MITASA memerlukan statistik kakitangan akademik UiTM yang mempunyai anak istimewa. MITASA berhasrat membantu pensyarah/kakitangan UiTM yang mempunyai anak istimewa dengan memohon pengurangan beban kerja. Bagaimanapun sebelum kertaskerja dibuat, MITASA harus mengetahui bilangan kakitangan terlibat.  Sehubungan itu, staf akademik yang mempunyai anak istimewa diminta memberikan nama, no pekerja, no hp dan alamat emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  atau  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau whatsapp  butiran diri kepada no  019-3598641.

Seperti tahun sebelumnya, sekali lagi pada tahun 2017, Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA)  bekerjasama dengan  Al-I’Tisam Relief Program Association (ARP )  menjalankan Program Ibadah Qurban dan Aqiqah di beberapa tempat yang telah dikenalpasti sangat memerlukan seperti :

  1. Kem Pelarian Rohingya di Arakan, Myanmar
  2. Kem Pelarian Rohingya di Bangladesh
  3. Warga Miskin Kemboja
  4. Pelarian di Syria
  5. Palestin (Gaza & Westbank)
  6. Mangsa Perang di Yaman

Untuk makluman, pada tahun sebelumnya kita menerima ramai penyertaan dari warga UiTM dan di sekitar Shah Alam . Diharapkan pada tahun ini juga sama untuk membantu golongan yang memerlukan. Harga untuk satu bahagian lembu dan seekor kambing untuk semua lokasi  akan dimaklumkan sedikit masa lagi dan penyertaan akan dibuka setelah harga ditetapkan.

BENGKEL PAINT WITH ME" yg bakal diadakan pada bulan September:

LAWATAN TAPAK PADA 21 JUN 2017

Pihak Fasiliti telah mengukur keluasan tapak bangunan dan akan memberikan anggaran kos cat dan peralatan selepas Hari Raya. Wakil Fasiliti, Tuan Haji Junaidi (Jurutera Fasiliti) dan Encik Islahuddin (Penolong Jurutera) akan memberikan cadangan warna dan lain-lain. Wakil dari Persatuan Pentadbir, Puan Fiza (Penolong Bendahari Kanan) akan membuat laporan bertulis kpd jawatankuasa mesyuarat Induk .
Seterusnya diputuskan Mesyuarat bersama Dekan Sains Sukan akan dibuat selepas Hari Raya untuk mendapatkann sukalerawan daripada staf, pensyarah dan pelajar-pelajar.

Sumber berita: Wakil MITASA Di Lawatan Tapak- Puan Hajah Marina Ismail (EXCO MITASA).

 

MITASA mengucapkan Selamat Hariraya Aidil Fitri kepada seluruh warga UiTM khasnya kepada Ahli MITASA. Maaf zahir batin.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Pihak Fakulti Sains Sukan & Rekreasi Universiti Teknologi MARA kini sedang giat menjalankan "Kajian Pengesanan Alumni FSR UiTM" daripada tahun 1995 hingga 2017 di seluruh Malaysia. Kajian ini adalah bertujuan mengumpulkan maklumat terkini Alumni FSR UiTM untuk direkodkan ke dalam Sistem Pangkalan Data Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Sehubungan itu, semua "Alumni FSR" di mohon untuk ke pautan https://goo.gl/forms/fan6l2zSZvOyJ0zO2 untuk memuat naik data terkini anda. Kerjasama dan keperihatinan setiap Alumni FSR dalam menularkan pautan tersebut amatlah dihargai. Sekian Terima Kasih.