Majlis An Afternoon with AVC of College of Built Environment, UiTM
Pada 19 Disember 2024, Presiden MITASA telah menyampaikan taklimat berkaitan MITASA di Kolej Pengajian Alam Bina di Majlis An Afternoon with AVC of College of Built Environment, UiTM. Taklimat dalam masa singkat untuk menarik perhatian pensyarah menjadi ahli MITASA di samping penerangan berkaitan lain-lain perkara berkaitan MITASA
Kunjungan hormat ke Pejabat Unit Integriti
Pada 23 Disember 2024, MITASA telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Unit Integriti di Bangunan Al- Farabi di UiTM Shah Alam.MITASA diwakili oleh Presiden, Encik Saharuddin Lin, Timbalan Presiden, Encik Mohd Amirul Akhbar, Bendahari, Ts Nor Azlin dan juga Exco MITASA, Encik Mohd Shahrudin dan Dr Adlan.
Kejohanan Tenpin Boling TRIO
Kejohanan Tenpin Boling Trio antara agensi kerajaan dan kesatuan sekerja anjuran bersama MITASA dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban telah berlangsung di Dreambowl Complex Nilai pada Ahad, 15 Disember 2024. Semoga bertemu lagi untuk program-program selepas ini. MITASA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat yang menjayakan kejohanan kali ini.
Mesyuarat Majlis Kongres CUEPACS Bil.4 Sesi 2022-2025
Pada 11-13 Disember 2024, Presiden MITASA, Encik Saharuddin Lin telah dijemput menyertai Mesyuarat Majlis Kongres Cuepacs Bil.4 2022-2025 bertempat di Hotel Promenade Kota Kinabalu, Sabah.Â
Program Transformasi Minda (PTM) Bil. 57/2024
Pada 2 Disember 2024, Presiden MITASA, Encik Saharuddin Lin menjadi ahli panel forum (slot khas) untuk program TRANSFORMASI MINDA (PTM) BIL. 57/2024 di Institut Kepimpinan & Pembangunan Uitm Kampung Gajah, Perak anjuran Bahagian Kemajuan Kerjaya (BKK), Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM), Pejabat Pendaftar. Di dalam slot tersebut, Encik Saharuddin telah memperkenalkan MITASA kepada hadirin. Turut mengiringi, EXCO MITASA, Encik Mohd Shahruddin Mohmud.
Majlis Setahun Naib Canselor 7, Kebersamaan Mencorak UiTM Melangkah Jauh
Perbincangan bersama kesatuan mengenai Pelaksanaan Pemberian Awal Award Wang Tunai GCR UiTM Siri 1/2024
Bengkel Pemurnian Garis Panduan Kenaikan Pangkat Staf Akademik Universiti Awam anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT)
Majlis Perhimpunan Kesatuan Sekerja Peringkat Kebangsaan Tahun 2024
Majlis Perasmian dan Makan Malam sempena Konvensyen Perwakilan Dwitahunan MBK sesi 2024-2026
Perjumpaan bersama iCEPS
Konvensyen Akademik Kebangsaan Universiti Awam Malaysia 2024 (KAKUAM 2024)
Lawatan ke Pejabat Perundangan USM
Program Bual@Impak Adiwangsa
Lawatan Penanda Aras Persatuan Pegawai Akademik UPM
Pada 29 Ogos, MITASA menerima lawatan penanda aras Persatuan Pegawai Akademik UPM yang diwakili oleh Presiden, Profesor Dr Jalila Abu dan Setiausaha Kehormat, Dr Sharifah Norkhadijah Binti Syed Ismail ke Pejabat MITASA di sini. Lawatan ini adalah bertujuan untuk kearah penuhuhan kesatuan sekerja di UPM. Menyambut kehadiran mereka ialah EXCO Tertinggi yang diketuai Presiden MITASA, Encik Saharuddin Lin.
Majlis Apresiasi Kecemerlangan CUEPACS Negeri Selangor 2024
Pada 18 Ogos 2024, Presiden MITASA, Encik Saharuddin Lin dijemput menghadiri Majlis Apresiasi Kecemerlangan CUEPACS Negeri Selangor 2024 yang turut dihadiri Presiden CUEPACS, Dato’ Dr Haji Adnan Mat.
Program Taklimat Isu-isu Semasa Penjawat Awam
Pada 13 Ogos, Presiden MITASA, Encik Saharuddin Lin dan Setiausaha MITASA, Dr Faridah Hussain menghadiri Program Taklimat Isu-isu Semasa Penjawat Awam anjuran Kesatuan Kakitangan Umum UiTM dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Presiden CUEPACS, Dato Dr Adnan Mat.
Program Transformasi Minda (PTM) di ILD Kampong Gajah
Presiden MITASA, Encik Saharuddin Lin dan Timbalan Presiden, Mohd Amirul Akhbar Zulkifli telah hadir di Program Transformasi Minda (PTM) di ILD Kampong Gajah, Perak. Presiden telah menjadi salah seorang panel Forum yang turut disertai oleh Pengarah Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM, Profesor Madya Dr Ashrof Zaki Yaakob dan Pengerusi Koperasi UiTM, Encik Shahrudin Hanip . PTM adalah bertujuan sebagai pendedahan kepada pensyarah-pensyarah baru UiTM.
Kursus Kepimpinan Muda Cuepacs 2024
Kursus Kepimpinan Muda Cuepacs 2024 telah berlangsung di Bukit Merah Lake Town Resort bermula 26 hingga 28 Julai 2024 melibatkan 115 orang peserta terdiri daripada ahli kesatuan gabungan di bawah Cuepacs Malaysia.Tahniah Dr. Mohamad Firdaus Ahmad kerana telah terpilih mewakili Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) dalam kursus yang telah berlangsung serta berjaya menjadi Kumpulan Terbaik Keseluruhan kursus tersebut.
Roadtrip MITASA bersama ahli
-Negeri Sembilan
Kunjungan hormat ke Pejabat Pendaftar UiTM
Sesi Dialog Wakil Kesatuan Akademik Universiti Awam bersama YB Menteri Pendidikan Tinggi
Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan
SPM-MITASA
Program CUEPACS
Pada 22 & 23 Jun 2024, Presiden Mitasa, Encik Saharuddin Lin sebagai Ahli Majlis Kongres Cuepacs telah menyertai dua program selama dua hari berturut-turut iaitu Seminar Pendidikan Ahli Majlis Kongres Cuepacs. Pengisian seminar berkisar kepada tawaran pihak-pihak iaitu JPA, KWAP, KWSP & Perkeso ke arah perkhidmatan awam tidak berpencen. Manakala pada 23hb Jun pula telah berlangsung Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Cuepacs seterusnya Mesyuarat Ahli Kongres Majlis Cuepac Bil 3 (Sesi 2022-2025). Kesemua program berlangsung di Melia Hotel, Kuala Lumpur.
Roadtrip Mitasa bersama ahli - Kedah
Lawatan Exco Mitasa ke UiTM Cawangan Utara ( UiTM Kedah). Kehadiran kami disambut Timbalan Rektor Akademik, Dr Junaida Ismail. Turut sama Penyelaras Mitasa Cawangan UiTM Kedah, Dr Khairul Adilah Ahmad dan Pn Anis Faradila serta ahli-ahli Mitasa cawangan.
Roadtrip Mitasa bersama ahli - Pulau Pinang
Majlis perjumpaan Bersama ahli Mitasa UiTM Cawangan Pulau Pinang. Cawangan kedua dalam rangka lawatan Mitasa ke UiTM Zon Utara. Banyak isu yang telah dibincangkan untuk dibawa ke tindakan selanjutnya oleh Mitasa.
Sumbangan Bakal Haji 1445H-2024
Mitasa berpeluang meraikan ahli-ahlinya yang bakal mengerjakan haji tahun ini dalam Majlis Meraikan Bakal Haji UiTM 1445H yang disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Shahrin Bin Sahib yang bertempat di Ruang Solat Tambahan, Masjid UiTM Shah Alam. Turut hadir, Presiden Mitasa, Encik Saharuddin Bin Lin dan Exco Kebajikan Mitasa, Dr Mahfuzah Binti Mohamed Zabidi. Selain itu, penyelaras-penyelaras di setiap cawangan juga turut mewakili MITASA menyampaikan sumbangan kepada ahli di cawangan masing-masing.
Program Saringan Risiko Psikososial di Tempat Kerja 2024
Majlis Perasmian Program Saringan Risiko di Tempat Kerja 2024 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di PTAR 1. Majlis perasmian yang disempurnakan Naib Canselor UiTM, Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Shahrin Bin Sahib itu turut dihadiri oleh Ketua Pustakawan PTAR, exco-exco MITASA, wakil-wakil kesatuan, kakitangan PTAR dan sebagainya.
Poket Talks Siri 2/2024 & Bengkel e-TUIS Kesatuan Sekerja
Presiden MITASA, Encik Saharuddin Lin menghadiri Poket Talks Siri 2/2024 & Bengkel e-TUIS Kesatuan Sekerja di PTAR, UiTM. Tajuk kali ini ialah Membina Pekerja Malaysia MADANI Berkonsepkan 3K (Kebajikan, Kemahiran dan Keberhasilan) dan dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Asri Bin Abdul Whab iaitu Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Sesi Perkongsian (Konsep 3K) pula oleh Prof. Emerita Dr. Durrishah Idrus, Ketua Eksekutif, Kolej Institut Jantung Negara (IJN College).
Bengkel Penyediaan Kertas Cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Akademik Majlis Profesor Negara
Presiden MITASA, Encik Saharuddin Lin hari ini turut dijemput menyertai Bengkel Penyediaan Kertas Cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Akademik Majlis Profesor Negara di Ixora Hall, Palm Garden Hotel, Putrajaya.
Majlis Ramah Mesra YB Menteri Bersama Warga Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2024
Barisan Exco MITASA menghadiri Majlis Ramah Mesra YB Menteri Bersama Warga Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2024 bertempat di Tempat Letak Kenderaan KPT, Putrajaya hari ini. Majlis yang turut dihadiri Naib Canselor UiTM itu juga diserikan dengan kehadirian wakil-wakil kepimpinan dari UTIMAS, KKUiTM dan ramai lagi.
Kunjungan hormat kepada Naib Canselor UiTM
Bengkel Hala Tuju Gred Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-Badan Berkanun CUEPACS Tahun 2024
Kunjungan hormat ke pejabat Rektor Selangor
Kejohanan Tenpin Boling MITASA 2024
18 Februari 2023 – Kejohanan Tenpin Bowling MITASA 2024 telah berlangsung dengan jayanya di AEON Alam Lanes, Shah Alam. Kejohanan ini berjaya mengumpulkan lebih kurang 140 orang pemain dan penyokong dengan penyertaan seramai 20 pasukan dari seluruh kampus dan cawangan UiTM. Semua peserta bowling menunjukkan daya juang yang tinggi. Tahniah dan syabas MITASA ucapkan kepada semua pemenang. Melihatkan sambutan luar jangka yang memberangsangkan, kejohanan ini diharapkan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan menambahkan lagi bilangan ahli MITASA.
Bengkel Skim Perkhidmatan Gred Pelajaran CUEPACS 2024
Kongress Persatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah mengadakan Bengkel Skim Perkhidmatan Gred Pelajaran CUEPACS 2024 pada 5 hingga 7 Januari 2024. Empat Exco MITASA iaitu Puan Atifah Othman, Dr Mahfuzah Mohamed Zabidi, Dr Mohamad Firdaus Ahmad dan Dr Mohammad Ghazali Masuri juga turut menghadiri bengkel berkenaan yang diadakan di STEG, Kuala Lumpur.
Kunjungan hormat ke Bahagian
Unit Perkhidmatan OKU