TAJUK USUL 1            :           PEMILIHAN CALON-CALON DEKAN / REKTOR DARI FAKULTI  DAN KAMPUS NEGERI

TUJUAN:

Memohon dilaksanakan segera pemilihan calon Dekan/Rektor dari Fakulti /Kampus Negeri yang  terlibat dengan cara pengundian.

LATAR BELAKANG:

Dekan/Rektor yang baik atau cemerlang akan menghasilkan Fakulti/Kampus Negeri yang cemerlang. Dekan/Rektor yang cemerlang bukan sahaja berkebolehan dalam pengurusan dan akademik tetapi dia harus diterima baik oleh staf.

MITASA dimaklumkan bahawa Fakulti/Kampus Negeri diminta mencalonkan beberapa nama untuk jawatan Dekan/Rektor. Bagi memastikan dekan yang terpilih adalah dekan yang cemerlang maka pemilihan calon Dekan/Rektor dari pihak Fakulti/Kampus Negeri hendaklah dilaksanakan secara pengundian.

MITASA dapati ada di sesetengah Fakulti/Kampus Negeri jawatan Dekan/Rektor  dipegang oleh orang yang sama selama beberapa penggal walhal beliau tidak disenangi oleh staf di Fakulti/Kampus Negeri terlibat.

CADANGAN

MITASA mencadangkan senarai nama cadangan pemilihan  Dekan/Rektor baru dari pihak Fakulti/Kampus Kampus Negeri dipilih  melalui pengundian di Fakulti /Kampus Negeri dan segera  dilaksanakan

PENUTUP

MITASA berharap usul ini dilaksanakan segera  demi meningkatkan  kualiti, pencapaian dan indeks kegembiraan  di Fakulti/Kampus Negeri 



TAJUK USUL 2         :          
USUL MENGEMBALIKAN KEMASUKKAN DEGREE /MASTER DAN KEMASUKAN  DIPLOMA PADA BULAN JULAI DAN JANUARI

TUJUAN

Memohon permulaan setiap pengajian di letak kembali di bulan Julai dan Januari seperti sebelumnya pada setiap tahun

LATAR BELAKANG

Sebelum UiTM mengubah kemasukan Diploma dan Degree dahulu , Staf UiTM sangat gembira kerana cuti semester UiTM jatuh pada waktu cuti sekolah. Staf UiTM berpeluang merancang percutian bersama keluarga disebabkan cuti UiTM dan cuti sekolah adalah sama.

CADANGAN

MITASA mencadangkan supaya UiTM kembali memulakan semester untuk Degree /Master disamakan dengan kemasukan Diploma pada bulan Julai dan Januari pada setiap tahun. Jika kemasukan dalam bulan Julai, cuti pelajar akan jatuh pada bulan Jun dan Disember pada setiap tahun dan ia adalah bersamaan dengan cuti sekolah.

MITASA merasakan ini adalah cara untuk UiTM mencapai indek kegembiraan di mana staf UiTM dapat merancang percutian bersama keluarga dan kembali bekerja dengan hati yang gembira.

PENUTUP

MITASA berharap usul ini diterima dan dilaksanakan segera . MITASA merasakan ini adalah satu elemen penting yang harus diambil kira oleh UiTM bagi mempastikan pencapaian indeks kegembiraan yang tinggi dan seterusnya meningkatkan produktiviti staf.

TAJUK USUL 3:         CADANGAN PERMOHONAN KE LUAR NEGARA DI BUAT ATAS TALIAN

 TUJUAN

 Mencadangkan supaya permohonan staf UiTM untuk ke luar negara dibuat menerusi aplikasi atas talian seperti Staff portal dan sebagainya.

LATAR BELAKANG

Staf UiTM khususnya staf akademik antara yang akan ke luar negara khususnya bagi tujuan membentangkan kertas kerja. Ada juga yang mengadakan lawatan akademik ke university tertentu atau melawat pihak industry di luar negara.

CADANGAN KESATUAN/PERSATUAN

MITASA mencadangkan permohonan staf untuk ke luar negara dibuat secara aplikasi atas talian sepertimana permohonan lain seperti cuti dan sebagainya. Ia bagi mengurangkan kerja-kerja pentadbiran yang perlu dihadapi seperti proses permohonan dan jawapan yang ada kalanya hanya diterima selepas tamat lawatan. Sebagaiamana permohonan cuti rehat, PTJ meluluskan setelah dimaklumkan dan kelulusan dimaklumkan menerusi emel atau portal.

PENUTUP

MITASA berharap agar usul ini diterima dan dilaksanakan segera. Ia dijangka dapat menambahbaik proses penyampaian pentadbiran UiTM serta meningkatkan daya kecekapan di kalangan staf akademik UiTM.

 

TAJUK USUL 4              :        UITM HENDAKLAH MENERIMA DAN MELAKSANAKAN SEPENUHNYA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 2016 (BERKAITAN PELUANG KENAIKAN PANGKAT PENOLONG PENSYARAH).

TUJUAN

Memohon supaya klausa kenaikan pangkat Penolong Pensyarah yang telah memiliki Ijazah Sarjana Muda boleh dilantik sebagai Pensyarah DM41 diterima.

LATAR BELAKANG

 *UiTM telah mengamalkan untuk tidak lagi mengambil Pensyarah Gred DM41.

 *Terdapat klausa di dalam Pekeliling Perkidmatan Bilangan 1 2016, dalam lampiran: Klasifikasi Pegawai Pendidikan D, Skim Perkhidmatan Penolong Pensyarah UiTM, klausa 13, muka surat 122/615 iaitu “Peningkatan Secara Lantikan Ke Jawatan Pensyarah UiTM Gred DM41”. Klausa tersebut berbunyi: “Penolong Pensyarah UiTM yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pensyarah UiTM Gred DM41 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan”.

 * UiTM dikatakan berhak untuk tidak menerima mana-mana klausa yang tidak sesuai dengan universiti seperti menolak klausa 13 muka surat 122/615.

 * Penolakan ini telah menutup pintu peluang kenaikan pangkat Penolong Pensyarah berkenaan ke arah perkembangan kerjaya mereka walaupun telah memperoleh kelayakan Ijazah Sarjana Muda.

 *Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 2016, Penolong Pensyarah yang memiliki Ijazah adalah layak dipertimbangkan untuk lantikan ke Pensyarah Gred DM41.

 * Setakat ini peluang kenaikan pangkat hanya jika setelah Penolong Pensyarah memperoleh Ijazah Sarjana (Master) di mana, mereka boleh dilantik ke Pensyarah Gred DM45.

CADANGAN

3.1.      UiTM menerima klausa 13 mukasurat 122/615 iaitu klausa yang membolehkan Penolong Pensyarah dilantik ke Pensyarah Gred DM41 setelah memiliki Ijazah Sarjana Muda.

3.2.      UiTM mengalakkan perkembangan kerjaya Penolong Pensyarah dengan meningkatkan kelayakan akademik mereka.

3.3.      Melantik Penolong Pensyarah yang berijazah untuk dilantik ke Pensyarah Gred DM41.

PENUTUP

Diharap cadangan dan usul ini mendapat pertimbagan sewajarnya dan diluluskan.