TAJUK USUL   : Usul SATU PENSYARAH SATU PEJABAT

1.0  TUJUAN

 Memohon pihak pengurusan UiTM memperbaiki kebajikan untuk pensyarah UiTM. Dikemukakan usul ‘Satu pensyarah satu Pejabat’

 
2.0 LATAR BELAKANG

 Bagi merealisasikan hasrat UiTM untuk menjadi Universiti bertaraf dunia dan supaya staf akademik   dapat mendokong dan memainkan peranan dengan sebaik mungkin, kami menyarankan  setiap seorang pensyarah UiTM diberi sebuah pejabat dan mempunyai kemudahan asas seperti talian talipon, komputer dan talian internet. Dengan cara ini pensyarah dapat menjalankan peranan mereka . Masih terdapat pensyarah UiTM yang biliknya di dalam kereta  atau berkongsi 3 atau 4 orang sebilik.


3.0   CADANGAN

MITASA mencadangkan agar setiap orang pensyarah diberikan satu bilik yang lengkap dengan kemudahan komputer dan talian telefon. Seseorang pensyarah perlukan ‘privacy’ dan masa yang berkualiti untuk menjalankan penyelidikan dan konsultansi dengan pelajar dan ‘stakeholder’ lain. Talian telefon juga sangat penting untuk perhubungan dan talian internet diperlukan untuk ‘digital access’ bagi tujuan penyelidikan jurnal terbaru.


4.0  PENUTUP

MITASA berharap cadangan ini dapat diterima dan dilaksanakan segera