Rujukan : MSS013/08/2014(652)
Tarikh : 29 Ogos 2014

YB Dato’ Seri Idrus Bin Jusoh
Menteri Pendidikan II
Pejabat Menteri Pendidikan II
Aras 18, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62502 W.P. PUTRAJAYA.
YB Dato Seri,

MEMOHON MENETAPKAN PERMULAAN KELENDER AKADEMIK UITM BAGI SEMUA PROGRAM PADA AWAL BULAN JULAI.

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) ingin memohon agar permulaan semester pertama bagi semua program (Asasi/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/PhD) di UiTM diselaraskan pada awal bulan Julai setiap tahun. Perubahan ini boleh dilakukan secara berperingkat selama tiga tahun.

Berikut adalah tiga sebab utama permohonan ini dibuat:-

1. Kebanyakan tarikh cuti sekolah akan menjadi hampir serentak dengan cuti pertengahan semester dan cuti di antara semester UiTM. Ini akan memudahkan keluarga merancang percutian dengan semua ahli keluarga dan seterusnya menyumbang kepada pembentukan keluarga yang harmoni. Perkara ini sangatlah penting kerana ikatan kekeluargaan yang utuh menyumbang kepada peningkatan produktiviti rakyat malaysia.
2. Memudahkan pihak pentadbir mengagihkan beban tugas pensyarah dengan lebih efisyen dan adil. Bukan sahaja boleh memuaskan hati pensyarah malah pensyarah juga dapat menguruskan aktiviti akademik dengan lebih teratur kerana kesan dari penyelarasan waktu aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P & P) bagi semua program.
3. Semua pensyarah boleh mengambil bahagian dalam semua aktiviti akademik kerana mempunyai jadual P & P yang sama. Penglibatan pensyarah dalam semua aktiviti akedamik sangat penting dalam rangka meningkatkan produktiviti para pensyarah.

 

Sehubungan itu, saya mewakili ahli-ahli MITASA sangat berharap agar YB Dato Seri selaku Menteri Pendidikan 11 di Kementerian Pendidikan dapat menyokong permohonan MITASA.
Kerjasama dan keprihatinan YB Dato Seri dalam hal ini sangat diharapkan dan diucapkan terima kasih.

Sekian. Wassalam.

“BERKHIDMAT UNTUK MITASA DAN UiTM”

Yang Menjalankan Tugas


__________________________
DR NORMALY KAMAL ISMAIL
PRESIDEN MITASA

s.k


1. Y.Bhg.Tan Sri Dato’ Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Bin Abu Bakar, FASc
Naib Canselor
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor

2. YBhg. Dato' Prof. Dr. Asma binti Ismail
Ketua Pengarah Pendidikan
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia

 

MEMORANDUM ‘STATUS QUO’ DI UiTM SHAH ALAM


1. PENGENALAN
Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) mendokong penuh misi dan visi UiTM untuk menjadi universiti yang menghasilkan graduan yang berdaya saing seramai mungkin. Bagaimanapun terdapat kelemahan dalam perancangan penambahan pelajar UiTM. Strategi yang diambil dalam melaksanakan visi ini antara yang utama adalah pembinaan kampus PFI dan pensejajaran kampus. Perlaksanaan pensejajaran/PFI memberi impak besar kepada semua peringkat iaitu pelajar, kakitangan akademik dan kakitangan bukan akademik yang melibatkan isu pepindahan. Kami telah menyatakan secara lisan isu perpindahan ini kepada pihak pengurusan UiTM, tetapi telah tidak dipersetujui dan mencadangkan pensyarah yang tidak bersetuju dipindahkan supaya berhenti. Olehitu ramai pensyarah berpendapat bahawa dengan menggantikan kepimpinan UiTM sekarang kepada kepimpinan yang baru, barulah isu perpindahan ini ada harapan dapat diselesaikan.
2. ISU PERPINDAHAN
Isu pepindahan ini adalah isu yang besar yang merupakan perkara terakhir sepatutnya dilaksanakan. Ini bermaksud hanya keperluan yang amat mendesak barulah ianya dilaksanakan. Alasan yang datangnya dari kesilapan membuat perancangan ataupun untuk memenuhi objektif yang tidak utama adalah amat dikesali dan boleh dianggap satu bentuk penganiayaan.
Yang pertama, kesilapan perancangan UiTM dengan membina kampus PFI yang banyak sehingga gagal mendapatkan pelajar dan pensyarah yang berpengalaman secukupnya. Kesannya, pelajar/pensyarah dari kampus lain dipindahkan ke kampus PFI. Yang kedua, pihak UiTM didapati ingin memenuhi objektif yang bukan utama dengan cuba melaksanakan konsep universiti dua tier. Konsep ini bukan keperluan mendesak UiTM dan tidak memenuhi tujuan utama UiTM diadakan. Pelbagai masalah akan timbul bila konsep ini dilaksanakan. Antara kesannya adalah pelajar sarjana muda dipindahkan keluar dari kampus UiTM Shah Alam. Ini adalah kerana kampus UiTM Shah Alam ingin dijadikan kampus UiTM tier satu yang mengendalikan program pasca siswazah sahaja. Olehkerana tiadanya pelajar sarjana muda, maka ramailah pensyarah dipindahkan atas sebab tiada pelajar untuk diajar di kampus UiTM Shah Alam. Dua perkara inilah yang menyebabkan berlakunya perpindahan yang menyusahkan.
Dari sudut perlaksanaan pula kami dapati walaupun diwar-warkan semua pelajar sarjana muda mesti meninggalkan kampus UiTM Shah Alam, tetapi pada akhirnya masih ada pelajar sarjana muda yang tidak dipindahkan atas pelbagai alasan. Perlaksanaan yang tidak konsisten dan memilih-milih adalah satu bentuk kezaliman. Bagi pihak pensyarah pula, ramai pensyarah senior tidak boleh berada di UiTM Shah Alam dan terpaksa berpindah kerana tiada pelajar sarjana muda lagi di kampus UiTM Shah Alam untuk diajar walaupun pensyarah senior ini telah dijanjikan tidak berpindah satu ketika dahulu.
Persoalannya, adakah perkara sebesar ini, iaitu perlaksanaan universiti dua tier di UiTM, telah mendapat persetujuan dari KPM. Justru itu MITASA mencadangkan ‘status quo’ di UiTM Shah Alam.

1. Meneruskan kecemerlangan university  melalui pendidikan fleksibel @ pendidikan luwes.
2. Lonjakan 10 di bawah pppn (pt) sebagai asas melahirkan pelajar holistic..
3. Mengubah landskap university  tranformation malaysia melalui 5 playbooks. 1 green book on governance and effectiveness telah dilancarkan.