Rujukan  : MSS013/011/2017(866)                                             

Tarikh    :  14  November 2017

 

Assalamu' AlaikumWmtWbt

 Y. Bhg Dato’ / Datin / Prof./ Dr./ Tuan / Puan

Ahli-Ahli MITASA

NOTIS  PERTAMA  MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN  KE-33

Mengikut Perlembagaan Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA), dengan ini dimaklumkan kepada semua ahli MITASA bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali ke-33 akan diadakan pada: 

 

Tarikh  :           28 Disember 2017  (Khamis)
Masa    :           8.30 Pagi hingga 1.00 Tengah Hari
Tempat :        Dewan Sri Impian,  Hotel UiTM, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam

Sehubungan itu diistiharkan 1 Disember adalah bermulanya hari penamaan calon untuk mengisi jawatan-jawatan dalam Majlis Kerja MITASA 2017/2019 dan hari permulaan penerimaan usul-usul untuk dibincangkan di dalam Mesyuarat Agung. Borang Pencalonan untuk jawatan-jawatan Majlis Kerja MITASA bagi sesi 2017/2019 hendaklah dihantar sendiri oleh calon kepada Setiausaha Agung MITASA sebelum atau pada 15 Disember 2017 (Khamis), jam 4.00 ptg di Pejabat MITASA, Aras 3, Blok 9, Intekma Resort & Convention Centre, Persiaran Raja Muda Seksyen 7, 40000 Shah Alam. (Untuk pertanyaan: 03-55225239/019-3598641)

Jawatan-jawatan yang dipertandingkan untuk mengisi Majlis Kerja MITASA ialah:

  1. Presiden                                               -           Seorang
  2. Timbalan Presiden                                 -           Seorang
  3. SetiausahaAgung                                  -           Seorang
  4. Penolong SetiausahaAgung                   -           Seorang
  5. Bendahari                                             -           Seorang
  6. Ahli Majlis Kerja (EXCO)                        -           Enam orang

Borang pencalonan boleh didapati di pejabat MITASA bermula 1 Disember 2017.

Sekian di maklumkankan. Terimakasih .

“BERKHIDMAT UNTUK MITASA DAN UiTM”

 

Yang Menjalankan Tugas

DATIN DR SARIMAH ISMAIL
Setiausaha Agung

Kesatuan Kakitangan Akademik, Universiti Teknologi MARA (MITASA, UiTM) telah menerima maklum balas daripada ahli-ahli akademik yang bernaung di bawah MITASA berkenaan dengan Pekeliling Akademik UiTM Bilangan 5 2017 yang berkaitan dengan pelaksanaan Amanah Tugasan Pensyarah (ATP) 3.0 yang digunapakai bagi semester September 2017.

 

Sehubungan itu  MITASA telah meneliti akan pekeliling akademik berkenaan dan mendapati terdapat beberapa aspek yang memerlukan penelitian dan perbincangan yang komprehensif khususnya yang berkaitan dengan ATP bagi semua tenaga akademik yang berada di UiTM Kampus Utama serta kampus cawangan.

 

Aspek pertama yang melibatkan Perkara 2.3.2 Persediaan Syarahan Item B memfokuskan kepada jumlah masa persediaan dan penilaian.  Perkara ini telahpun  menjadi pertikaian sekian lama antara  UiTM dan MITASA.  Menurut American Faculty Association, telah menjadi pengiraan mudah bagi menetapkan masa yang diambil untuk persediaan dan penilaian bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran  (P & P) dengan cara berikut: Bagi setiap satu jam  aktiviti P & P, masa persediaan dan penilaian adalah di antara dua hingga empat jam. Di Malaysia, Universiti Sains Malaysia menetapkan pengiraan yang sama iaitu setiap satu jam aktiviti P & P, maka dua jam diberikan bagi masa persediaan dan penilaian.  UiTM masih menetapkan setengah jam masa persediaan dan penilaian bagi aktiviti P & P yang biasa.  MITASA mencadangkan UiTM membetulkan kesilapan ini dengan mengikut piawaian yang diterima di peringkat Malaysia mahupun antarabangsa agar mutu P & P dapat ditingkatkan dan ahli akademik dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan sempurna dan tidak tertekan mengejar masa.

 

                Aspek yang kedua yang ingin MITASA ketengahkan adalah mengenai jumlah pelajar yang digunakan bagi satu-satu kumpulan.  Ia ada hubungan dengan Perkara 2.3.2 Persediaan Syarahan Item C (Jadual 1).  UiTM telah memilih 30 orang pelajar bagi setiap kumpulan pelajar.   MITASA berpendapat jumlah pelajar yang ideal bagi satu kumpulan pelajar adalah seramai 25 orang.   MITASA yakin, inilah jumlah yang digunakan di institusi-institusi pengajian tinggi yang lain. Lebih-lebih lagi kebanyakan saiz bilik kuliah dan makmal-makmal yang ada di UiTM lebih selesa jika diisikan seramai 25 orang pelajar sahaja yang seterusnya meningkatkan kualiti P & P.  

 

                Aspek ketiga yang mendapat perhatian adalah melibatkan Perkara 2.3.2 Persediaan Syarahan Item D yang memfokuskan kepada perincian tambahan pengajaran berdasarkan waktu jam temu yang melibatkan waktu perdana, waktu malam dan waktu hujung minggu. Menerusi pekeliling berkenaan ia menyaksikan perletakan di bawah pemberat Persedian Syarahan (PS). Dalam konteks ini  MITASA memohon untuk penilaian semula dilaksanakan dengan menukarkannya kepada Konteks Syarahan (KS). Ini kerana tidak ada perbezaan ketara yang melibatkan PS sama ada di waktu perdana, waktu malam mahupun waktu hujung minggu kerana persediaan berkenaan akan tetap dilaksanakan oleh ahli akademik. Tetapi perbezaannya adalah jelas dan ketara ketika syarahan dilaksanakan pada waktu-waktu berkenaan. Berikutan itu  MITASA memohon agar semakan dapat dilaksanakan berdasarkan kepada premis yang telah dinyatakan yang melibatkan penukaran PS kepada KS.  Sesungguhnya pemberian KS pun tidak dapat menggantikan masa berharga bersama keluarga pada waktu malam dan hujung minggu.  Lebih-lebih lagi ia melibatkan kos perjalanan pergi dan balik.  Oleh itu  MITASA juga berharap diberikan sekurang-kurangnya 7 hari cuti tanpa rekod kepada pensyarah yang mengajar 14 kali dalam satu semester pada hujung minggu.

 

                Untuk pengetahuan Y. Bhg. Prof. Emeritus Dato’, aspek keempat yang turut mendapat perhatian adalah melibatkan Perkara 4.3 Aktiviti Perkhidmatan dan Pentadbiran (K3) Jadual 15: Kesetaraan Jam Bagi Tugas-tugas Membantu Pentadbiran Akademik dan Pembangunan Pelajar. Pertama, MITASA yakin bahawa penyelaras yang dilantik di peringkat fakulti mempunyai tanggung jawab khas  yang memerlukan tumpuan, pengetahuan, komitmen dan kesungguhan yang sudah pasti memakan masa  bagi menyempurnakan tugas penyelarasan tersebut.  Kebanyakan penyelaras memerlukan kemahiran dan pengalaman untuk melaksanakan tugas penyelarasan ini.   Adalah sangat tidak berpadanan diberikan hanya 5 jam pada K3 bagi tugas penyelarasan yang berat ini.  Kemungkinan besar tiada pensyarah yang sanggup menjadi penyelaras pada masa hadapan sekiranya tidak diberikan insentif yang berpadanan. Oleh itu, MITASA sangat mengharapkan agar UiTM memberi keistimewaan kepada penyelaras peringkat fakulti ini dengan diberikan kesetaraan 2 jam KS (dimana PS juga diberikan) dan dikekalkan 5 jam pada K3.  Kedua, MITASA juga mendapati Penyelaras Sumber (RP) melaksanakan satu aktiviti yang berkaitan secara langsung dengan akademik dan menghasilkan/mengemaskini/mengambil tanggungjawab satu dokumen.  Untuk menjadi RP bagi satu-satu kursus, seseorang pensyarah itu haruslah mahir tentang kursus tersebut.  Tanggungjawab RP adalah seoalah-olah menghasilkan e-content yang ditambahkan lagi dengan pengawasan penyediaan soalan peperiksaan dan menyelaras setaip semester  Jadual Spesifikasi Ujian lebih-lebih lagi apabila iCGPA dilaksanakan sepenuhnya kelak.  Oleh itu, dengan tugas yang berat yang harus dikendalikan oleh RP, MITASA sangat mengharapkan RP diletakkan dibawah K2 dengan diberikan 4 jam bagi setiap kursus.

 

                Sementara itu aspek kelima yang turut mendapat perhatian adalah melibatkan Perkara 3.4 Trek Kepimpinan Institusi di bawah item 3.4.3 Lantikan Felo dan Penyelaras tidak dikategorikan sebagai Pentadbir Akademik. Untuk pengetahuan Y. Bhg. Prof. Emeritus Dato’, dengan pelaksanaan ini menyaksikan Felo lantikan dalaman fakulti tidak diberikan jam pentadbiran berbanding Felo lantikan luaran (secondment) yang mendapat jam pentadbiran sama seperti Koordinator Akademik. Justifikasi pemberian ATP terhadap felo luaran dan felo dalaman tidak diberikan secara komprehensif. Dari sudut beban menjalankan tugas sebagai felo ia adalah berkaitan dengan portfolio yang dipegang dan bukanlah ditentukan dengan membezakannya sama ada dari dalam fakulti yang sama atau dari fakulti yang berbeza.  MITASA berpandangan bahawa wujudnya lompang pendefinisian terhadap ATP pentadbiran yang membabitkan tugas sebagai Felo. Atas premis ini  MITASA memohon pihak Universiti mengambil kira aspek yang dinyatakan ini agar tidak wujud atau timbulnya perasaan tidak puas hati dalam kalangan felo yang dilantik oleh fakulti-fakulti yang terbabit.

 

                Aspek yang terakhir melibatkan Perkara 5.0 Pembahagian dan Had Maksimum Komponen ATP mengikut Trek.  MITASA mendapati KS yang diberikan pada ATP yang baru ini telah mengalami perubahan yang lebih membebankan jika dibandingkan dengan ATP terdahulu.  Sebagai contoh,  bagi trek P&P, dimana Gred DM51/52 telah ditambah KS dari 14 jam ke 15 jam.  Apakah rasional penambahan ini?  MITASA sangat mengharapkan bilangan KS yang diberikan pada ATP yang terdahulu dikekalkan sekiranya tiada justifikasi yang menyakinkan diberikan.    Setelah diperkenalkan Indeks Kegembiraan di UiTM, perubahan ke atas ATP seharusnya menggembirakan pensyarah dengan tidak dibebankan dengan jumlah masa mengajar yang banyak.

 

MITASA selaku badan yang mewakili ahli-ahli akademik UiTM sentiasa menyokong penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Universiti. Namun dalam masa yang sama tidak mengenepikan aspek kebajikan ahli-ahlinya sekaligus cuba untuk bergerak seiringan dengan aspirasi Universiti dan negara.

MITASA merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada YBhg Profesor Dr Mohamad Kamal Bin Haji Harun di atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik bermula pada 16 September 2017. Kami warga Akademik UiTM khususnya ahli MITASA  menerima baik dan gembira dengan  perlantikan ini. Selamat memulakan tugas baru untuk meneruskan agenda pembangunan anak bangsa disamping membina pembangunan modal insan pensyarah UiTM

 

Kaedah Asas-Masa (Time-Based) bagi kenaikan pangkat adalah kaedah yang telah digunakan oleh kerajaan pada skim terdahulu seperti skim JKKK. Skim ini digunakan sebelum skim SSB diperkenalkan.  Sebagai contoh, di dalam skim JKKK, pensyarah ITM pada gred A20 akan dinaikkan pangkat secara Asas-Masa ke gred A11 setelah lima tahun berkhidmat di ITM.  Kaedah ini sesungguhnya menunjukkkan penghargaan dan kepercayaan majikan terhadap pekerjanya  yang telah bekhidmat pada jangka masa tertentu.  Tidak timbul masalah prestasi pekerja semasa skim ini dijalankan.   Pada skim semasa pula, kaedah ini digunakan bersama-sama dengan kaedah Asas-Merit pada Skim Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (SPPS).  Resiko yang besar dipertaruhkan oleh kerajaan kerana SPPS ini meliputi ratusan ribu guru.  Dengan prosedur yang sesuai, kaedah Asas-Masa ini boleh dilaksanakan dengan tidak menjejaskan prestasi guru. 

 

Pada masa ini, UiTM sendiri telah mengiktiraf penggunaan kaedah Asas-Masa dengan memperkenalkannya pada kaedah kenaikan pangkat yang baru yang akan dilaksanakan sediki masa lagi.  Kaedah Asas-Masa selama 20 tahun telah diperkenalkan kepada pensyarah gred DM45/DM46  (berkelulusan minimum Sarjana) untuk naik ke gred DM52.  Walaubagaimanapun, Asas-Masa yang digunakan iaitu 20 tahun adalah terlalu lama jika dibandingkan dengan skim perkhidmatan pendidikan  siswazah (SPPS) yang mengambil masa hanya lapan tahun untuk ke gred DG44 dari gred DG41 dan mengambil masa lapan tahun lagi untuk ke gred DG48 secara Asas-Masa.  MITASA ingin mencadangkan kaedah Asas-Masa kenaikan pangkat yang lebih adil iaitu kenaikan ke gred DM52 pada tahun ke lapan perkhidmatan di dalam gred DM45/DM46  dan kenaikan ke gred DM54 setelah berada di gred DM52/DM51 selama enam tahun. 

Menyusuri laluan kerjaya skim perkhidmatan pendidikan siswazah (SPPS), kaedah kenaikan pangkat yang digunakan adalah melalui samada Asas-Masa ataupun Asas-Merit seperti dalam Gambar rajah 1. Di dalam Gambar rajah ini, TB biasa dirujuk kepada guru siswazah dan TB ex-PPPLD pula dirujuk kepada bekas guru lepasan diploma.

   Dikala kaedah Asas-Merit boleh dinikmati oleh semua guru siswazah yang menggunakan  SPPS, kaedah Asas-Masa diberikan kepada dua laluan iaitu guru siswazah  biasa yang bermula dari gred DG41 sehinggalah kepada gred DG48 dan bekas guru lepasan diploma yang bermula dari gred DG41 sehinggalah kepada gred DG44.  Walaupun dua  laluan sahaja tetapi ia meliputi lebih dari 90%  guru di bawah SPPS.

Berikut adalah perlaksanaan satu simulasi anggaran perbelanjaan kerajaan sebulan dalam golongan ini (Asas-Masa).  Diingatkan bahawa jumlah guru yang diambil kira pada simulasi ini  hanya lah anggaran sahaja dan jumlah guru di setiap umur guru juga sebagai anggaran sahaja.  Data gaji guru di ambil dari Jadual Gaji Minimum-Maksimum yang dikeluarkan oleh JPA seperti jadual 1.

  

Hasil simulasi ini adalah pada jadual 2.  Jadual ini menunjukkan simulasi gaji guru bagi guru yang seramai 179388 orang.  Kenaikan pangkat lapan  tahun ke gred DG44 dan lapan tahun berikutnya ke gred DG48 digunakan dalam simulasi ini.   Akhirnya, untuk sebulan,  kerajaan perlu membelanjakan lebih dari 1.1 ribu juta ringgit bagi membayar gaji pokok kepada semua guru ini. 

Peningkatan dari gred DG41 ke gred DG44 = 8 tahun

Peningkatan dari gred DG44 ke gred DG48 = 8 tahun

Bilangan guru = 179388 orang

Gaji semua guru dalam sebulan = RM 1,126,333,036.44

Bil Guru

Umur Guru (Tahun)

Gaji Pokok

(RM)

5400

24

2188.00

5384

25

2413.00

5368

26

2638.00

5352

27

2863.00

5335

28

3088.00

5319

29

3313.00

5303

30

3538.00

5287

31

3763.00

5271

32

3988.00

5255

33

4238.00

5238

34

4488.00

5222

35

4738.00

5206

36

4988.00

5190

37

5238.00

5174

38

5488.00

5158

39

5738.00

5142

40

5988.00

5125

41

6258.00

5109

42

6528.00

5093

43

6798.00

5077

44

7068.00

5061

45

7338.00

5045

46

7608.00

5028

47

7878.00

5012

48

8148.00

4996

49

8418.00

4980

50

8688.00

4964

51

8958.00

4948

52

9228.00

4932

53

9498.00

4915

54

9768.00

4899

55

10038.00

4883

56

10308.00

4867

57

10578.00

4851

58

10848.00

Jadual 2

Simulasi yang sama dijalankan ke atas skim pensyarah UiTM.  Dua simulasi dilaksanakan.  Data dari Jadual gaji maksimum dan minimum pensyarah UiTM dari JPA pada Jadual 3 digunakan dalam simulasi ini.   

Jadual 4 menunjukkan hasil simulasi yang pertama terhadap skim pensyarah UiTM.  Untuk simulasi yang pertama ini, tiada kenaikan pangkat berlaku.  Andaian bahawa semua pensyarah UiTM mula berkhidmat dengan gred DM45 dan pencen wajib juga dengan gred DM45.  Hasilnya, UiTM perlu membayar RM 56,604,203.29 sebulan gaji pokok kepada semua pensyarah ini. 

Bilangan pensyarah = 7998 orang

Gaji semua pensyarah dalam sebulan = RM 56,604,203.29

TIADA KENAIKAN PANGKAT (Gred DM45)

Bilangan

Umur (Tahun)

Gaji Pokok (RM)

255

26

3070.00

254

27

3325.00

253

28

3580.00

252

29

3835.00

251

30

4090.00

251

31

4345.00

250

32

4600.00

249

33

4855.00

248

34

5110.00

248

35

5365.00

247

36

5620.00

246

37

5875.00

245

38

6130.00

245

39

6385.00

244

40

6640.00

243

41

6895.00

242

42

7150.00

242

43

7405.00

241

44

7660.00

240

45

7915.00

239

46

8170.00

239

47

8425.00

238

48

8680.00

237

49

8935.00

236

50

9190.00

236

51

9445.00

235

52

9700.00

234

53

9955.00

233

54

10210.00

232

55

10465.00

232

56

10720.00

231

57

10975.00

230

58

11230.00

Jadual 4

Pada simulasi yang kedua yang diletakkan pada Jadual 5, dengan andaian semua pensyarah UiTM mula berkhidmat dengan gred DM45, kenaikan pangkat berlaku pada tahun ke lapan untuk ke gred DM52  dan berikutnya  selepas enam tahun dinaikkan pangkat ke gred DM54 pula. Jumlah gaji pokok yang perlu dibayar oleh UiTM pada simulasi yang kedua ini adalah sebanyak RM64,742,566.84.  Ini ada peningkatan hampir lapan juta ringgit sebulan.  Pembayaran gaji pokok sebanyak 65 juta ringgit kepada pensyarah UiTM bukanlah jumlah yang besar jika dibandingkan dengan lebih daripada 1.1 ribu juta ringgit yang kerajaan sanggup keluarkan untuk membayar gaji pokok guru sebulan .  Selain itu UiTM akan  memperolehi kesan positif yang akan diberi oleh semua pensyarah yang mendapat faedah dari skim ini.

Peningkatan dari gred DM45 ke gred DM52 = 8 tahun

Peningkatan dari gred DM52 ke gred DM54 = 6 tahun

Bilangan pensyarah = 7998 orang

Gaji semua pensyarah dalam sebulan = RM 64,742,566.84

Bilangan

Umur (Tahun)

Gaji Pokok (RM)

255

26

3070.00

254

27

3325.00

253

28

3580.00

252

29

3835.00

251

30

4090.00

251

31

4345.00

250

32

4600.00

249

33

4855.00

248

34

5855.00

248

35

6145.00

247

36

6435.00

246

37

6725.00

245

38

7015.00

245

39

7305.00

244

40

7595.00

243

41

7915.00

242

42

8235.00

242

43

8555.00

241

44

8875.00

240

45

9195.00

239

46

9515.00

239

47

9835.00

238

48

10155.00

237

49

10475.00

236

50

10795.00

236

51

11115.00

235

52

11435.00

234

53

11755.00

233

54

12075.00

232

55

12395.00

232

56

12715.00

231

57

13035.00

230

58

13355.00

Jadual 5

Bagi memastikan prestasi pensyarah tidak terjejas dengan perlaksanaan kenaikan pangkat berdasarkan Asas-Masa ini, syarat tambahan diperlukan.  Untuk tidak membebankan kepada pensyarah,  purata markah SKT pensyarah selama lapan tahun untuk ke gred DM52 dan enam tahun untuk ke gred DM54 hendaklah melebihi 80% untuk dinaikkan pangkat menggunakan kaedah Asas-Masa ini.  Semua ini adalah cadangan penambahbaikan kepada kaedah kenaikan pangkat yang sedia ada dan MITASA sangat mengharapkan ianya diterima. 

MITASA juga sangatlah berharap agar kaedah Asas-Merit diadakan semula bagi kenaikan pangkat ke gred DM52 tanpa mengambilkira syarat kelulusan PhD.  Menggunakan syarat memperolehi kelulusan PhD bagi aktiviti kenaikan pangkat adalah bertentangan dengan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.  Ini adalah kerana kerajaan membenarkan pegawai kerajaan di lain-lain agensi yang hanya mempunyai kelulusan sarjana muda sahaja, naik pangkat sehingga ke peringkat JUSA.  Walaubagaimanapun,  mengenakan syarat kelulusan PhD dalam aktiviti pengambilan pensyarah adalah cara yang betul bagi menambah bilangan pensyarah yang mempunyai kelulusan PhD dan seterusnya meningkatkan kualiti pensyarah.  Perlu diingatkan bahawa kepelbagaian bidang, kuantiti yang ramai yang diperlukan, tuntutan gaji yang lebih tinggi , dan perebutan sesama universiti menyebabkan sukar mendapatkan pensyarah berkelulusan PhD.

Mengambil pendekatan apa yang dilakukan oleh SPPS dalam hal kenaikan pangkat secara Asas-Merit ini dimana guru gred DG41 hanya dibenarkan memohon kenaikan pangkat ke gred DG44 secara Asas-Merit selepas berkhidmat selama lima tahun, maka MITASA mencadangkan empat tahun perkhidmatan diperlukan sebelum seseorang pensyarah gred DM45/46 boleh memohon kenaikan pangkat ke gred DM52 secara Asas-Merit.  Empat tahun adalah tempoh  masa yang sesuai memandangkan semua pensyarah mempunyai kelulusan minimum Sarjana.  Maka satu templet  yang sesuai (templet lima tahun yang sedia ada boleh digunakan) perlulah dihasilkan dan digunakan.

Sebagai kesimpulannya, MITASA mencadangkan:

  1. Dua kenaikan pangkat secara Asas-Masa (8 dan 6 tahun).
  2. Mengekal pemohonan kenaikan pangkat Asas-Merit ke gred DM52 kepada semua pensyarah gred DM45/DM46 selepas 4 tahun berkhidmat.
  3. Tidak meletakkan syarat minimum kelulusan PhD dalam mana-mana aktiviti kenaikan pangkat.

MITASA sangat berharapkan cadangan ini diterima oleh pihak UiTM demi mempertabatkan profesion pensyarah di UiTM. 

Perbincangan mengenai Pelaksanaan Amanah Tugas Pensyarah (ATP 3.0) Pekeliling Akademik Bil 5 Tahun 2017 Jam 2.30 , 14 September 2017. Semoga perbincangan pada petang ini akan memberi hasil positif untuk langkah selanjutnya dalam menjaga kebaijkan kakitangan akademik ahli MITASA.