Cadangan Penambahbaikan Gred DM45 dalam SBPA

E-mail Print PDF

Cadangan penambahbaikan Gred DM45/ DS45 SBPA.

Sepertimana yang semua sedia maklum, isu perbezaan jumlah gaji antara pensyarah dengan skim perkhidmatan yang lain telah menjadi buah mulut dan rungutan di kalangan pensyarah sejak sekian lama. Setelah SBPA diperkenalkan baru- baru ini, pelarasan gaji telah dibuat ke atas gred DM52/ DS52 dan DM54/DS54. Namun didapati gred DM45/ DS45 masih lagi dipinggirkan jika dibandingkan dengan gred 44 yang lain.

Perbandingan gaji permulaan sebelum SBPA

DM 45/ DS 45 (Pensyarah Universiti)

2546.05

DS44 (Guru)

2982.99

Perbandingan Gred 45(Gaji pensyarah Gred 45 kurang sebanyak (-RM436.94) berbanding gred 44)

DM52/ DS52 (Pensyarah Universiti)

4573.47

DS52 (Guru)

4900.47

N52(Pentadbiran)

4894.91

Perbandingan Gred 52(Gaji pensyarah Gred 52 kurang sebanyak (-RM327) berbanding gred 52)

DM54/ DS54 (Pensyarah Universiti)

4842.03

DS54 (Guru)

5167.64

N54(Pentadbiran)

5160.68

Perbandingan Gred 54(Gaji pensyarah Gred 54 kurang sebanyak (-RM325.61) berbanding gred 54)

Perbandingan gaji permulaan selepas SBPA

DM 45/ DS 45 (Pensyarah Universiti)

2550

DS44 (Guru)

2985

Perbandingan Gred 45(Gaji pensyarah Gred 45 masih lagi kurang sebanyak (-RM435) berbanding gred 44)

DM52/ DS52 (Pensyarah Universiti)

5335

DS52 (Guru)

5260

N52(Pentadbiran)

5260

Perbandingan Gred 52(Gaji pensyarah Gred 52 telah diselaraskan (+RM75)berbanding gred 52)

DM54/ DS54 (Pensyarah Universiti)

7100

DS54 (Guru)

7025

N54(Pentadbiran)

7025

Perbandingan Gred 54(Gaji pensyarah Gred 54 telah diselaraskan (+RM75)berbanding gred 54)

Jika dibuat perbandingan antara gred 45, gred 52 dan gred 54, didapati pelarasan gaji telah dilaksanakan kepada gred DM52/ DS52 dan DM54/ DS54. Akan tetapi gaji pensyarah Gred DM45/ DS45 masih lagi jauh ke belakang jika dibandingkan dengan guru gred DG44 dan pentadbir gred N44 sedangkan pelarasan gaji SBPA juga sewajarnya turut mengambilkira perbezaan gaji antara gred DM45/ DS 45 dengan gred DG44 dan lain- lain gred 44 .

Cadangan gaji permulaan Gred DM 45/ DS 45.

Gaji permulaan DM 45/ DS 45 harus mengambilkira faktor- faktor berikut:

i. Kesetaraan Gred.

Jika perbandingan gred dibuat, sepertimana pelarasan telahpun dibuat ke atas gred DM 52/ DS52 dan DM54/ DS54, gaji permulaan gred DM45/ DS45 juga harus lebih atau sekurang- kurangnya sama atau setara dengan gred 44 yang lain. Walaupun demikian, terdapat perbezaan antara gred DG44 (RM2985), N44 (RM2985) dan F44 (RM3035). Persoalannya ialah dimanakah kedudukan tangga gaji permulaan sewajarnya diberikan kepada seorang pensyarah?

 

ii. Kesarjanaan.

Dalam hal ini, kesarjanaan harus diambilkira dalam menentukan gaji permulaan pensyarah. Senario di bawah boleh diambil kira sebagai asas dalam menentukan gaji pensyarah gred DM45/ DS45. Sebagai contoh:

Sekiranya seorang kakitangan awam melapor diri dalam gred 41 dan mencapai prestasi yang cemerlang, maka beliau layak dinaikkan pangkat ke gred 44 tanpa perlu mempunyai ijazah sarjana (Master).

Akan tetapi dalam kes seorang pensyarah, untuk mendapat gred DM45/ DS45, beliau harus cemerlang pada peringkat ijazah Sarjana Muda dan menyambung pengajian ke peringkat sarjana (Master). Sungguhpun demikian, tempoh pengajian selama 2 tahun untuk pengajian sarjana (Master) tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan seseorang pensyarah. Ini bermakna, secara perbandingannya seseorang pegawai/ dengan gred 44 akan mencapai gaji lebih kurang RM3500 selepas 2 tahun kenaikan pangkat sedangkan seorang pensyarah hanya mendapat gaji permulaan sebanyak RM2550 selepas dua tahun mengambil pengajian Sarjana (Master).

Oleh yang demikian, dalam menentukan gaji permulaan DM45/ DS45, dicadangkan RM3000 dijadikan sebagai asas sebagai pengiraan gaji permulaan SBPA gred DM 45/ DS45. Ini bagi memastikan gred DM 45/ DS 45 adalah setara dengan gred 44 yang lain. Kemudian, dicadangkan tempoh pengajian sarjana juga diambil kira dalam menentukan gaji permulaan gred DM 45/ DS 45. Dalam hal ini tempoh pengajian sarjana adalah selama 2 tahun bersamaan dengan 2 KGT (kenaikan gaji tahunan). Oleh yang demikian formula di bawah boleh digunakan.

Gaji permulaan pensyarah SBPA= RM3000 + (2* kenaikan gaji tahunan)

Gaji permulaan pensyarah SBPA=RM3000 + (2 *RM 255)

Cadangan Gaji Permulaan Pensyarah SBPA=RM3600

iii. Kekananan.

Prinsip perubahan gaji SSM dan SBPA haruslah mengambil kira perubahan T ke T dan bukannya perubahan gaji. Ini bagi memastikan keadilan dapat diberikan kepada semua kakitangan Perkhidmatan Awam.

iv. Perbandingan dengan Skim Pendidikan

Skim perkhidmatan pensyarah universiti seharusnya lebih baik atau setidak- tidaknya sama dengan skim perkhidmatan pendidikan. Skim Baru Perkhidmatan Awam seakan- akan meminggirkan skim perkhidmatan pensyarah walaupun pada hakikatnya beban tugas yang ditanggung oleh pensyarah sangat berat dan mencabar. Oleh yang demikian, dengan menjadikan skim Pendidikan sebagai model, sewajarnya kenaikan pangkat secara “time based” juga diperkenalkan kepada para pensyarah. Dicadangkan tempoh lima (5 tahun) diberikan untuk kenaikan pangkat DM45/ DS45 ke DM52/ DS52 dan tempoh sepuluh (10 tahun) diberikan untuk kenaikan pangkat DM52/ DS52 ke DM54/ DS54.

(Sumber: Email Pensyarah DM45)

Hubungi Kami

Alamat:

No. 933, Aras 3, Blok 9,
Intekma Resort & Convention Centre
Shah Alam, 40450, Selangor Darul Ehsan, Malaysia 
Tel: 603 5522 5239
Fax: 603 5522 5240
Emel: mitasa@salam.uitm.edu.my This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it  / mitasa05@yahoo.com This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
atau   melalui borang emel

You are here Home