Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Pihak Fakulti Sains Sukan & Rekreasi Universiti Teknologi MARA kini sedang giat menjalankan "Kajian Pengesanan Alumni FSR UiTM" daripada tahun 1995 hingga 2017 di seluruh Malaysia. Kajian ini adalah bertujuan mengumpulkan maklumat terkini Alumni FSR UiTM untuk direkodkan ke dalam Sistem Pangkalan Data Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Sehubungan itu, semua "Alumni FSR" di mohon untuk ke pautan https://goo.gl/forms/fan6l2zSZvOyJ0zO2 untuk memuat naik data terkini anda. Kerjasama dan keperihatinan setiap Alumni FSR dalam menularkan pautan tersebut amatlah dihargai. Sekian Terima Kasih.