Kunjungan hormat Ahli Majlis MITASA 2025-2028 ke pejabat Naib Canselor UiTM
Majlis Pelancaran Visi, Misi, Falsafah dan Objektif Baharu UiTM
Kunjungan ke Pejabat Pengarah Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil
Mesyuarat Himpunan Solidariti Palestin Di Hatiku
Pertemuan bersama Penasihat Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Mesyuarat bersama Koperasi UiTM dan Takaful Malaysia
Wacana Tokoh: Bahasa dan Jati Diri Bangsa di Konvensyen 152 Peringkat Kebangsaan
Majlis Sambutan Hari dan Bulan Akademia
UiTM 2025
Tahniah kepada kepimpinan MITASA yang baharu
Bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mempermudahkan segala urusan sepanjang perjalanan Mesyuarat Agung Tri Tahunan MITASA ke 37 yang berlangsung di Kelab Selangor, pada 22 September 2025. Tahniah kepada Presiden Mitasa yang baru iaitu Encik Amirul Akhbar dan Ahli Majlis Kerja EXCO yang berjaya untuk penggal 2025-2028. Terima kasih kepada semua ahli yang mengundi dari UiTM seluruh Malaysia. Semoga MITASA sentiasa di hati anda!
Mesyuarat Agung Tri Tahunan MITASA ke 37
MITASA merakamkan ucapan jutaan terima kasih diatas kesudian Presiden CUEPACS, YBHG DATO DR ADNAN BIN MAT merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan MITASA ke 37 di Kelab Selangor, pada 22 September 2025. Terima kasih juga kepada wakil-wakil kesatuan yang hadir seperti UTIMAS dan KKUUiTM.Tahniah kepada Presiden Mitasa yang baru iaitu Encik Amirul Akhbar dan Ahli Majlis Kerja EXCO yang berjaya untuk penggal 2025-2028. Terima kasih kepada semua ahli yang mengundi dari UiTM seluruh Malaysia.
Kejohanan Tenpin Bowling 2025
Jamuan Hi-Tea bersama penyelaras MITASA
Perhimpunan Kesatuan Sekerja Peringkat Kebangsaan
Kunjungan hormat ke Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Selangor
Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 (MAPPA XX)
Program Transformasi Minda (PTM) Ogos 2025
Majlis Sanjungan Budi sempena persaraan Mantan Presiden KKUiTM
Pada 31 Julai 2025, Presiden dan Bendahari Mitasa menghadiri Majlis Sanjungan Budi sempena persaraan Mantan Presiden Kesatuan Kakitangan Umum UITM (KKUiTM), Tn Hj Zulkifli bin Mohamed. Majlis berlangsung di Nexus Space Hill Park, Puncak Alam.
Lawatan Kerja Antarabangsa Cuepacs ke Indonesia
Pada 24 hingga 28 Julai 2025, Presiden Mitasa telah menyertai Lawatan Kerja Antarabangsa Cuepacs ke Indonesia. Lawatan antarabangsa ini melibatkan lebih 200 Ahli Kongres Cuepacs telah melawat beberapa institusi perburuhan dan Pendidikan Indonesia. Lawatan ke Taman Mini Indonesia Indah (TMII) telah memaparkan budaya dan jatidiri bangsa Indonesia.
Pembentangan Kertas Kerja Bengkel Kesetaraan Penyeliaan kepada Naib Canselor
Pada 17 Julai, satu pertemuan dengan Naib Canselor UiTM diadakan bagi mempembentangkan lima kertas cadangan kesetaraan penyeliaan hasil dari Bengkel Kenaikan Pangkat (Kesetaraan Penyeliaan). Lima kertas cadangan tersebut ialah:
- Usul penambahbaikan Kesetaraan PHD untk Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor Madya Gred DS14(SSPA) atau Gred DM54 (SSM) bagi staf akademik UiTM
- Usul Kenaikan Pangkat secara laluan kerjaya ke Gred DS14(SSPA) atau Gred DM54 (SSM) tanpa gelaran Profesor Madya bagi staf akademik UiTM.
- Kesetaraan Penerbitan hasil akademik dan penyeliaan dengan karya seni kreatif
- Cadangan penambahbaikan kesetaraan penyeliaan untuk kenaikan pangkat dari DS13 ke DS14 dan DS14 ke VK7 bagi Pusat Asasi UiTM.
- Cadangan penambahbaikan Kesetaraan Penyeliaan untuk kenaikan pangkat dari DS13 ke DS14 dan DS14 ke VK7 bagi kampus-kampus cawangan UiTM.
Terima kasih kepada Task Force yang telah menyiapkan kertas cadangan. Dalam kesibukan tugas harian sebagai pensyarah. Hadir sama tadi Tn Hj Huzaifah dan En Khairul dari JPSM. Exco Mitasa yang hadir, Prof Madya Dr Faridah Hussain, Ts Nor Azlin Rosli, Dr Zaid Mujaiyid Putra, Puan Atifah Othman dan wakil UiTM Perak, Dr Ishak Ramli. Semoga pembentangan membuahkan hasil. Mungkin apa yang diperjuang bukan untuk kita tetapi mungkin untuk generasi selepas kita.
Exco MITASA Dengkil bincang intipati kertas kerja kenaikan pangkat
Exco MITASA di Pusat Asasi Dengkil iaitu Encik Mohd Shahrudin, Dr Zaid Mujaiyid Putra dan Puan Atifah telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Pusat Asasi iaitu Profesor Dr. Haji Zulkhairi Haji Amom pada 11 Julai 2025 bagi membincangkan intipati Kertas Kerja Kesetaraan Penyeliaan Kenaikan Pangkat Staf Akademik dan Kebajikan Staf secara umum. Terima Kasih Prof. atas kesudian bersama dengan perjuangan MITASA.
Mesyuarat Kongres Cuepacs Bil 5, Sesi 2022 – 2025
Presiden MITASA, Encik Saharuddin Lin telah menghadiri Mesyuarat Kongres Cuepacs Bil 5, Sesi 2022 – 2025 di Miri, Sarawak pada 27-29 Jun 2025. Program pertama sebaik mendarat ke Miri ialah Kejohanan Boling Tertutup Kongres Cuepacs 2025 di Mega Lanes Bintang Mall Miri, Sarawak. Kemudian Program Outreach Kongres Cuepacs di Rumah Panjang Tuai Rumah Nunong anak Sigat, Nangga Jelai Miri Serawak. Kongress turut diraikan di Majlis Makan Malam Madani, Ngiling Bidai Gawai Cuepacs 2025 di Pullman Miri Waterfront Miri
Majalah Suara MITASA dalam Repositori Institusi UiTM
Majlis Sambutan Hari Pekerja dan Jalinan Kasih Silaturahim CUEPACS 2025
Majlis Sumbangan Bakal Haji 2025
Bengkel Kesetaraan Penyeliaan Kenaikan Pangkat
Kunjung hormat MITASA ke CUEPACS
Pada 6.3.2025, MITASA telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke Pejabat CUEPACS di Wisma CUEPACS. Perbincangan berkisar jemputan kepada Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi CUEPACS ke AGM MITASA pada 22 September 2025. Selain itu, MITASA turut membentangkan cadangan Saringan Psikososial Tempat Kerja untuk dilaksanakan secara menyeluruh di sektor perkhidmatan awam.
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kampus UiTM Shah Alam Bil1/2025
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kampus UiTM Shah Alam Bil1/2025
Pada 20 Februari 2025, Presiden Mitasa telah hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kampus UiTM Shah Alam, Bil.1/2025 di Dewan Muktamar, Masjid UiTM, Shah Alam. Ia dianjurkan Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang telah dipengerusikan oleh Prof Ts Sr Dr Md Yusof Hamid (Timbalan Naib Canselor Pembangunan).
Forum 153 Memahami Perkara 153: Antara Hak Istimewa dan Tanggungjawab Bersama
Forum 153 Memahami Perkara 153: Antara Hak Istimewa dan Tanggungjawab Bersama
Pada 5 Febuari 2025, Presiden MITASA, Encik Saharuddin Lin dan Exco Undang-Undang MITASA, Dr Adlan telah menghadiri Forum 153 Memahami Perkara 153: Antara Hak Istimewa dan Tanggungjawab Bersama di Dewan Muktamar Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Persidangan Gred Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun CUEPACS 2025
Persidangan Gred Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun CUEPACS 2025
Pada 19 hingga 21 Januari, wakil-wakil MITASA iaitu Setiausaha, Prof Madya Dr Faridah Hussain, dan tiga EXCO MITASA, Dr Mohd Firdaus, Encik Mohd Shahrudin dan Puan Atifah telah menghadiri Persidangan Gred Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun CUEPACS 2025 bertempat di Pearl Hotel, Kuala Lumpur.