TAJUK USUL  :           MENYAMBUNG KHIDMAT PENSYARAH BERPENGALAMAN DALAM BIDANG KRITIKAL

 

1.0 TUJUAN

Untuk kesinambungan kecemerlangan akademik dalam bidang-bidang kritikal,  pensyarah yang berpengalaman harus di diutamakan.

 
2.0 LATAR BELAKANG

Di UiTM untuk bidang kritikal seperti bahasa ke tiga , UiTM telah menggunakan khidmat pensyarah kontrak dalam jangkamasa yang lama.

Pensyarah kontrak ini telah menunjukkan prestasi yang baik dan telah menjadi pensyarah yang berpengalaman. Pensyarah ini ada yang tidak disambung kontrak ataupun di serap walaupun telah mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidangnya.

Adalah satu kerugian kepada UiTM jika tidak menyambung perkhidmatan pensyarah ini.


3.0  CADANGAN

Bagi pensyarah yang mempunyai pengalaman mengajar sebagai pensyarah kontrak selama lebih dari 7 tahun dan mengajar dalam bidang yang kritikal di cadangkan :

 3.1. Diserapkan sebagi pensyarah tetap dengan melonggarkan syarat CGPA.
 3.2  Menyambung kontrak pensyarah tersebut

 
4.0  PENUTUP

MITASA sangat mengharapkan cadangan ini dipandang serius oleh UiTM dan diambil tindakan segera supaya pelajar UiTM mendapat pensyarah berkualiti.