MEMORANDUM  SBPA CUEPACS  KEPADA PM PADA 23 FEBRUARI 2012

CUEPACS akan menyerahkan Memorandum SBPA kepada Perdana Menteri Malaysia hari ini selepas menghadiri mesyuarat pasukan petugas khas di JPA pada 22/2/2012.  Antara kandungan Memorandum tersebut:

        1. Mengkaji semula pindaan gaji gred DM54 ke bawah

        Tuntutan kenaikan gaji antara RM700-RM2500 dari Gred 1 hingga Gred 54. Antara cadangan:

  1. Gred 1 – Gred 16 kenaikan gaji sebanyak RM700.00
  2. Gred 17 – Gred 26 kenaikan gaji sebanyak RM1000.00
  3. Gred 27 – Gred 40 kenaikan gaji sebanyak RM1500.00
  4. Gred 21 – Gred 48 kenaikan gaji sebanyak RM1800.00
  5. Gred 52 – Gred 54 kenaikan gaji sebanyak RM2500

    2. Mengkaji gaji penjawat awam yang mencapai gaji maksimum
    3. Mengkaji kekananan dalam SSM sebelum bertukar ke SBPA
    4. Mengkaji kenaikan gaji dari 7% hingga 13%)
    5. Menyemak penstrukturan gred penjawat awam

CUEPACS juga turut menuntut kenaikan gaji kakitangan awam yang yang sudah lulus PTK aras 4 sehingga disember 2011 dibayar tunggakan gaji.

KERTAS KERJA INI DISEDIAKAN UNTUK LEMBAGA PENGARAH UiTM

1.0        PENDAHULUAN

Ilmu merupakan aset yang bermutu tinggi dan berupaya melahirkan para pensyarah yang  dinamik dalam pelbagai bidang. Dalam mempastikan kecemerlangan tenaga pengajar akademik, universiti harus mengalakkan kakitangan akademik melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD.  Usaha yang proaktif harus diusahakan secara berterusan agar semangat untuk meneruskan pengajian di peringkat PhD sentiasa berkobar-kobar dalam diri setiap pensyarah UiTM.  Semangat para pensyarah dalam meneruskan perjuangan ini wajar terus disuntik dari  masa ke semasa.

Atas dasar ini, Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) sebagai sebuah kesatuan kakitangan akademik turut bertanggungjawab bagi mempastikan warga akademik sentiasa diberi keutamaan dalam melanjutkkan pelajaran dalam keadaan yang tidak membebankan. Justru itu, MITASA ingin memohon agar pihak pentadbiran UiTM  memansuhkan yuran pengajian PhD kepada kakitangan akademik UiTM. Untuk makluman, usaha untuk melaksanakan perkara ini telah digerakkan oleh MITASA semenjak 1 Julai 2007.  Semasa perjumpaan dengan Ahli Lembaga Pengarah UiTM,

Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd  Zahid Mohd Noordin, MITASA telah memohon separuh yuran PhD untuk kakitangan UiTM.

Perkara ini telah dibawa ke dalam Mesyuarat MBJ MITASA/UiTM  tetapi malangnya sehingga kini masih belum selesai dan masih samar-samar kerana pihak Bendahari meminta diberi laporan cemerlang barulah yuran akan dimasuhkan kepada individu yang terlibat sahaja.. Kini MITASA mencadangkan agar yuran tersebut dimansuhkan terus kepada pensyarah UiTM yang meneruskan pengajian di UiTM di peringkat PhD. 

MITASA memohon jasa baik LPU bagi menyemak perkara ini.  MITASA percaya pemansuhan yuran PhD akan meningkatkan academia UiTM.

 

SEJENAK BERSAMA PRESIDEN MITASA

Presiden MITASA, Dr Normaly Kamal Ismail bersama barisan EXCO MITASA mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1433 Masihi 2012 kepada semua ahli MITASA & semua warga Akademik & bukan Akademik UiTM serta pelajar UiTM seluruh Malaysia. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, memberikan suntikan semangat bagi setiap kakitangan UiTM sama ada kakitangan Akademik mahupun bukan Akademik untuk sama-sama berjuang membawa tranformasi besar kepada prestasi pembelajaran, pengajaran & kerja untuk mencapai kejayaan cemerlang & gemilang dalam kehidupan kita semua beserta dengan kesihatan sempurna.  Pada ahli MITASA, marilah bersama dengan semua anggota warga akademik UiTM bersatu hati, tekad & perjuangan untuk menjayakan misi MITASA untuk mendapatkan satu Skim Perkhidmatan Baru Pensyarah UiTM.

                                                                                                       

 MITASA di FACEBOOK

Kini semua kakitangan akademik UiTM boleh mengetahui lebih lanjut tentang MITASA menerusi laman web sosial, FACEBOOK. Dengan menaip ‘Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM” atau “ Mi Tasa” di ruangan ‘search’ anda boleh berdiskusi bersama dengan kami, menyalurkan pertanyaan, aduan dan cadangan untuk kami tingkatkan lagi mutu pencapaian MITASA .  MITASA juga akan sentiasa menyampaikan maklumat terkini yang berkaitan kakitangan akademik.. Sertai MITASA di FACEBOOK dan teruskan menyokong kami untuk memperjuangkan hak dan kebajikan.

 

MENGAPA ANDA PERLU MENJADI AHLI MITASA

MITASA adalah Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM yang mana sekaligus kami adalah medium untuk anda menyuarakan sebarang aduan, cadangan, maklumbalas berkenaan dengan hak-hak dan kebajikan anda dalam mencapai misi dan visi UiTM. Sejajar dengan itu, dengan adanya MITASA ini, kita dapat bersama-sama untuk memartabatkan lagi mutu pencapaian akademik pada masa akan datang.

PERTEMUAN DENGAN NAIB CANSELOR UiTM

MITASA telah mengadakan kunjungan hormat bertemu dengan Naib Canselor UiTM bagi mengucapkan tahniah di atas penyambungan semula perkhidmatan diUiTM serta berbincang santai isu-isu kakitangan akademik UiTM.

 

Seperti sedia maklum objektif MITASA adalah untuk:

  1. Untuk menjaga hak serta kepentingan dan kebajikan ahli.
  2. Untuk bekerjasama dengan pihak Pengurusan UiTM untuk menjaga kepentingan dan martabat UiTM.
  3. Untuk mempertingkatkan kecemerlangan akademik.

YURAN KEAHLIAN

Untuk makluman, Bayaran pendaftaran keahlian baru dikenakan sekali sebanyak RM11.00 (Ringgit Malaysia Sebelas Sahaja) dan bulanan RM6.00 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja) seperti tertera di dalam perlembagaan MITASA.  Sebarang pertanyaan boleh diemailkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

AKTIVITI

Cuma ahli-ahli berdaftar sahaja diberi keutamaan menyertai program, aktiviti atau majlis yang dianjurkan.  Untuk mengetahui tentang aktiviti terkini yang dijalankan sila layari http://mitasa.uitm.edu.my atau atau add kesatuan kakitangan akademik UiTM sekiranya Dr/tuan/puan menggunakan facebook.

Segala idea dan cadangan dari pihak Dr/tuan/puan sangat dialu-alukan, sila email kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..  Pengurusan MITASA amat mengalu-alukan pandangan dan idea. Semoga kita sama-sama dapat memajukan MITASA serta mendapat faedah melalui budaya berkesatuan

Sekian Terima Kasih 

Pengurusan MITASA

 

TAHNIAH DATO VC BARU

Ahli Majlis Kerja Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) mewakili keseluruhan ahli Kesatuan, ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan semula Y. Bhg. Dato’ Prof. Dr. Sahol Hamid sebagai Naib Canselor UiTM.

Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) ingin mengambil peluang menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Y.Bhg. Dato’ Sahol sebagai peneraju utama satu-satunya universiti di Malaysia yang khusus berperanan memperkukuh kedudukan anak-anak Melayu/bumiputera agar mampu menyaingi kaum lain di peringkat profesional dan separa profesional dalam pelbagai sektor penting di negara ini.

MITASA berharap pengurusan baru akan  meletakkan kepentingan anak watan lebih daripada kepentingan peribadi bagi memastikan matlamat penubuhan serta hala tuju UiTM bagi memperkasakan pendidikan tinggi Melayu/bumiputera dapat dilaksanakan tanpa sebarang halangan. dalam membela kepentingan warga akademik UiTM agar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan warga akademik di IPTA lain di negara kita.  MITASA berharap  Y.Bhg. Dato’ Sahol meneruskan khidmat bakti menerajui UiTM dan melaksanakan segala strategi dan perancangan yang telah direncanakan ke arah mengantarabangsakan  UiTM agar setanding dengan universiti-universiti tersohor dunia.