Perjumpaan Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) dengan Pendaftar UiTM, Y.Bhg Puan Azida Azmi telah direalisasikan pada jam 2.30 petang ini, 26 Januari 2017 bertempat di Pejabat Pendaftar UiTM , Bangunan Canseleri UiTM Shah Alam.

MITASA berharap pertemuan pada petang ini akan dapat menyelesaikan beberapa pertanyaan ahli MITASA. Antara isu utama yang akan dibincangkan pada petang ini :

  •  Kenaikan pangkat Pensyarah. (Memohon garis panduan)
  • Isu Penolong Pensyarah di UiTM
  • Memohon bantuan Pendaftar menyertakan sekali Borang menjadi ahli MITASA bersama tawaran menjadi Pensyarah UiTM
  • Lain-lain isu semasa berkaitan aduan ahli

 MITASA akan diwakili oleh Dr Normaly Kamal Ismail (Presiden MITASA) , Dr Zulkifli Abd Latiff (Timbalan Presiden MITASA) dan En Saharuddin Lin(EXCO/Pengerusi Biro Penolong Pensyarah MITASA).  Semoga pertemuan pada 26 Januari 2017 ini akan berjalan lancar. Terima kasih kepada Sharifah Normuliawati yang menguruskan jadual pertemuan ini.