Pejabat Pendaftar telah mengeluarkan pekeliling berkenaan Cuti Kuarantin melalui Pekeliling Pendaftar Bil.11 Tahun 2016. Walau bagaimanapun, kelayakan cuti kuarantin hanya terpakai kepada staf tetap sahaja. Manakala staf kontrak tidak layak mendapat Cuti Kuarantin. Staf kontrak hanya layak mendapat Cuti Gantian, Cuti Kematian Keluarga Terdekat dan Cuti Isteri Bersalin.