BENGKEL PAINT WITH ME" yg bakal diadakan pada bulan September:

LAWATAN TAPAK PADA 21 JUN 2017

Pihak Fasiliti telah mengukur keluasan tapak bangunan dan akan memberikan anggaran kos cat dan peralatan selepas Hari Raya. Wakil Fasiliti, Tuan Haji Junaidi (Jurutera Fasiliti) dan Encik Islahuddin (Penolong Jurutera) akan memberikan cadangan warna dan lain-lain. Wakil dari Persatuan Pentadbir, Puan Fiza (Penolong Bendahari Kanan) akan membuat laporan bertulis kpd jawatankuasa mesyuarat Induk .
Seterusnya diputuskan Mesyuarat bersama Dekan Sains Sukan akan dibuat selepas Hari Raya untuk mendapatkann sukalerawan daripada staf, pensyarah dan pelajar-pelajar.

Sumber berita: Wakil MITASA Di Lawatan Tapak- Puan Hajah Marina Ismail (EXCO MITASA).

 

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Pihak Fakulti Sains Sukan & Rekreasi Universiti Teknologi MARA kini sedang giat menjalankan "Kajian Pengesanan Alumni FSR UiTM" daripada tahun 1995 hingga 2017 di seluruh Malaysia. Kajian ini adalah bertujuan mengumpulkan maklumat terkini Alumni FSR UiTM untuk direkodkan ke dalam Sistem Pangkalan Data Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Sehubungan itu, semua "Alumni FSR" di mohon untuk ke pautan https://goo.gl/forms/fan6l2zSZvOyJ0zO2 untuk memuat naik data terkini anda. Kerjasama dan keperihatinan setiap Alumni FSR dalam menularkan pautan tersebut amatlah dihargai. Sekian Terima Kasih.

Tahniah semua kakitangan akademik UiTM Perak yang telah mendapat kenaikan pangkat ke DM52  baru-baru ini. 

 

 

 

Puan Hajjah Marina Ismail telah hadir ke Mesyuarat Program " Paint With Me" pada petang ini mewakili MITASA.  Mesyuarat memutuskan tarikh Program " Paint With Me" ialah pada 16 & 17 Sept 2017.  Sukarelawanx2 terdiri daripada Pelajar/Ahli MITASA/Persatuan Pentadbir/Persatuan Dalaman dan seluruh warga UiTM. T-shirt akan ditaja oleh IM4U.  Seterusnya penglibatan Mitasa pada 21 Jun 2017 , jam 2.30 petang lawatan tapak ke gymnasium sukan bersama Tn Hj Junaidi daripada pihak Fasiliti dan PPUiTM utk menentukan ukuran bangunan dan anggaran kos sebagai persediaan sebelum tarikh program. Terima kasih

Ahli Mesyuarat pada petang ini

Slide Pembentangan

Prof. Dato' Dr Abdullah Mohamad Said sedang memberi taklimat konsep "Paint with Me"


1. Mana2 staf UiTM yang tidak berpuas hati dengan markah SKT , mereka boleh terus melaporkan kepada Pendaftar dan bagi staf yang merasa mereka di aniayai, boleh terus menghantar aduan kepada unit Integriti.

2. Pendaftar UiTM telah tegaskan supaya semua fakulti mengikut prosedur JPA iaitu:
Markah pensyarah hendaklah dirujuk kepada pensyarah terlebih dahulu sebelum ia dimuktamadkan.Terutama bagi markah SKT yang rendah.

Berkaitan Gred Penolong Pensyarah(PeP) UiTM:

1. PeP yang dah ada degree dan master. Halatuju.

Sesiapa yg dah ada master akan dilantik ke DM45. Yang ada degree diminta buat master. . Biasiswa PeP akan keluar iklan tahun ini.  Iklan keluar 2 tahun sekali. Bagi Pep yang ada master mereka boleh majukan permohonan. (Contoh Mcm En Ridzuan dan En Hazli. Mereka berdua sudah dipanggil temuduga) Berkaitan Pep boleh dilantik ke DM41 seperti dalam Pekeliling 2016, UiTM berhak utk menolak klausa tersebut. Dgn kata lain klausa tersebut tidak akan dilaksanakan. PeP kene mohon melalui dekan masing².

2. Isu elaun kritikal PeP kejururawatan.

Permohonan datang dengan skim perkhidmatan. Skim U29 memang ada elaun kritikal. Tetapi skim DM tiada elaun kritikal. DM telah termaktub skim perkhidmatannya begitu. Jika tidak semua DM perlu diberi elaun tersebut.

3. DM40 - JD akan dimurnikan.


sumber.../nk &sl