Apa Peranan MITASA ?
MITASA menjadi penggerak kepada pengurusan UiTM untuk memajukan segala usaha bagi mencapai visi dan misi UiTM. MITASA berperanan dalam bekerjasama dan menyokong pihak pengurusan UiTM dalam usaha meningkatkan martabat dan kecemerlangan akademik kakitangan. MITASA secara langsung memperjuangkan ahli-ahlinya. Bagi mencapai matlamat ini, MITASA mengadakan MBJ dengan pengurusan UiTM bagi membincangkan perkara berkaitan keselesaan, kepentingan dan kebajikan kakitangan akademik khususnya melibatkan ahli MITASA.
MITASA memberikan bantuan kebajikan kepada ahlinya yang me mengalami kematian, kemalangan atau bencana mengikut kadar yang diluluskan oleh Majlis Kerja. MITASA menjadi ikon kebebasan berpersatuan yang dijamin oleh kerajaan sebagai usaha mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi