Program Transfromasi Minda (PTM) Bil 62/2026 (Kumpulan Pengurusan Dan Professional)

Pada 10 Februari 2026, MITASA telah dijemput sebagai ahli panel forum (Slot khas) bagi Program Transfromasi Minda (PTM) Bil 62/2026 (Kumpulan Pengurusan Dan Professional) Peringkat UiTM, di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM, Kampung Gajah, Perak. MITASA diwakili oleh Presiden, Encik Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli dan Penolong Setiausaha, Encik Mohd Shahrudin Mohmud. Pada majlis berkenaan, MITASA berpeluang berkongsi sedikit sebanyak kebaikan dan manfaat menjadi ahli MITASA dikalangan pensyarah. 

Kunjungan Hormat MITASA ke Pejabat
TNC (Akademik & Antarabangsa)

Pada 27 Januari 2026, MITASA yang diketuai Presidennya, Encik Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Yamin Yasin di Canselori UiTM Shah Alam. Turut hadir, barisan Ahli Majlis Tertinggi MITASA bagi membincangkan pelbagai perkara penting, termasuk cadangan penambahbaikan Pekeliling Kenaikan Pangkat 2026 (Aspirasi) serta penyerahan lima Kertas Kerja Kenaikan Pangkat (Kesetaraan Penyeliaan) Pensyarah UiTM. Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada komunikasi dan kerjasama yang lebih efektif demi kesejahteraan warga akademik UiTM. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Team Building MITASA

Alhamdulilah, semua EXCO MITASA telah menghadiri team building MITASA selama tiga hari dua malam di Negeri Sembilan pada 23 hingga 25 Januari 2026. Terima kasih semua terutamanya kepada Presiden dan Exco-Exco MITASA yang sudi meluangkan masa bersama kali ini. Tiga hari dua malam kita semua berkampung bermula dengan mesyuarat bulanan exco dan bengkel sehingga ahad. Semoga berjumpa lagi untuk mesyuarat bulanan akan datang.

Kunjungan hormat ke Pejabat Pendaftar

Pada 8 Januari 2026, MITASA yang diketuai oleh Presiden, Encik Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pendaftar UiTM, di Kampus UiTM Shah Alam. Turut mengiringi ialah Bendahari MITASA, Dr Mohd Firdaus Ahmad dan EXCO MITASA, Dr Ahmad Muhyiddin Yusof, Prof Madya Dr Saiful Aman Sulaiman dan Puan Haliza Ab Ghani.  Pertemuan dua jam tersebut disambut oleh Yang Menjalankan Tugas Pendaftar, Encik Nor Amiruddin Mokhtaruddin.
Pelbagai perkara dibincangkan bersama kedua-dua pihak melibatkan isu-isu yang dibangkitkan pensyarah UiTM yang juga ahli MITASA iaitu seperti isu pecah kontrak, permohonan pertukaran, perjawatan dan sebagainya. Banyak pencerahan yang diterima dan MITASA berharap pertemuan tersebut menjadi titik permulaan kepada satu hubungan yang lebih konsisten selepas ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat.