TAJUK USUL 1

:

CADANGAN MEMANSUHKAN PEKELILING LARANGAN STAF AKADEMIK MENGAMBIL CUTI PERSENDIRIAN SEMASA MINGGU KULIAH DAN PEPERIKSAAN

1.0

:

TUJUAN

 Memohon  UiTM memansuhkan Pekeliling Naib Canselor Bil 21/2008 yang bertarikh 31 Julai 2008, Bil 04/2010 bertarikh 16 Mac 2010 yang menghalang pensyarah mengambil cuti semasa semester berlangsung.

2.0

:

LATAR BELAKANG

Penjawat Awam diperuntukkan lebih kurang 30 hari cuti dalam setahun. Tujuannya supaya penjawat awam boleh berehat dan mendapatkan semangat baru untuk memulakan kerja semula. Bagaimanapun pensyarah UiTM tidak dapat menghabiskan cuti tersebut disebabkan hanya dibenarkan bercuti di luar semester berjalan. Pekeliling yang dikeluarkan oleh VC sebelum ini telah menghalang pensyarah mengambil cuti semasa semester berlangsung. UiTM mengeluarkan Pekeliling tersebut kerana terdapat sebilangan pensyarah menyalahgunakan cuti tersebut.

3.0

:

CADANGAN KESATUAN/PERSATUAN

 MITASA mencadangkan Pekeliling tersebut dimansuhkan kerana:

i.         Pekeliling tersebut telah menyebabkan tujuan sebenar cuti diberikan kepada penjawat awam tidak dapat dilaksanakan.

ii.        Masalah pensyarah yang menyalahgunakan cuti haruslah ditangani secara individu bukannya semua pensyarah harus menanggungnya.

MITASA yakin sekiranya seseorang pensyarah hendak bercuti beliau akan mengantikan kelas yang ditinggalkan dengan persetujuan pelajar

iii.       Pensyarah patut dibenarkan bercuti sekiranya dipersetujui oleh pelajar untuk mengantikan kelas di waktu lain.

4.0

:

PENUTUP

MITASA yakin dengan dimansuhkan Pekeliling ini, pensyarah akan lebih gembira dan puas hati dan seterusnya dapat meningkatkan lagi produktiviti.

TAJUK USUL 2

:

MEMBERI KEBEBASAN KEPADA PENSYARAH MEMBELI KOMPUTER MENGGUNAKAN GERAN UiTM

         

 

1.0

:

TUJUAN

 Memohon kebenaran dari UiTM untuk memberi kebenaran kepada semua staf membeli komputer menggunakan geran UiTM dari mana-mana syarikat komputer .

2.0

:

LATAR BELAKANG

Seperti yang kita tahu, UiTM telah memperuntukkan geran pembelian komputer kepada pensyarah tetap sebanyak RM 1500.00 dengan syarat pembelian tersebut mestilah melalui UDS.

 MITASA menerima aduan dari ahli mengenai harga yang ditawarkan oleh UDS lebih tinggi daripada harga yang ditawarkan oleh syarikat komputer lain dengan ‘spec’ yang lebih rendah. (Perbandingan harga dengan spec yang sama dilampirkan)

 Masa penghantaran juga agak lama dari tarikh yang dijanjikan.

3.0 :

CADANGAN KESATUAN/PERSATUAN

 MITASA cadangkan supaya geran tersebut boleh digunakan untuk pembelian komputer di mana-mana syarikat komputer yang dipilih oleh staf.    
4.0 :

PENUTUP

 MITASA mengharapkan usul ini diterima dan dapat dilaksanakan segera.

 

TAJUK USUL 3

:

CADANGAN PEMAKAIAN PEKELILING JPA DALAM AKTIVITI PENILAIAN PENSYARAH

1.0

:

TUJUAN

 Memohon UiTM menggunapakai sepenuhnya Pekeliling JPA dalam penilaian tahunan pensyarah UiTM

2.0

:

LATAR BELAKANG

 Markah penilaian tahunan adalah satu syarat penting untuk naik pangkat (80% ke atas, 3 tahun berturut-turut)  Ramai yang tidak puashati, . terutama kepada pensyarah yang dinilai dengan markah yang rendah.  Sekiranya UiTM menggunapakai sepenuhnya Pekeliling JPA dalam penilaian dan pemberian markah penilaian  tahunan pensyarah , keadaan tidak puas hati tidak akan timbul sebab seorang penilai harus bertemu dengan orang yang dinilai sebelum markah diberi dan segala proses berjalan dengan teratur dari awal tahun sehinggalah hujung tahun secara telus.

3.0

:

CADANGAN KESATUAN/PERSATUAN

MITASA mencadangkan agar Pekeliling JPA digunakan sepenuhnya dalam proses penilaian tahunan pensyarah.

4.0

:

PENUTUP

 MITASA berharap cadangan ini diterima dan dilaksanakan segera.

         

 

TAJUK USUL 4

:

CADANGAN KELONGGARAN  SYARAT CGPA DEGREE 3.0 KE ATAS UNTUK BIASISWA PENGAJIAN PhD

1.0

:

TUJUAN

 Memohon kelonggaran  kelulusan CGPA Degree 3.0 ke atas untuk permohonan biasiswa PhD

2.0

:

LATAR BELAKANG

Di dalam Pekeliling JPA tidak disyaratkan seseorang calon harus memiliki kelulusan degree 3.0 ke atas baru layak memohon biasiswa untuk PhD. Walaubagaimanapun UiTM telah mensyaratkan perkara ini dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini

3.0

:

CADANGAN KESATUAN/PERSATUAN

MITASA mencadangkan kelonggaran ini haruslah diberikan kepada pensyarah lama di mana mereka ini diterima masuk UiTM sebagai pensyarah tanpa disyaratkan CGPA Sarjana Muda sama atau melebihi 3.0.

4.0

:

PENUTUP

 MITASA mengharap usul ini diterima demi keadilan kepada pensyarah lama.

         

 

TAJUK USUL 5

:

CADANGAN DITUBUHKAN UNIT PENGADUAN  SEPERTI YANG TERTULIS DALAM AKTA UITM

:

TUJUAN

 Memohon ditubuhkan unit pengaduan  seperti yang tertulis dalam Akta UiTM

 

:

LATAR BELAKANG

 Seringkali ketidakpuasan hati pensyarah diajukan kepada kesatuan dan kesatuan memanjangkannya kepada pengurusan UiTM. Proses ini memakan masa dan jarang mendapat keputusan yang memuaskan hati pensyarah tersebut.

 

:

CADANGAN KESATUAN/PERSATUAN

MITASA mencadangkan satu unit pengaduan yg bersifat adil, pantas, berautoriti dan bebas diwujudkan seperti yang dicadangkan dalam Akta UiTM.

 

:

PENUTUP

MITASA berharap usul ini diterima dan dilaksanakan segera memandangkan UiTM kini bertambah besar dan bilangan staf telah bertambah ramai.