Kenapa Menjadi Ahli MITASA ?
MITASA sangat mengalu-alukan penyertaan dari semua ahli akademik yang layak. Secara keseluruhannya, menyertai pensyarah di dalam MITASA boleh memperkasakan profesion pensyarah dan secara tidak langsung mempunyai suara yang lebih kuat di tempat kerja. Suara ini akan dapat membawa hasrat ahli dan seterusnya memberi faedah yang lebih baik kepada semua. Dengan menyertai MITASA,
- Kepentingan anda sebagai pensyarah yang bekerja di UiTM dapat dilindungi khususnya dalam perhubungan perusahaan sosial dan intelektual.
- Anda bebas mengutarakan aduan berkenaan sebarang masalah di tempat kerja termasuklah masalah kebajikan, isu berhubung perjawatan dan skim perkhidmatan serta kenaikan pangkat.
- Isu dalam aduan anda akan diusulkan ke dalam Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) bersama Pengurusan Tertinggi UiTM yang berlangsung tiga kali setahun. MITASA kerap berjumpa dengan pihak yang berkepentingan untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ahli.
- Apabila wujud sebarang perselisihan dengan majikan, MITASA akan bertindak sebagai penghubung dan perantara agar sebarang masalah dalam diselesaikan dengan baik dan secara bermuafakat.
- Anda juga layak mendapat segala keistimewaan insentif yang berikut:
- Kecemerlangan pendidikan anak (SPM – 7A)
- Bantuan disebabkan kematian
- Persaraan
- Kemalangan yang menyebabkan hilang upaya
- Anda juga berhak memohon khidmat nasihat mengenai infomasi bantuan guaman dalam perkara yang menjejaskan kesejahteraan diri di tempat kerja.
- Setiap ahli MITASA berpeluang untuk membina rangkaian sosial dan kolaborasi bersama ahli MITASA di setiap kampus dan cawangan untuk perkembangan kerjaya dalam bidang akademik. MITASA sering menganjurkan webinar, forum untuk meningkatkan profesionalisme ahli sebagai ahli akademik.