MEMOHON DITANGGUHKAN PELAKSANAAN ATP

E-mail Print PDF

Rujukan : MSS013.2/02/2012(463)
Tarikh   :  25 Februari  2012

 

Y.Bhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, FASc

Naib Canselor
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

Assalamu’alaikum Wmt.Wbt.

Y.Bhg. Dato’,

MEMOHON DITANGGUHKAN PELAKSANAAN ATP

Bagi pihak MITASA saya ingin menarik perhatian Y.Bhg. Dato’ kepada perkara di atas.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Ahli Majlis Kerja Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) di dalam Mesyuarat EXCO Bil 3 pada 9 Februari 2012 dan Mesyuarat EXCO bersama Penyelaras-penyelaras Perhubungan MITASA UiTM cawangan pada 24 Februari 2012 lalu telah membincangkan isu ATP dan menelitinya secara terperinci. Kami sebulat suara bersetuju untuk meminta penangguhan pelaksanaan ATP.

MITASA memohon isu ATP  ini dipertimbangkan memandangkan kekeliruan dan keresahan yang dihadapi di kebanyakan fakulti dan cawangan. Majoriti kakitangan akademik khususnya ahli MITASA merasakan  sistem ATP ini masih belum mantap. Justru itu, MITASA merayu bagi pihak para akademik untuk menangguhkan pengunaan ATP ini pada semester akan datang agar ATP dapat dibuat penambahbaikan dan penelitian. Kami bersedia untuk bersama di dalam usaha penambahbaikan demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan para akademik di UiTM.

Kerjasama Y. Bhg. Dato’. untuk melaksanakan penangguhan ini sangat diharapkan dan diucapkan terima kasih.

Sekian. Wassalam.

BERKHIDMAT UNTUK MITASA DAN UiTM

Yang Menjalankan Tugas

 

NORMALY KAMAL ISMAIL
PRESIDEN MITASA

Sk:

 

  1. TNCA
  2. Semua Ahli MITASA

Hubungi Kami

Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA)
No 993, Aras 3, Blok 9,
Intekma Resort & Convention Centre,
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.

Tel: 603 5522 5239 / Fax: 603 5522 5240

FB      : www.fb.com/mitasauitm
Emel  : mitasa@salam.uitm.edu.my This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it / mitasa05@yahoo.com This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Reg    : Register Here / Download PDF (password=123)

You are here Home