Tawaran sewa Booth di Konvensyen Akademik Kebangsaan Universiti Awam 2016. Kongres MAAC mengalu-alukan penyertaan dari staf UiTM dan orang awam yang berminat. Butiran seperti berikut: Tarikh : 19-20 September 2016 Tempat: Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) Lebuh Enstek, Bandar Enstek Bayaran sewa Booth: RM250.00 Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi : Dr Normaly Kamal Ismail ( 016-3427569). Siapa cepat dia dapat.

Konvensyen Akademik Kebangsaan UA 2016 (KAKUAM 2016) akan berlangsung pada 19 dan 20 September 2016 bertempat di AKEPT. Semua Kakitangan Akademik Universiti Awam dijemput menyertainya.  Maklumat mengenai KAKUAM 2016 boleh dicapai melalui laman web http://kongresmaac.org/kakuam2016/ dan pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian. Sila buat pembayaran sebelum atau pada 10 September 2016.

Kelemahan skim SBPA

  1. Skim SBPA tidak menjelaskan dan mewarwarkan secara terperinci pergerakan sifir gaji penjawat awam. Seolah-olah maklumat ini rahsia dan untuk golongan tertentu sahaja.
  2. Skim yang terlalu mementingkan golongan tertinggi dan mewujudkan jurang perbezaan yang lebih besar antara gred.
  3. MITASA mencadangkan supaya merangka SBPA yang lebih adil dan membantu golongan yang berpendapatan rendah.
  4. Percanggahan yang ketara 7-11% kenaikan yang dimaklumkan tetapi golongan Jusa kenaikan melebihi 40% minimum kenaikan ialah RM5000.00.
  5. Pensyarah perlu dikekalkan kekananan dan tahun perkhidmatan. Dalam SBPA pensyarah ‘senior” hilang senioriti.

 

CadanganPenambahbaikan

Cadangan 1

MITASA mencadangkan dikekalkan kekananan dan tahun perkhidmatan para pensyarah dan 

penolong pensyarah. Dicadangkan pergerakangaji SBPA berpindah kesifir yang sama. Contohnya T8 kepada T8 (bukannya kembali semula ke T1).

Rasional Cadangan 1

Ini lebih adil dan tidak menganaktirikan pengalaman pensyarah.  Dalam bidang pendidikan tinggi yang memerlukan pensyarah mempunyai pengetahuan yang mendalam, pengalaman mengajar adalah aset yang sangat berharga.  Sekiranya pengalaman ini tidak diambil kira, maka jatuhlah moral pensyarah dan hilanglah harga asset tersebut.

 

Kerjamasa antara Degraph Degree (persatuan pelajar jab. grafik ijazah sarjana muda) FSSR UiTM Perak, ACIS UiTM Perak, Aid for Humanity (NGO), Mitasa
(UiTM Academic staff association), JAKIM, JAIP & JAKOA

Untuk program Qurban & Aqiqah di perkampungan orang asli di Surau Nurul Hidayah, Kampung air denak, Tronoh, Perak.

Pada hari raya ke 2 Aidil Adha. Bersamaan 13 Sept 2016.

Sebanyak 2 ekor lembu sahaja. RM 570 utk satu bahagian Lembu.

Harap tuan / puan memilih melakukan qurban atau aqiqah bersama kami.

Lembu 01 -
Bahagian
○ 1 - 👍🏻
○ 2 - 👍🏻
○ 3 - 👍🏻
○ 4 - 👍🏻
○ 5 - 👍🏻
○ 6 - 👍🏻
○ 7 - 👍🏻

Lembu 02 -
Bahagian
○ 1 - 👍🏻
○ 2 - 👍🏻
○ 3 -
○ 4 -
○ 5 -
○ 6 -
○ 7 -

Memandangan ini adalah kali pertama Surau tersebut mengadakan program ibadah qurban dan aqiqah

Kami juga memerlukan bantuan dalam bentuk sedekah @ wakaf untuk persiapan

Seperti
○ bahan2 memasak
○ Beras
○ Kapak
○ Cangkuk
○ Canvas lapik
○ Dapur Masuk
○ Tong Gas
○ Periuk
○ Pisau Lapah
○ Tali
○ Penimbang
○ plastik agihan
○ Belanga
○ Bekas makan/minum

Sumbangan dalam bentuk kewangan juga di alu alukan

SEMOGA PROGRAM INI DAN SEGALA KERJASAMA DAN BANTUAN TUAN PUAN DI BERKATI ALLAH SWT.

Hubungi : Ahmad Sofiyuddin 0133500015 (UiTM caw. Perak) Norshiha Saidin 0193332800 (NGO) @ Wahida 0176308351 (UiTM caw. Shah Alam) utk maklumat lanjut.

SEKIAN

 

  1. PENGENALAN

Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) dan Persatuan Akademik UiTM (UTiMAS) telah mengadakan Bengkel Semakan Gaji & Pernambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM pada 19 – 20 Disember 2010 di Hotel Seri Malaysia, Melaka. Hasil rumusan perbincangan tersebut MITASA & UTiMAS secara bersama mengajukan Memorandum Cadangan Semakan Gaji & Pernambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM kepada YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.