AHLI:

Kami di zon timur (Trg, Phg & Kelantan) telah mendengar taklimat yg disampaikan sendiri oleh TNC Akademik & Antarabangsa. Melalui taklimat tersebut, syarat kenaikan pangkat didapati tidak berubah seperti yg dicadangkan dahulu iaitu: 20 tahun utk kenaikan ke DM52 (dari DM45) jika tiada PhD. Memandangkan kami mendengar taklimat tersebut melalui teleconferencing (dari UiTM Dungun) sahaja, taklimat tidak begitu jelas & kami lebih banyak berpandukan kpd slides yg telah diberi terlebih dahulu melalui TRektor HEA.  Jadi, adakah cadangan MITASA yg meminta agar syarat kenaikan pangkat yang baru ini tidak dipertimbangkan?


MITASA:

Berkenaan dengan perihal kenaikan pangkat, mengikut persetujuan yang dicapai ia adalah ditangguh sehingga ke satu peringkat yang akan dimaklumkan (pemurnian yang akan melibatkan input-input daripada Mitasa). Berkenaan dengan penerangan oleh TNC(A) pihak Mitasa percaya ia adalah rutin biasa yang melibatkan penerangan oleh Universiti kepada kakitangan akademik sebagai persediaan dan kesiapsiagaan. Pihak Mitasa masih berpegang kepada janji yang diberikan oleh Y. Bhg Datuk Prof Emeritus Dr Hassan Said berkaitan dengan penangguhan berkenaan. Semoga ahli-ahli Mitasa akan turut sama membantu dan memberikan sokongan padu ke arah kebaikan semua, Insya Allah.../aa