Print
Berita Semasa
Hits: 370

Rujukan : MSS013.2/05/2018(888)                                 
Tarikh   :   21 Mei 2018

 

Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said
Naib Canselor
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor DARUL EHSAN

Assalamu’alaikum Wmt.Wbt.

Y.Bhg. Prof.Emeritus Dato’,

PERMOHONAN PENANGGUHAN PELAKSANAAN SYARAT BARU KENAIKAN PANGKAT KE DM52 PENSYARAH UiTM

Dengan segala hormatnya surat MITASA bertarikh 19 Disember 2017  adalah dirujuk.

Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (MITASA) mewakili keseluruhan ahli MITASA mengucapkan terima kasih kepada Y.Bhg. Prof.Emeritus Dato’ di atas penangguhan pelaksanaan syarat baru kenaikan pangkat ke DM52 pensyarah UiTM ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.  Bagaimanapun sekali lagi bagi tahun 2018 MITASA memohon penangguhan pelaksanaan pemakaian syarat baru tersebut.

MITASA menerima banyak aduan dari ahli-ahli di UiTM kampus cawangan yang memaklumkan sangat sukar untuk mendapat kenaikan pangkat kerana syarat kenaikan pangkat yang selalu berubah. Pensyarah yang memohon tidak dapat memenuhi atau membuat penambahbaikan kekurangan permohonan terdahulu. Buat masa ini MITASA dalam proses untuk memanjangkan aduan tersebut ke unit Integriti.

Sehubungan itu MITASA merasakan bukan masa yang sesuai lagi untuk UiTM menggunapakai syarat baru memandangkan ramai lagi para pensyarah Gred DM45 yang telah lama berkhidmat gagal dalam permohonan mereka ke DM52.  Bilangan terkini pensyarah yang berada di DM45/DM46 ialah seramai 2717 orang.

Keprihatinan dan sokongan dari Y.Bhg. Prof.Emeritus Dato’ untuk menangguhkan dahulu pelaksanaan syarat baru kenaikan pangkat ini sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,  Wassalam.

BERKHIDMAT UNTUK MITASA DAN UiTM


Yang Menjalankan Tugas

DR NORMALY KAMAL ISMAIL
PRESIDEN  MITASA