Peringatan kepada kakitangan akademik UiTM  jangan terlepas pandang tarikh penting ini di mana bermula 1.1.2018 semua permohonan kenaikan pangkat untuk ke DM52 memerlukan kelulusan PhD atau menunggu 20 tahun untuk kenaikan pangkat secara time based. Sehubungan itu di minta semua ahli yang berkelayakan dan telah memenuhi syarat membuat permohonan kenaikan pangkat segera sebelum tarikh 30.1.2017. Baki masa 6 bulan jangan dipersiakan.

MITASA  memohon seluruh Kampus PTJ agar memandang serius dan segerakan permohonan DM 52 / DM 54 / VK7 dan lain-lain kerana  pekeliling baru akan dikuatkuasakan pada 01.01.2018.

Kenaikan Pangkat Akademik:

 

UiTM = DM

IPTA lain = DS

 

Kes2 melangkau DM46 terus ke DM54

Skim membenarkan mereka memohon daripada Gred DM46 terus ke Gred lebih tinggi seperti  DM54 tidak semestinya ke  DM52 namun mesti mematuhi syarat.

.

Daripada DM52 terus ke DM54

Boleh juga  namun mesti mencukupi syarat.

 

Utk Profesor

Ulung akan dirujuk utk kelulusan KPT. UiTM hantar pencalonan KPT yg luluskan

 

Syarat kenaikan pangkat:

Melalui Jawatankuasa seperti berikut:

 

  1. Mesy J/Kuasa Kecil Kesepakaran Peringkat Fakukti / Cawangan .
  2. Mesy JKuasa Teknikal
  3. Mesy MSM

 

DM54

Mesy JK Kecil Kesepakaran Peringkat Fakulti/Cawangan

Mesy JK Gugusan

Temu Duga & Penilai Luar

Mesy MSM

 

VK7

Mesy JK Gugusan

Temu Duga & Penilai Luar ( Dalam dan L Negara)

Mesy LPU 

Ujian CCQ akan dimintai dan dinilai. ( utk VK7 PANEL akan fokus laporan CCQ)

Aspek visibility dan kredibiliti pemohon dr kalangan industri atau institusi perlu ditonjolkan

Kriteria Kenaikan Pangkat Baru bermula 01.01.2018

 

DM52

Mempunyai kelayakan PhD/DBA/Sarjana Profesional ( Perubatan / Pergigian atau setara atau

Memenuhi tempoh perkhidmatan selama 20 tahun

 

* mulai 1.01.2018 utk kenaikan pangkat DM52 perlukan miliki PhD

Mana2 permohonan utk kenaikan pangkat DM52 dan yg lain2 perlu diterima oleh pejabat pendaftar sebelum 31.12.2017 jika tidak diterima pd 01.01.2018 tidak akan dipertimbangkan.

 

 

DM 54

Kaedah Pengajaran & Pembelajaran

Kaedah Penyelidikan

Kaedah Pengamal

Kaedah Kepimpinan Institusi

 

VK7

Kaedah Pengajaran & Pembelajaran

Kaedah Penyelidikan

Kaedah Pengamal

Kaedah Kepimpinan Institusi

 

Isu2 Kenaikan Pangkat :

  1. Dokumen Tidak Lengkap
  2. Penilai Luar
  3. Proses Di Peringkat PTJ

 

 

NOTA PENTING: 

Dalam sesi taklimat , En Anwar Fahmi,  EXCO MITASA telah bertanya kepada pegawai daripada  Pejabat Pendaftar mengenai butiran taklimat dan mereka nyatakan telah diluluskan dan akan dikuatkuasakan mulai 01.01.2018.

 

TNC HEA dan Pegawai-pegawai  Sumber manusia telah hebahkan dlm program turun padang jelajah kampus sebelum ini.

 

NOTA PENTING UNTUK AHLI MITASA

Peringatan kepada kakitangan akademik UiTM  jangan terlepas pandang tarikh penting ini di mana bermula 1.1.2018 semua permohonan kenaikan pangkat untuk ke DM52 memerlukan kelulusan PhD atau menunggu 20 tahun untuk kenaikan pangkat secara time based.

 

Sehubungan itu di minta semua ahli yang berkelayakan dan telah memenuhi syarat membuat permohonan kenaikan pangkat segera sebelum tarikh 30.1.2017. Baki masa 6 bulan jangan dipersiakan.

 

MITASA  memohon seluruh Kampus PTJ agar memandang serius dan segerakan permohonan DM 52 / DM 54 / VK7 dan lain-lain kerana  pekeliling baru akan dikuatkuasakan pd 01.01.2018..

 

 

Sumber …/ Catatan En Anwar Fahmi, EXCO MITASA .

 

Seperti tahun sebelumnya, sekali lagi pada tahun 2017, Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA)  bekerjasama dengan  Al-I’Tisam Relief Program Association (ARP )  menjalankan Program Ibadah Qurban dan Aqiqah di beberapa tempat yang telah dikenalpasti sangat memerlukan seperti :

  1. Kem Pelarian Rohingya di Arakan, Myanmar
  2. Kem Pelarian Rohingya di Bangladesh
  3. Warga Miskin Kemboja
  4. Pelarian di Syria
  5. Palestin (Gaza & Westbank)
  6. Mangsa Perang di Yaman

Untuk makluman, pada tahun sebelumnya kita menerima ramai penyertaan dari warga UiTM dan di sekitar Shah Alam . Diharapkan pada tahun ini juga sama untuk membantu golongan yang memerlukan. Harga untuk satu bahagian lembu dan seekor kambing untuk semua lokasi  akan dimaklumkan sedikit masa lagi dan penyertaan akan dibuka setelah harga ditetapkan.

MITASA memerlukan statistik kakitangan akademik UiTM yang mempunyai anak istimewa. MITASA berhasrat membantu pensyarah/kakitangan UiTM yang mempunyai anak istimewa dengan memohon pengurangan beban kerja. Bagaimanapun sebelum kertaskerja dibuat, MITASA harus mengetahui bilangan kakitangan terlibat.  Sehubungan itu, staf akademik yang mempunyai anak istimewa diminta memberikan nama, no pekerja, no hp dan alamat emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  atau  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau whatsapp  butiran diri kepada no  019-3598641.

MITASA mengucapkan Selamat Hariraya Aidil Fitri kepada seluruh warga UiTM khasnya kepada Ahli MITASA. Maaf zahir batin.