TAJUK USUL  :PEMERKASAAN PENGAUDITAN PERMEROLEHAN UiTM TERHADAP ASET DAN DANA SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG

 1.0 TUJUAN

Sebarang bentuk dan jenis pemerolehan PTJ yang diperolehi, dibelanjakan mahupun dijana daripada mana – mana individu, NGO, Pertubuhan mahupun Sumbangan Kerajaan , Swasta serta GLC wajar di kawal selia , dipantau dan di AUDIT kan secara dalaman dan juga melibatkan Pengauditan luaran, untuk memastikan tidak berlaku elemen’Pecah Amanah”, ketirisan, peyelewegan, salah guna kuasa dan dana untuk pihak tertentu sahaja dan tidak dibelanjakan kepada majoriti populasi Stakeholders berkaitan serta tidak langsung mengikuti Arahan Perbendaharaan(AP) serta Pekeliling Kementerian Kewangan Malaysia mahupun Bendahari dalaman UiTM.

 2.0 LATAR BELAKANG

Wujud pelbagai permerolehan dana seperti sumbungan syarikat GLC, Korporat,Swasta, Individu dan juga sumbangan dana Wang Amanah Kerajaan untuk dimanfaatkan demi kepentingan para Stakehoders UiTM namun apabila pemerolehan dana ini tidak didedahkan wang keluar masuknya, mahupun pengaliran keluar wang tunai makanya telah menimbulkan pelbagai keraguan dari kalangan para Stakeholders sehinggakan Pengurusan Tertinggi UiTM sering dipersoalkan bukan hanya dari kalangan pihak berkuasa tempatan malahan Ahli Parlimen Malaysia.

 
3.0 CADANGAN

Segala permerolehan dana mana-mana badan , Kelab, Kesatuan, Unit, dan Bahagian wajar di Audit oleh panel Pengauditan dalaman dan luaran secara telus dan konsisten. Pihak Pejabat Naib Canselor, Pejabat Pendaftar dan juga Rektor berstatuskan Kampus AUTONOMI perlu bertindak lebih telus, adil dan tidak cuai serta terlepas pandang terhadap mana-mana unit berkaitan sekalipun , justeru perlu dikeluarkan dan dikawal selia senarai Syarikat Permerolehan dan Perbelanjaan Dana yang diketahui oleh pihak Pengurusan dengan baik.


4.0 PENUTUP

Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) memohon dengan penuh bertanggungjawab agar pihak Ahli-Ahli Mesyuarat MBJ akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap isu yang dibangkitkan dan silalah juga minitkan sebarang bentuk pekeliling yang diluluskan serta memajukan segera kepada Kampus Induk dan Cawangan yakni Kampus AUTONOMI agar dapat diselaraskan sebarang bentuk pekeliling dan keputusan yang diluluskan oleh MBJ.