MITASA memerlukan statistik kakitangan akademik UiTM yang mempunyai anak istimewa. MITASA berhasrat membantu pensyarah/kakitangan UiTM yang mempunyai anak istimewa dengan memohon pengurangan beban kerja. Bagaimanapun sebelum kertaskerja dibuat, MITASA harus mengetahui bilangan kakitangan terlibat.  Sehubungan itu, staf akademik yang mempunyai anak istimewa diminta memberikan nama, no pekerja, no hp dan alamat emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  atau  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau whatsapp  butiran diri kepada no  019-3598641.

MITASA mengucapkan terima kasih kepada Cik Norleydiaini Daud staf Bahagian Gaji, Bendahari UiTM di atas kerjasama dan bantuan yang diberikan kepada MITASA. 

TAJUK USUL   : Usul SATU PENSYARAH SATU PEJABAT

1.0  TUJUAN

 Memohon pihak pengurusan UiTM memperbaiki kebajikan untuk pensyarah UiTM. Dikemukakan usul ‘Satu pensyarah satu Pejabat’

 
2.0 LATAR BELAKANG

 Bagi merealisasikan hasrat UiTM untuk menjadi Universiti bertaraf dunia dan supaya staf akademik   dapat mendokong dan memainkan peranan dengan sebaik mungkin, kami menyarankan  setiap seorang pensyarah UiTM diberi sebuah pejabat dan mempunyai kemudahan asas seperti talian talipon, komputer dan talian internet. Dengan cara ini pensyarah dapat menjalankan peranan mereka . Masih terdapat pensyarah UiTM yang biliknya di dalam kereta  atau berkongsi 3 atau 4 orang sebilik.


3.0   CADANGAN

MITASA mencadangkan agar setiap orang pensyarah diberikan satu bilik yang lengkap dengan kemudahan komputer dan talian telefon. Seseorang pensyarah perlukan ‘privacy’ dan masa yang berkualiti untuk menjalankan penyelidikan dan konsultansi dengan pelajar dan ‘stakeholder’ lain. Talian telefon juga sangat penting untuk perhubungan dan talian internet diperlukan untuk ‘digital access’ bagi tujuan penyelidikan jurnal terbaru.


4.0  PENUTUP

MITASA berharap cadangan ini dapat diterima dan dilaksanakan segera

MITASA mengucapkan terima kasih kepada Cik Norleydiaini Daud staf Bahagian Gaji, Bendahari UiTM di atas kerjasama dan bantuan yang diberikan kepada MITASA. 

Ahli Baru MITASA Bulan Januari 2018

12 January 2018

AHLI BARU JANUARI 2018 BIL NO.PEKERJA NAMA FAKULTI / JABATAN / CAWANGAN NO AHLI 1 307363 SITI ANIS ADILAH BT TARMAZI FPHP, UiTM P.PINANG 4875 2 277286 MOHD SYAFIQ BIN AKIMAN FPHP, UiTM P.PINANG 4876 3 277325 ASHRAF SIDDIK KHAN...

PERJUMPAAAN SEMUA KESATUAN/PERSATUAN DALAMAN UITM DGN DATO' VC UITM PADA 02/01/2017 @ 9:00 PG

02 January 2018

Perjumpaan VC dgn semua kesatuan dan perrsatuan pada pagi ini. Rumusan perjumpaan: Perancangan 2018 Meneruskan Perbelanjaan berhemah di UiTM = kedudukan kewangan yg stabil. Peruntukan 480 juta untuk 2018. Mewujudkan budaya meraikan kejayaan di UiTM. VC berkongsi Komen dari Elsevier...

BERITA BAIK: VC MENANGGUHKAN LAGI SYARAT KENAIKAN PANGKAT KE DM 52.

02 January 2018

Usaha MITASA dalam beberapa siri pertemuan, permohonan dan terkini surat bertarikh 19 Disember 2017 dalam meminta pengurusan UiTM untuk menangguhkan syarat baru kenaikan pangkat ke DM52 akhirnya mendapat respon positif selepas Naib Canselor bersetuju untuk menangguhkannya ke satu masa yang...

MITASA 2016-2017: PERJUANGAN DAN HARAPAN

20 December 2017

Tahun 2016 dan 2017 merupakan tahun yang penuh dengan aktiviti dalaman (UiTM) bagi MITASA. Tetapi kejayaan terbesar MITASA apabila pada tahun 2015, semasa Presiden MITASA merangkap Timbalan Pengerusi MAAC mengetuai MAAC dalam perjumpaan dengan YB Menteri KPT, dimana MAAC menekankan...

PERMOHONAN PENANGGUHAN PELAKSANAAN AMANAH TUGASAN PENSYARAH (ATP) 3.0

12 October 2017

Kesatuan Kakitangan Akademik, Universiti Teknologi MARA (MITASA, UiTM) telah menerima maklum balas daripada ahli-ahli akademik yang bernaung di bawah MITASA berkenaan dengan Pekeliling Akademik UiTM Bilangan 5 2017 yang berkaitan dengan pelaksanaan Amanah Tugasan Pensyarah (ATP) 3.0 yang digunapakai bagi...

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UiTM (KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH)

12 October 2017
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UiTM  (KENAIKAN PANGKAT  PENSYARAH)

Kaedah Asas-Masa (Time-Based) bagi kenaikan pangkat adalah kaedah yang telah digunakan oleh kerajaan pada skim terdahulu seperti skim JKKK. Skim ini digunakan sebelum skim SSB diperkenalkan. Sebagai contoh, di dalam skim JKKK, pensyarah ITM pada gred A20 akan dinaikkan pangkat...