dapat melihat perkara ini dalam memastikan setiap staf yang diambil bertugas di Jabatan komunikasi Korporat terlatih dan mempunyai kepakaran dalam Perhubungan Awam.

 

Mesyuarat Bersama MBJ Bil.1/2009

Usul 1: Amalan menggunakan hasil kerja dan tugasan pelajar untuk kepentingan peribadi dan kerjaya membabitkan segelintir pensyarah

Keputusan : Hal ini merupakan satu amalan yang tidak beretika. Penghargaan (kredit) hendaklah diberi kepada pelajar jika hasil dan tugasan pelajar digunakan. Bahagian Hal Ehwal Akademik perlu melihat perkara ini dan menyemak setiap aduan.

Usul 2: Cadangan menambah kadar bayaran syarahan sambilan kepada RM150.00 sejam bagi peringkat Sarjana Muda dan RM200.00 sejam bagi peringkat Sarjana.

Keputusan : Pihak MITASA hendaklah mengemukakan kajian mengenai penambahan kadar ini kepada Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan UiTM untuk pertimbangan.

Usul 3: Cadangan menaikkan had maksimum bayaran syarahan sambilan daripada RM RM1800.00 kepada RM2400.00 sebulan.

Keputusan : Mesyuarat mengambil maklum akan perkara ini.

Usul 4: Masalah kemudahan medan letak kereta di Kampus Puncak Perdana

Keputusan : Mesyuarat meminta Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) untuk mengkaji semula sistem trafik yang digunapakai di UiTM untuk dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE).

Usul 5: Perluasan pembayaran insentif perkhidmatan kritikal bagi Pensyarah Sains Kesihatan UiTM

Keputusan : Mesyuarat mengambil maklum akan perkara berkenaan.

Usul 6: Masalah kesesakan lalu lintas di gerbang UiTM Shah Alam pada waktu puncak.

Keputusan : Mesyuarat meminta Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) untuk mengkaji semula sistem trafik yang digunapakai di UiTM untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE).

Mesyuarat Bersama MBJ Bil.4/2008

Usul 1: Elaun Kritikal bagi Pensyarah Fakulti Kesihatan

Keputusan: Mesyuarat mengambil maklum perkara ini dan meminta MITASA perincikan lagi usul ini.

Mesyuarat Bersama MBJ Bil.3/2008

Usul 1: Memohon dipercepatkan pembinaan Kafeteria Kampus Puncak Perdana.

Keputusan : Perkara ini telah dibawa ke Mesyuarat JKK. UiTM telah membeli sebidang tanah di Puncak Alam. Bangunan baru untuk TEKKA dan café akan dibina di sana.

Usul 2: Aduan Kebersihan Kafetaria FKPM

Keputusan : Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk melihat semula semua café.

Usul 3: Isu penyediaan Kertas Soalan. MITASA mencadangkan pemilihan kertas soalan peperiksaan ditentukan oleh pensyarah.

Keputusan : Mesyuarat mengambil maklum perkara ini.

Usul 4: Memohon Penjelasan Pekeliling Naib Canselor mengenai cuti yang tidak dapat diambil semasa minggu kuliah.

Keputusan : lanya adalah untuk mengelakkan pensyarah mengambil cuti sewenang-wenangnya disamping mengalakkan pensyarah merancang cuti mereka. Mesyuarat mengambil maklum perkara ini.

Usul 5: Mohon tidak dinafikan kenaikan pangkat ke jawatan pensyarah kanan untuk pensyarah yang menunggu tarikh lulus Ijazah kedoktoran.

Keputusan : Pensyarah yang tidak tamat PhD diberi tempoh penalti selama dua tahun. Jika lulus dalam tempoh tersebut mereka layak dinaikkan pangkat ke Gred DM52 berkuatkuasa tarikh lulus PhD. Pensyarah yang gagal dalam tempoh penalty hanya layak dinaikkan pangkat selepas tempoh 2 tahun penalti berakhir.

Usul 6:Memohon penjelasan berkenaan pembinaan Hospital UiTM.

Keputusan : Pembinaan Hospital akan dilakukan semasa fasa 3 pembinaan Kampus Puncak Alam.

Mesyuarat Bersama MBJ Bil.2/2008

Usul 1: Kursus untuk Dekan

Keputusan: Mesyuarat mengambil maklum perkara yang berkenaan.

Usul 2: Peruntukan Khas Tahunan untuk Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan.

Keputusan: mesyuarat mengambil maklum mengenai hal ini.

Usul 3: Peruntukan khas untuk pengubalan soalan peperiksaan.

Keputusan: mesyuarat mengambil maklum mengenai hal ini.

Usul 4: Yuran PhD RM500.00

Keputusan: Mesyuarat mohon pihak MITASA menyerahkan satu kertas kerja kepada pihak bendahari untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan untuk kelulusan.

Usul 5: Peranan Alumni.

Keputusan: mesyuarat mengambil maklum mengenai hal ini.

Usul 6: cadangan memberi gambaran kepada pensyarah.

Keputusan: Pihak HEA diarahkan untuk menyediakan satu garis panduan untuk membuat bayaran kepada pensyarah-pensyarah yang menyumbangkan artikel di dalam jurnal-jurnal ‘high impact’, insentif kepada pensyarah-pensyarah yang menerbitkan artikel di dalam jurnal-jurnal terkemuka dan pembentangan JKE akan dilakukan pada 21 Mei 2008.

Usul 7: Cuti bergaji penuh pensyarah 40 tahun dan ke atas yang melanjutkan PhD.

Keputusan: Pihak pengurusan akan mengkaji aplikasi ini terhadap universiti.

Usul 8: Elaun pensyarah sambilan.

Keputusan: Pihak pengurusan akan mengambil maklum akan perkara ini dan akan mengkaji implikasi kos.

Usul 9: Kafeteria Kampus Puncak Perdana.

Keputusan: mesyuarat mengambil maklum mengenai hal ini.

Mesyuarat Bersama MBJ Bil.1/2008

Usul 1: Memohon Penolong Pendaftar berpengalaman di fakulti.

Keputusan: Setiap fakulti telah diperuntukkan dua orang Penolong Pendaftar iaitu Penolong Pendaftar Akademik dan Penolong Pendaftar Pentadbiran. Sekiranya penolong pendaftar baru dan tidak mempunyai pengalaman, Pegawai Eksekutif adalah dipertanggungjawabkan untuk membimbing mereka.

Usul 2: Penyemakan semula elaun-elaun bagi dekan/timbalan dekan, ketua jabatan, coordinator supaya setaraf dengan IPTA tempatan yang lain.

Keputusan: Perkara ini ini sedang dikaji oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik.

Usul 3: Ketiadaan anjakan gaji/kenaikan pangkat bagi melayakkan seseorang pensyarah untuk mengambil Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) yang lebih tinggi.

Keputusan: Anjakan gaji tidak diberikan secara automatic kepada staf yang lulus PTK. Ia dilaksanakan mengikut keputusan PPSM (Induk) dan berdasarkan kuota dan setelah melalui proses penilaian. Peraturan anjakan gaji tidak membenarkan staf menduduki PTK di tahap yang lebih tinggi, sekiranya staf berkenaan belum mendapat anjakan gaji di tahap kecekapan yang sesuai atau staf berkenaan belum naik pangkat.

Usul 4: Penjelasan mengenai pensyarah yang cuti belajar dan lulus PTK, tetapi tidak mendapat anjakan gaji.

Keputusan: Staf Akademik dan bukan akademik yang sedang dalam pengajian ditangguhkan urusan anjakan gaji sehingga mendapat keputusan pengajian.

Usul 5: Pensyarah kontrak tidak disambung perkhidmatan.

Keputusan: Penyambungan perkhidmatan pensyarah kontrak dipertimbangkan mengikut kes seseorang berdasarkan dasar perlantikan pesara, keperluan fakulti, pelan penggantian, LNPT>80%, syarat tambahan perlantikan dan kesihatan.

Usul 6: Penangguhan kenaikan pangkat ke DM52 kerana tiada dekan.

Keputusan: Isu telah diselesaikan.

Usul 7: Kenaikan pangkat ke DM52 kepada pensyarah yang cuti belajar.

Keputusan: Pensyarah yang cukup syarat adalah layak memohon kenaikan pangkat.

Usul 8: Pemansuhan tempoh menunggu Tiga Tahun untuk memohon kenaikan pangkat DM54.

Keputusan: Garis panduan kenaikan pangkat pensyarah yang terkini mensyaratkan tempoh diminta berada di jawatan semasa 3 tahun, sebelum staf layak memohon ke jawatan berikutnya.

Usul 9: MBJ diadakan 4 kali setahun

Keputusan: Mesyuarat ambil maklum perkara ini.

Mesyuarat Bersama MBJ Bil.2 /2006

Usul 1: Penilaian SKT Fakulti Pendidikan, UiTM Kampus Seksyen 17

Keputusan: Pejabat TNC (Akademik) telah menghantar surat peringatan kepada Dekan, Fakulti Pendidikan untuk tindakan segera memandangkan fakulti tersebut masih belum memasukkan markah SKT bagi tahun 2005.

(Pada masa artikel ini ditulis, MITASA difahamkan masalah ini telah diselesaikan dengan kadar yang segera di Fakulti Pendidikan).

Usul 2: Keputusan kenaikan pangkat ke Gred DM52

Keputusan: Keputusan permohonan kenaikan pangkat pensyarah telah dilaksanakan dan sedang dalam proses oleh Bahagian Pengurusan Perjawatan, seterusnya mengedarkan surat pelantikan kepada calon-calon yang layak.

(Pada masa artikel ini ditulis, semua pensyarah yang Berjaya telah surat kenaikan pangkat. Tahniah daripada MITASA.)

Usul 3: Makmal bahasa ditutup selepas jam 5 petang

Keputusan: Pengerusi menyarankan supaya pihak TNC (akademik dan pengantarabangsaan) meneliti perkara ini dan mereka yang terlibat diminta memohon penggunaan bilik-bilik tersebut kepada Dekan Akademik Pengajian Bahasa.

Usul 4: arahan-arahan pihak universiti

Keputusan: Mesyuarat mencadangkan supaya usul pengeculian yuran pengajian di peringkat PhD dimajukan kepada pihak Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan (JKP) untuk tindakan selanjutnya.

Usul 5: ATA Pensyarah DM45 dan DM41 (Bebanan kerja lebih masa tanpa bayaran)

Keputusan: Pengerusi meminta pihak MITASA menyiasat perkara ini dan mendapatkan data berkenaan untuk dibincang dan diambil tindakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan).

Usul 6: Saranan pengecualian yuran pengajian PhD secara sambilan di UiTM.

Keputusan: Pengerusi secara dasarnya telah bersetuju untuk menimbangkan usul menghapuskan bayaran yuran pengajian tetapi jam syarahan mesti dikekalkan.

Mesyuarat Bersama MBJ Bil.1 /2006

Usul 1: Permudahkan urusan kenaikan pangkat ke Gred DM52.

Keputusan: Pihak pengurusan akan meneliti kes pensyarah yang gagal dipertimbangkan dari Gred DM45 ke DM52 terutamanya bagi tempoh perkhidmatan lebih 10 tahun.

Usul 2: Pengesahan jawatan Pensyarah DM41

Keputusan: Pensyarah DM41 tidak perlu menjalani penyelidikan sebagai salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan.

Usul 3: Insentif bagi penerbitan dalam jurnal antarabangsa

Keputusan: Bahagian HEA diminta untuk meneliti amalan ini di USM, untuk cadangan pelaksanaan permohonan supaya satu bentuk insentif berupa wang ringgit diberi kepada pensyarah yang menulis dalam jurnal antarabangsa sebagaimana yang dipohon oleh MITASA.

Usul 4: Penilaian pensyarah oleh pelajar

Keputusan :Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) memaklumkan bahawa hanya kriteria-kriteria yang berkaitan dengan penilaian pensyarah yang diambilkira. Soalan-soalan lain adalah untuk membantu UiTM seperti dari aspek prasarana.