Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan kali ke-36 dan Sesi Libat Urus Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS)
Mitasa telah mengadakan Mesyuarat Agung Dw-Tahunan Kali ke-36 pada 26 September bertempat di Kelab Shah Alam yang dihadiri hampir 100 ahli dari seluruh cawangan. Mesyuarat agung tersebut juga turut menyaksikan pertukaran pengurusan baharu MITASA yang dikini digalas Presiden, Encik Saharuddin Bin Lin.
Sementara itu, untuk AGM kali ini juga turut diadakan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) iaitu Sesi Libat Urus Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja yang mengundang Ketua Pengarah JHEKS, Encik Kamal Bin Pardi sebagai salah seorang panel. Panel keduanya pula ialah Presiden Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUiTM), Encik Zulkifli Bin Mohamed yang juga Presiden Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehomat Kesatuan Kakitangan Universiti (GAKUM).
Program berkenaan merupakan program anjuran bersama MITASA dan Majlis Presiden Persatuan Akademik Universiti Awam (MPPA) bagi memberi pelbagai pendedahan kepada ahli MITASA dan seluruh warga akademik mengenai keterlibatan ahli akademik di dalam kesatuan-kesatuan yang berkaitan. Sesi seharian bersama JHEKS itu juga memberi pelbagai input positif kepada penganjur dan ahli dalam berkongsi pelbagai pandangan melalui sesi soal jawab dan sebagainya.
Pameran Dekad Perkembangan Kesatuan Sekerja di UiTM
Pameran Dekad Perkembangan Kesatuan Sekerja di UiTM anjuran bersama KKU UiTM dan MITASA bagi mengupas sendiri sejarah dan perkembangan semasa MITASA dan KKU UiTM. Pameran berlangsung selama sebulan bermula 18 September 2023 hingga 18 Oktober 2023 dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang.
Program Pemantapan Pensyarah tahun 2023
Program Pemantapan Pensyarah tahun 2023 anjuran Kesatuan Kakitangan Akademik Uitm (MITASA) telah berjaya dilaksanakan selama dua hari di Hotel Brasmana, Kuala Kangsar, Perlis. Terima kasih kepada semua yang hadir dan semoga berjumpa lagi untuk program akan datang.
Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan SPM 2022
Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan SPM 2022 kepada anak-anak ahli MITASA yang berjaya mendapat minimum 7A dalam SPM telah diadakan di PTAR 1, UiTM Kampus Shah Alam. Selamat Maju Jaya kepada semua.
NR-Mitasa FoodBank
Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (Mitasa) dengan kerjasama Non-Resident (NR) UiTM Shah Alam tampil mewujudkan inisiatif bantuan makanan kepada pelajar yang memerlukan melalui penubuhan NR-Mitasa FoodBank pada tahun 2023. Inisiatif ini adalah untuk membantu pelajar yang memerlukan bantuan makanan seperti kicap, beras, sos dan pelbagai keperluan makanan yang lain.