Print
Berita Semasa
Hits: 59

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

MITASA LUNCHEON TALK : "MEMPERKASA PERANAN MITASA TERHADAP KEBAJIKAN PENSYARAH" DI UiTM CAWANGAN SABAH

 

Terlebih dahulu, bagi pihak MITASA, saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih atas kelulusan dan sokongan YBhg Datuk Rektor UiTM Sabah terhadap program MITASA ini. 

MITASA ialah Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM. Ahlinya terdiri daripada pensyarah seluruh kampus UiTM di Malaysia. Salah satu fungsinya ialah untuk mendapatkan suatu suasana kerja yang kondusif serta memperjuangkan hak dan kebajikan ahli secara kolektif. MITASA merupakan pengerusi MAAC iaitu Majlis Persatuan Akademik Malaysia sehingga 2017. MITASA memerlukan keahlian dari pensyarah-pensyarah yang ramai bagi mewakili pensyarah-pensyarah UiTM. 

Terbaharu, MITASA yang mewakili ahli-ahlinya, telah menghantar surat memohon penangguhan sekali lagi gunapakai syarat baru untuk kenaikan pangkat pensyarah ke DM52 pada 21 Mei 2018 lalu dan Alhamdulillah, YBhg Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said telah bersetuju atas penangguhan kali ke dua pelaksanaan syarat baru kenaikan pangkat ke DM52 pensyarah UiTM ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai peranan, fungsi dan juga perjuangan MITASA terhadap hak dan kebajikan ahli yang terdiri daripada pensyarah pensyarah UiTM secara kolektif, atau ingin mengutarakan sebarang pertanyaan yang berkaitan, semua pensyarah UiTM Sabah adalah dijemput hadir ke program MITASA di atas seperti butiran berikut: 

Tarikh       : 19 Disember 2018 (Rabu)

Masa         : 9.45 am hingga  - 1. 00 pm

Tempat     : Dewan Tun Mustapha, Ujana Sarjana

Aturcara Majlis

09.45 am – 10.00 am : Ketibaan dan Pendaftaran pensyarah/ahli MITASA

10.00 am – 10.15 am : Ketibaan Dif-Dif Kehormat

10.16 am – 10.30 am : Ucapan Alu-aluan YBhg Datuk Rektor UiTM Sabah

10.31 am – 11.15 am : Penerangan mengenai MITASA oleh Presiden MITASA

11.16 am – 12.00 pm : Sesi Soal -Jawab

12.01 pm – 1.00 pm   : Jamuan Makan dan Bersurai  

 

**Makan tengahari dan cabutan tiket bertuah akan disediakan. Jam Latihan juga akan diberikan.

 

KEHADIRAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN.

Untuk menghadiri program ini  ini, sila WhatsApps Nama dan No pekerja anda kepada wakil MITASA di UiTM Cawangan Sabah : Dr Shamlie Salisi - 0138689897

MITASA memerlukan keahlian dari pensyarah-pensyarah yang ramai bagi mewakili pensyarah-pensyarah UiTM. Bagi menjadi Ahli MITASA, sila isi borang keahlian di link berikut: http://mitasa.uitm.edu.my/v2/index.php/en/borang/menjadi-ahli

Yuran pendaftaran ahli MITASA ialah RM10 dan yuran bulanan keahlian RM6.00. Bayaran dibuat melalui potongan gaji ahli pada setiap bulan.  Pihak MITASA akan uruskan dengan Bendahari UiTM. 

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.

Saya Yang Menjalankan Amanah 

MOHD SHAMLIE SALISI
Penyelaras MITASA 
UiTM Cawangan Sabah