Mitasa

MITASA adalah Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan pada 1972 dan didaftarkan di bawah Ordinan Kesatuan Sekerja, 1959. Ahli-ahli terdiri di kalangan pensyarah dan penolong pensyarah yang merangkumi kesemua kampus UiTM di seluruh Malaysia. Melalui kesatuan ini, segala kegiatan penting untuk semua ahli dapat dirancang dan dilaksanakan.

MITASA bekerjasama dan menyokong pihak pengurusan dalam usaha meningkatkan martabat dan kecemerlangan akademik di UiTM. Di samping itu, MITASA juga sentiasa berusaha mendapatkan suatu suasana kerja yang kondusif serta memperjuangkan hak dan kebajikan ahli secara kolektif.

Barisan Majlis Kerja (Exco) MITASA mengadakan Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) dengan Pengurusan UiTM empat (4) kali setahun secara rasmi untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan hal-ehwal dan kepentingan perkhidmatan kakitangan akademik.

Falsafah

Kemajuan dan kejayaan sesuatu kumpulan adalah hasil dan usaha kolektif kumpulan itu sendiri.

Objektif

Menjaga hak serta kepentingan dan kebajikan ahli. Bekerjasama dengan pengurusan UiTM untuk menjaga kepentingan dan martabat UiTM Mempertingkatkan kecemerlangan akademik

Misi

Menjadi satu kesatuan akademik yang berwibawa dan dihormati oleh semua pensyarah, pengurusan dan masyarakat amnya

 

BIDANG /SKOP KESATUAN KAKITANGAN AKADEMIK UITM (MITASA)

 

 

  1. Mempastikan satu organisasi yang lengkap bagi semua pekerja dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan sosial dan intelektual.

 

  1. Mendapatkan serta mengekalkan untuk ahli-ahlinya mendapat kadar upah yang adil dan sesuai, keselamatan pekerjaan, masa kerja yang berpatutan, syarat pekerjaan dan memberi nasihat dan pertolongan yang sewajarnya.

 

  1. Mengawal selia perhubungan antara majikan dan pekerja, antara ahli dengan ahli dan antara ahli dengan pekerja yang lain-lain dan cuba menyelaraskan apa-apa jua perselisihan di antara mereka secara baik dan bermuafakat.

 

  1. Membantu secara kewangan atau secara lain, kerja  atau tujuan mana-mana kesatuan atau badan yang sah  yang bertujuan memajukan minat sumber manusia  kesatuan sekerja dan ahli-ahli kesatuan .

 

  1. Memajukan kebajikan sosial  dan pendidikan ahli-ahlinya dengan apa jua cara yang sah yang difikirkan bermanfaat oleh mesyuarat  am Majlis Kerja.

 

  1. Memberi bantuan guaman kepada anggotanya yang berkaitan dengan pekerjaan mereka jika diputuskan oleh Majlis Kerja.

 

  1. Memberi bantuan guaman jika diputuskan oleh Majlis Kerja seperti pembiayaan kerana teraniaya dan semasa pertikaian gaji.

 

  1. Memajukan perundangan yang menjejaskan minat anggota-anggota khususnya dan ahli kesatuan amnya.

 

  1. Mengusahakan jika diputuskan oleh Mesyuarat Agung urusan penyuntingan, percetakan dan pengedaran jurnal, majalah, kertas berita atau persuratan bercetak untuk memajukan tujuan kesatuan atau untuk memperkembangkan minat ahli-ahlinya.

 

  1. Menubuhkan jika diputuskan oleh Mesyuarat Agung tabung kebajikan dan membuat peraturan untuk mentadbirkan tabung tersebut. Bagaimanapun peraturan ini tidak boleh dikuatkuasa sehingga didaftarkan oleh Pendaftar Kesatuan Sekerja.

 

  1. Melaksanakan sebarang aktiviti yang sesebuah kesatuan sekerja dibenarkan di sisi undang-undang.

 

  1. Semua skop/bidang tugas ini haruslah dilaksanakan mengikut Peraturan dan Ordinan Kesatuan Sekerja 1959.