TAJUK USUL : PEMURNIAAN PENGESAHAN PERJAWATAN DALAM PERLANTIKAN BAGI KAKITANGAN AKADEMIK UiTM

 1.0 TUJUAN

Memastikan tidak ada mana-mana individu dipertikaikan hak mereka untuk disahkan di dalam Perkhidmatan Perjawatan masing-masing sepanjang tempoh mereka perlu disahkan di dalam Perkhidmatan hakiki(Jawatan Tetap).

2.0 LATAR BELAKANG

 2.1       Penjawatan Awam seperti Pensyarah Akademik UiTM juga terikat dengan Pekeliling Perkhidmatan Awam berkaitan Pengesahan di dalam Perjawatan dan Perkhidmatan , satu jangka masa tempoh yang diberikan oleh Ketua Jabatan (PTJ) agar Kakitangan Akademik memastikan tempoh selama 1 hingga 3 tahun yang diberikan dipatuhi dengan sebaik mungkin.

2.2       Ketua Jabatan juga berhak menyokong mana-mana permohonan Pengesahan Perjawatan Kakitangan Akademik tanpa sebarang bentuk tekanan, pengaruh serta prasaan prasangka terhadap kakitangan terbabit disebabkan pengalaman peribadi beliau, mahupun kumpulan Ketua Jabatan terbabit. Keengganan dan kegagalan Ketua Jabatan mempertimbangkan mahupun menyokong pengesahan seseorang Penjawat Awam setelah Pegawai berkaitan memenuhi kesemua KPI yang diperlukan, makanya amat sangat jelas Ketua Jabatan berkaitan boleh ditafsirkan menyalah gunakan kedudukan dan kuasa beliau dan Tindakan Tidak Wajar Ketua Jabatan boleh dirujuk kepada pihak luar daripada UiTM untuk siasatan dijalankan secara lebih telus, adil, berkecuali dan berwibawa.

 2.3.      Wujud juga dari kalangan Ketua Jabatan mahupun PTJ yang berstatuskan Kampus AUTONOMI yang memanggil temuduga, membuat saringan serta prosidur ketat untuk menyokong permohonan pengesahan perjawatan seseorang kakitangan akademik, sedangkan budaya dan amalan temuduga berkaitan tidak pernah diamalkan oleh Kampus Induk mahupun Kampus Cawangan yang lain.

 
3.0 CADANGAN

Pihak Pejabat Naib Canselor, Pejabat Pendaftar dan juga Rektor berstatuskan Kampus AUTONOMI perlu bertindak lebih telus, adil dan tidak terikat dengan mana-mana tekanan dan pengaruh, satu sistem terkini Pengesahan Jawatan yang lebih mesra Stakeholders perlu dirangka dan diselaraskan antara Kampus Induk dan Kampus AUTONOMI.

4.0 PENUTUP

Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) memohon dengan penuh bertanggungjawab agar pihak Ahli-Ahli Mesyuarat MBJ akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap isu yang dibangkitkan dan silalah juga minitkan sebarang bentuk pekeliling yang diluluskan serta memajukan segera kepada Kampus Induk dan Cawangan yakni Kampus AUTONOMI agar dapat diselaraskan sebarang bentuk pekeliling dan keputusan yang diluluskan oleh MBJ.