MITASA memerlukan statistik kakitangan akademik UiTM yang mempunyai anak istimewa. MITASA berhasrat membantu pensyarah/kakitangan UiTM yang mempunyai anak istimewa dengan memohon pengurangan beban kerja. Bagaimanapun sebelum kertaskerja dibuat, MITASA harus mengetahui bilangan kakitangan terlibat.  Sehubungan itu, staf akademik yang mempunyai anak istimewa diminta memberikan nama, no pekerja, no hp dan alamat emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  atau  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau whatsapp  butiran diri kepada no  019-3598641.

Seperti tahun sebelumnya, sekali lagi pada tahun 2017, Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA)  bekerjasama dengan  Al-I’Tisam Relief Program Association (ARP )  menjalankan Program Ibadah Qurban dan Aqiqah di beberapa tempat yang telah dikenalpasti sangat memerlukan seperti :

  1. Kem Pelarian Rohingya di Arakan, Myanmar
  2. Kem Pelarian Rohingya di Bangladesh
  3. Warga Miskin Kemboja
  4. Pelarian di Syria
  5. Palestin (Gaza & Westbank)
  6. Mangsa Perang di Yaman

Untuk makluman, pada tahun sebelumnya kita menerima ramai penyertaan dari warga UiTM dan di sekitar Shah Alam . Diharapkan pada tahun ini juga sama untuk membantu golongan yang memerlukan. Harga untuk satu bahagian lembu dan seekor kambing untuk semua lokasi  akan dimaklumkan sedikit masa lagi dan penyertaan akan dibuka setelah harga ditetapkan.

Puan Hajjah Marina Ismail telah hadir ke Mesyuarat Program " Paint With Me" pada petang ini mewakili MITASA.  Mesyuarat memutuskan tarikh Program " Paint With Me" ialah pada 16 & 17 Sept 2017.  Sukarelawanx2 terdiri daripada Pelajar/Ahli MITASA/Persatuan Pentadbir/Persatuan Dalaman dan seluruh warga UiTM. T-shirt akan ditaja oleh IM4U.  Seterusnya penglibatan Mitasa pada 21 Jun 2017 , jam 2.30 petang lawatan tapak ke gymnasium sukan bersama Tn Hj Junaidi daripada pihak Fasiliti dan PPUiTM utk menentukan ukuran bangunan dan anggaran kos sebagai persediaan sebelum tarikh program. Terima kasih

Ahli Mesyuarat pada petang ini

Slide Pembentangan

Prof. Dato' Dr Abdullah Mohamad Said sedang memberi taklimat konsep "Paint with Me"

MITASA mengucapkan Selamat Hariraya Aidil Fitri kepada seluruh warga UiTM khasnya kepada Ahli MITASA. Maaf zahir batin.

Tahniah semua kakitangan akademik UiTM Perak yang telah mendapat kenaikan pangkat ke DM52  baru-baru ini.