Seperti tahun sebelumnya, sekali lagi pada tahun 2017, Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA)  bekerjasama dengan  Al-I’Tisam Relief Program Association (ARP )  menjalankan Program Ibadah Qurban dan Aqiqah di beberapa tempat yang telah dikenalpasti sangat memerlukan seperti :

  1. Kem Pelarian Rohingya di Arakan, Myanmar
  2. Kem Pelarian Rohingya di Bangladesh
  3. Warga Miskin Kemboja
  4. Pelarian di Syria
  5. Palestin (Gaza & Westbank)
  6. Mangsa Perang di Yaman

Untuk makluman, pada tahun sebelumnya kita menerima ramai penyertaan dari warga UiTM dan di sekitar Shah Alam . Diharapkan pada tahun ini juga sama untuk membantu golongan yang memerlukan. Harga untuk satu bahagian lembu dan seekor kambing untuk semua lokasi  akan dimaklumkan sedikit masa lagi dan penyertaan akan dibuka setelah harga ditetapkan.